9 Pemain Ucap Selamat Tinggal Kepada Terengganu FC

Naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC hari ini mengumumkan 9 pemain mereka disahkan tidak akan menyarung jersi skuad penyu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Daripada 9 orang itu, 3 daripadanya merupakan tonggak utama pasukan dan memilih untuk berhijrah setelah mendapat tawaran lumayan daripada pasukan lain.

“Kami dari Terengganu Football Club (TFC) merakamkan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan buat 9 orang pemain yang bakal meninggalkan pasukan ini untuk musim hadapan iaitu J.Partiban, Fitri Omar, Fauzi Kadar, Syazwan, Latiff Suhaimi, Faizal, Azi Shahril, Faiz Nasir dan Do Dong Hyun.

“Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat kesemua pemain yang akan bersama pasukan baru pada musim hadapan dan diharap karier semua bekas pemain TFC ini akan terus menerus berkembang di masa-masa mendatang.

“Keluar dan masuk pemain dalam mana-mana pasukan adalah perkara biasa dan ianya adalah hak buat pemain untuk berhijrah dan menerima pengalaman baru.

“TFC amat menghormati dan menyanjung tinggi semua pemain yang pernah menabur bakti buat pasukan ini. Ikatan persaudaraan bersama seluruh peminat bola sepak Terengganu tidak akan putus,” kata kenyataan rasmi daripada laman facebook Terengganu FC.

Kesebelasan utama skuad Terengganu FC ketika final Piala Malaysia sabtu lalu. FOTO: TFC

Setakat ini Faiz Nasir dan J Partiban sudah diumumkan menyertai skuad Melaka United dan Perak musim depan. Namun kami tidak mempunyai maklumat ke manakah destinasi baki 7 pemain yang lain.

Semalam, Terengganu FC turut mengumumkan ayam tambatan mereka, Kipre Tchetche akan terus menyarung jersi pasukan itu musim depan bersama 3 lagi tonggak import Thierry Cantha Bin, Igor Zonjic dan Lee Tuck.

Difahamkan pengendali pasukan, Irfan Bakti kini berada di luar negara untuk mencari seorang lagi calon pemain import untuk dibawa masuk untuk menghadapi musim baharu yang lebih mencabar tahun depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN