9 Goal Celebration Ketika Piala Dunia Yang Paling Bergaya

Nikmat menjaringkan gol adalah salah satu nikmat paling dinanti-nanti dalam perlawanan bola sepak. Ia adalah saat yang mencipta kelegaan, tetapi dalam pada masa yang sama, menaikkan ketegangan perlawanan. Ia adalah masa untuk meraikan emosi.

Ketika siaran langsung TV masih lagi bukan satu kebiasaan dalam perlawanan bola sepak, goal celebration (keraian gol) agak kurang diberikan perhatian oleh pemain.

Tetapi kini dengan liputan perlawanan yang semakin luas di TV, goal celebration sudah menjadi satu seni – sebagaimana teknik menjaringkan gol itu sendiri. Dan yang pasti, semakin besar pentas sesebuah perlawanan, semakin meriah goal celebration yang dilakukan.

Inilah sebabnya Piala Dunia telah menyaksikan banyak goal celebration yang bergaya dan mudah terpahat di memori. Berikut merupakan 10 goal celebration yang paling bergaya pernah disaksikan dalam Piala Dunia.

Bebeto (1994): Buai laju-laju, sampai pokok sena

Foto oleh: Shaun Botterill/ALLSPORT

10 minit selepas Romario menjaringkan gol pertama Brazil, Bebeto memanfaatkan kekeliruan pertahanan Belanda untuk menjaringkan gol kedua – menjadikan kedudukan Brazil 2-0.

Bebeto yang baru bergelar bapa 2 hari sebelum perlawanan suku akhir Piala Dunia 1994 tersebut, meraikan jaringan tersebut dengan ‘membuai anaknya’ bersama Romario dan Mazinho. Brazil menang 3-2 dalam perlawanan tersebut.

Apa yang menariknya, anak Bebeto turut mengikut jejak langkah bapanya menjadi pemain profesional. Kini beliau bermain untuk kelab gergasi Portugal, Sporting CP.

Brian Laudrup (1998): Oh, santai sahaja!

Berpunca daripada kegagalan sepakan gunting Roberto Carlos ketika mahu mengeluarkan bola, Brian Laudrup menghukum Brazil dengan gol penyamaan melalui rembatan kencang dari jarak dekat.

Ternyata gembira dengan gol tersebut, Laudrup meraikan jaringannya dengan penuh bergaya – berbaring sambil menongkat kepalanya seperti lagak model fesyen. Goal celebration Laudrup ini kemudiannya diikuti oleh ramai kanak-kanak Denmark yang membesar melihat gol ini ketika bermain bola sepak.

Denmark bagaimanapun tewas 2-3 apabila Rivaldo berjaya menjaringkan gol kemenangan Brazil 10 minit selepas gol Laudrup.

Julius Aghahowa (2002): Tujuh lipatan tanpa tangan

Selepas tewas 0-1 kepada Argentina, Nigeria menghadap cabaran Sweden dan perlu menang jika mahu menghidupkan cabaran ke pusingan kalah mati.

Aspirasi Nigeria itu bermula dengan langkah kanan apabila penyerang Julius Aghahowa berjaya menanduk masuk bola hantaran lintang dari sayap kanan. Sejurus selepas gol tersebut, Aghahowa meraikannya dengan siri 7 lipatan belakang (back flips) berturut-turut tanpa henti!

Bagaimanapun kegembiraan Aghahowa itu hanya bertahan sementara kerana Sweden kemudiannya menjaringkan 2 gol di setiap separuh masa untuk menang 2-1. Untuk pengetahuan anda, penjaga garisan perlawanan ini merupakan pengadil dari Malaysia iaitu Mat Lazim Awang Hamat.

Marco Tardelli (1982): Jeritan batinku

Mendahului Jerman Barat 1-0 dalam pentas perlawanan akhir Piala Dunia 1982, Itali kemudiannya mendapat satu lagi peluang. Selepas bertukar-tukar hantaran pendek di luar kawasan kotak penalti lawan, Marco Tardelli menambah gol kedua Itali melalui rembatan deras kaki kirinya yang melepasi jangkauan penjaga gol Jerman Barat, Tony Schumacher.

Tardelli meraikan jaringan tersebut sebagaimana manusia normal akan lakukan apabila menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia – berlari sambil menjerit kepuasan sekuat hati!

Roger Milla (1990): Goyang gerudi

Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Cameroon memasukkan penyerang Roger Milla, pemain tertua kejohanan pada usia 38 tahun, di separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan ketika menentang Colombia dalam perlawanan pusingan kalah mati Piala Dunia 1990.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0. Ketika perlawanan diheret sehingga ke masa tambahan, Milla menggunakan kekuatan badannya untuk merampas bola dari pertahanan Colombia, Luis Fernando Herrera sebelum menjaringkan gol pembukaan Cameroon dan meraikannya dengan tarian persis goyang gerudi penyanyi dangdut!

2 minit selepas itu, Milla menjaringkan gol kedua Cameroon pula untuk membawa negara Afrika Tengah itu layak ke peringkat suku akhir – pencapaian terbaik Cameroon sehingga kini.

Papa Bouba Diop (2002): tarian memuja jersi

Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2002. Perancis; juara dunia dan juara Eropah. Senegal; kali pertama layak. Walaupun turun tanpa Zinedine Zidane yang tercedera, Perancis masih merupakan pasukan pilihan. Dan ia terbukti menerusi dominasi serangan Perancis dalam perlawanan ini.

Tetapi Senegal tidak mudah beralah. Pada minit ke-30, El Hadji Diouf melarikan bola di sayap kiri sebelum melorongkan bola ke arah Papa Bouba Diop yang menjaringkan gol tunggal perlawanan. Diop kemudiannya meraikan jaringan bersejarah tersebut dengan menanggalkan jersinya sebelum menari mengelilingi jersi tersebut bersama-sama rakan sepasukannya.

Dalam perlawanan ini, Senegal menang 1-0 ke atas Perancis.

Finidi George (1994): siapa biarkan anjing ini terlepas keluar?

Selepas tewas sekali dan menang sekali, Nigeria perlu menang perlawanan terakhir kumpulan mereka menentang Greece untuk layak ke pusingan kalah mati.

Pada hujung separuh masa pertama, Finidi George memastikan Nigeria berada di landasan terbaik apabila menjaringkan gol pertama melalui sungkitan menarik melepasi penjaga gol Greece. George kemudiannya meraikan gol beliau dengan meniru gaya anjing membuang air.

Nigeria menang 2-0 dalam perlawanan ini, sekaligus layak ke pusingan kalah mati untuk bertemu dengan Itali.

Pablo Armero (2014): Berdansa gaya Colombia

Mungkin ini goal celebration paling meriah dan ceria dalam sejarah goal celebration Piala Dunia. Dalam perlawanan pertama kumpulan C Piala Dunia 2014, Pablo Armero hanya perlu mengambil masa 5 minit untuk menjaringkan gol pertama negaranya.

Ternyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya, Armero mengajak rakan-rakan sepasukannya (termasuk pemain simpanan) untuk menari tarian tradisional Colombia yang bernama abosao. Berdasarkan koreografi mereka, jelas sekali mereka telah berlatih tarian ini.

Apa yang menariknya, apabila James Rodriguez menambah jaringan ketiga Colombia dalam perlawanan sama, mereka meraikannya dengan koregrafi tarian salsa pula – sebuah lagi tarian yang diasaskan dari negara mereka.

Miroslav Klose (2014): Lipat yang hampir membawa padah

Pada usia 36 tahun ketika Piala Dunia 2014, Miroslav Klose bukan sahaja hadir dengan status sebagai antara pemain tertua dalam kejohanan, beliau turut hadir untuk memecah rekod penyerang lagenda Brazil, Ronaldo yang sudah menjaringkan 15 gol dalam Piala Dunia.

Ketika perlawanan kumpulan G menentang Ghana, Klose berjaya menyamai rekod 15 gol milik Ronaldo apabila menjaringkan gol penyamaan Jerman pada minit ke-71. Seperti biasa, beliau meraikannya dengan melakukan lipatan depan (front flip). Tetapi usia 36 tahun bukanlah usia sesuai untuk Klose melakukan aksi akrobatik – dan beliau hampir-hampir sahaja tersilap mendarat!

Tetapi mujurlah beliau dapat melakukan lipatan dengan selamat. Dan ketika beliau berjaya menjaringkan satu lagi gol ketika membelasah Brazil 7-1, Klose memilih jalan lebih selamat untuk meraikan golnya: dengan meluncurkan dirinya ke arah penyokong.

Sertai peraduan Instagram UNITAR Gaya Bola! Raya Bola! dan menangi biasiswa bernilai RM 250,000!

Bersempena dengan Piala Dunia yang sedang berlangsung, jangan lepaskan peluang untuk sertai Peraduan Instagram UNITAR Gaya Bola! Raya Bola! yang dianjurkan oleh UNITAR International University Kampus Induk Kelana Jaya!

Peraduan ini terbuka kepada pelajar-pelajar UNITAR International University bagi kemasukan pengambilan Jun 2018 sahaja.

Anda berpeluang untuk memenangi biasiswa bernilai sehingga RM 250,000 dan jersi negara pilihan anda.

Caranya mudah sahaja untuk sertai Peraduan Instagram UNITAR Gaya Bola! Raya Bola!

Langkah 1: Daftar di UNITAR International Universiti Kampus Induk Kelana Jaya bagi kemasukan pengambilan Jun 2018.

Langkah 2: Kongsikan gambar menarik anda semasa meraikan gol dan jelaskan kenapa anda memilih UNITAR International University sebagai universiti pilihan anda.

Langkah 3: Pastikan profil Instagram anda terbuka untuk umum (public) dan jangan lupa menggunakan hashtag #UNITAR #GayaBola.

Langkah 4: Pastikan anda juga telah ikuti akaun rasmi UNITAR iaitu @myunitar terlebih dahulu sebelum menyertai peraduan ini.

Di mana pemain-pemain e-sports?

Sementara itu kepada mereka yang hebat bermain permainan video game jangan lupa untuk menyertai UNITAR Gaya Bola! Raya Bola! Esports Tournament pada 30 Jun dan 1 Julai ini di Auditorium UNITAR International University Kampus Induk, Kelana Jaya.

Acara akan bermula jam 10 pagi sehingga 8 malam. Temui juga hos selebriti Astro kesayangan anda, Reem Shahwa dan Dayang Zainatull Aqma.

Serlahkan bakat anda dalam permainan video game untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000 atau pemenang boleh memilih untuk menukarkan hadiah wang tunai kepada biasiswa penuh yuran pengajian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Pemenang tempat ke 5 – 8 anda berpeluang menerima biasiswa separa 50% yuran pengajian. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan UNITAR Gaya Bola! Raya Bola! sila layari laman sesawang UNITAR di www.unitar.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN