Quantcast

BERITA

TERKINI: Amerika Utara Dipilih Sebagai Penganjur Piala Dunia 2026

Negara-negara Amerika Utara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico telah dipilih sebagai penganjur Piala Dunia 2026, selepas gabungan Amerika Utara itu berjaya menewaskan bidaan oleh Maghribi.

Gabungan negara Amerika Utara menerima sejumlah 134 undi daripada 203 perwakilan yang layak mengundi, dan Maghribi hanya menerima 65 undi di Kongress FIFA yang diadakan di Moscow.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Keputusan undian tersebut turut menyaksikan terdapat perwakilan yang memilih untuk tidak mengundi mana-mana pihak sebagai penganjur.

Piala Dunia 2026 akan buat pertama kalinya menyaksikan jumlah pasukan ditambah daripada 32 pasukan kepada 48 pasukan yang mengambil bahagian di pusingan akhir.

Sejumlah 80 perlawanan akan diadakan dengan 60 daripadanya dicadangkan untuk diadakan di Amerika Syarikat. Manakala Kanada dan Mexico masing-masing akan menganjurkan 10 perlawanan.

(Photo by Mike Hewitt – FIFA/FIFA via Getty Images)

Perlawanan akhir Piala Dunia 2026 turut dipersetujui awal akan diadakan di Stadium MetLife di New Jersey. Stadium berkenaan adalah gelanggang tuan rumah kepada pasukan NFL iaitu New York Giants dan juga New York Jets.

Presiden US Soccer Federation, Carlos Cordiero berkata selepas pengumuman oleh FIFA tersebut:

“Ia adalah hari yang penuh emosi untuk kami pada hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga untuk penghormatan ini.”

“Terima kasih kerana memberikan kami kepercayaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2026.”

(Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

“Sukan ini melangkaui sempadan negara dan budaya. Bola sepak adalah satu-satunya pemenang pada hari ini.”

“Dengan semangat ini, kami turut mahu mengucapkan selamat maju jaya buat tuan rumah edisi Piala Dunia 2018, Rusia dan juga kepada semua pasukan yang bertanding.”

“Untuk rekod, ini adalah kali ke-5 Maghribi gagal dalam bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia. Negara Afrika Utara tersebut memenangi 33% daripada keseluruhan undi.

(Photo by Mladen ANTONOV / AFP) (Photo credit should read MLADEN ANTONOV/AFP/Getty Images)

Kedua-dua pihak pembida diberikan peluang untuk menyampaikan pembentangan masing-masing selama 15 minit di hadapan seluruh kongres sebelum proses undian dijalankan.

Selepas Rusia, Qatar akan menganjurkan edisi 2022 kejohanan tersebut sebelum tiba giliran Amerika Utara.

 

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!