Quantcast

LIGA MALAYSIA

Nazliazmi Beri Tak Puas Hati Dengan Duo Import Indonesia

Selepas aksi menentang JDT, pengendali skuad Selangor, Nazliazmi Nasir masih tidak nampak kualiti terbaik daripada 2 pemain import mereka dari Indonesia iaitu Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn.

CNN Indonesia melaporkan Selangor membayar Evan Dimas RM83,000 sebulan dan Ilham Udin dengan gaji lebih rendah. Nazliazmi sebelum ini ada menyatakan bahawa beliau dalam proses untuk menilai pemain import untuk ditukar pada jendela perpindahan kali ini.

Selangor kini berada di tangga ke-8 liga dan hanya 3 mata daripada zon penyingkiran. Pasukan Gergasi Merah itu sebelum ini merehatkan, yang kami percaya telah memecat pengendali mereka P. Maniam.

Pada awal musim, mereka menamatkan khidmat Andik Vermansyah dan menggantikan dengan Evan Dimas yang dianggap prospek masa depan untuk skuad Selangor dnegan usia yang lebih muda. Andik masih bergelut untuk cergas sepenuhnya ketika itu.

Evan Dimas dan Andik Vermansyah adalah antara pemain slot ASEAN yang layak beraksi dalam Liga Super (Foto: Bola.com)

Nazliazmi menyatakan pemain-pemain import yang ada sekarang boleh dikatakan agak baik cuma ada masalah tidak konsistensi beraksi pada tahap terbaik. Itu yang ditagih oleh pasukan. Bercakap kepada Sukan Sinar, beliau berkata:

“Jujur saya katakan, persembahan Evan dan Iham masih di tahap sederhana. Soal masa depan mereka, ianya terpulang kepada pihak pengurusan.”

“Tugas saya hanyalah membentangkan laporan daripada pihak saya. Mereka akan menilai sama ada bersetuju ataupun memerlukan perbincangan.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!