8 Pemain Bola Sepak Dunia Yang Genius Dalam Menguruskan Kewangan Mereka

Usahawan

Majoriti pemain bola sepak kita lihat sangat mewah ketika zaman kegemilangan mereka. Akan tetapi ramai yang bijak merancang masa depan mereka, harus ingat pemain bola sepak mempunyai tempoh laku yang sangat terhad.

Sebelum ini, portal laman kewangan Malaysia iaitu InvestorMY menerbitkan artikel mengenai 5 pemain bola sepak yang bijak dalam pelaburan dan pengurusan wang, kali ini kita akan bercerita mengenai 8 pemain bolasepak yang genius dalam menguruskan kewangan mereka.

#1 – Mathieu Flamini

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 05: Mathieu Flamini of Arsenal and Duncan Watmore of Sunderland compete for the ball during the Barclays Premier League match between Arsenal and Sunderland at Emirates Stadiumon December 5, 2015 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Bekas pemain tengah Arsenal dan AC Milan ini sedang dalam misi menyelamatkan planet dengan menubuhkan syarikat bio-sains pada tahun 2008 bersama rakan niaga beliau iaitu Pasquale Granata.

Lebih mengejutkan apabila Flamini pernah mendapat anugerah 100 pemimpin bisnes dalam World Economic Forum. GF Biochemical merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan levulinic acid, yang boleh digunapakai dalam pharmaceutical industry. Buat pengetahuan umum, syarikat milik Flamini membuka peluang kepada 400 orang yang kini sedang bekerja dibawahnya, dan dijangka bernilai RM92.25 bilion pada masa akan datang.

#2- Clarence Seedorf

UDINE, ITALY – FEBRUARY 11: Clarence Seedorf (L) of Milan competes with Michele Pazienza of Udinese during the serie A match between Udinese Calcio and AC Milan at Stadio Friuli on February 11, 2012 in Udine, Italy. (Photo by Dino Panato/Getty Images)

Lagenda AC Milan, Seedorf sedang mengusahakan Japanese Restaurant beliau iaitu Finger’s. Bekas pemain Belanda ini sedang sibuk mengembangkan perniagaan di Italy dan Portugal.

#3 – David Beckham

MADRID, SPAIN – JUNE 17: David Beckham of Real Madrid celebrates with his children (L to R) Cruz, Brooklyn and Romeo after Real won the Primera Liga title after the match between Real Madrid and Mallorca at the Santiago Bernabeu stadium on June 17, 2007 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Siapa tidak kenal dengan David Beckam, tidak hanya hebat di padang tetapi juga menjadi ikon seluruh dunia. Walaupun sudah menggantungkan boot beberapa tahun yang lalu, Beckham kini giat menjadi duta kepada Adidas, Armani, Samsung, H&M dan membantu isteri beliau iaitu Victoria Beckham.

Menurut laporan, kekayaan Beckam berjumlah RM1.74 bilion, satu angka yang memang memeranjatkan semua orang. Tak dinafikan, jenama Beckham sudah pun menjadi jenama yang sangat sukses.

#4 – Robbie Fowler

19 May 2001: Robbie Fowler of Liverpool in action during the FA Carling Premiership match between Charlton Athletic v Liverpool at The Valley, London. Mandatory Credit: Clive Brunskill/ALLSPORT

Robbie Fowler, lagenda Liverpool selepas memenangi 5 trofi dan menyumbat 183 gol. Sewaktu beliau bermain untuk Manchester City pada tahun 2000, empayar hartanahnya sudah pun terkenal.

Fowler kini dikenali sebagai salah seorang pemain bola sepak yang terkaya memiliki portfolio hartanah dengan anggarakan kekayaan RM147 juta dan kini mungkin sudah melebihi RM184 juta.

Fowler bukan sahaja kaya malah berkongsi tips kepada orang lain seluruh England. Bahkan, beliau mengatakan beliau juga meminati bisnes permotoran dan sudah tentu bola sepak itu sendiri.

#5 – Gennaro Gattuso

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES – JANUARY 04: Gennaro Gattuso of AC Milan and Siaka Tiene of Paris Saint-Germain FC during the Dubai Challenge Cup match between Paris Saint-Germain FC and AC Milan at Al-Rashid Stadium on January 4, 2012 in Dubai, United Arab Emirates. (Photo by Claudio Villa/Getty Images)

Manager AC Milan iaitu Gennaro Gattuso, lelaki yang sangat bengis dan keras di padang. Waktu zaman kegemilangan beliau, sesiapa sahaja cukup gerun dengan aksi Gattuso dalam padang.

Namun begitu, beliau sebenarnya seorang usahawan mengusahakan kedai ikan di Milan. Sama sekali tidak menyangka, Gattuso mampu membuka perniagaan ikan kerana itu cumalah minat sewaktu kecil. Figura seperti Beckham dan Ronaldinho antara VIP yang datang sewaktu pelancaran premis Gattuso & Bianchi.

#6 – Rio Ferdinand

SYDNEY, AUSTRALIA – JULY 20: Rio Ferdinand of Manchester United controls the ball during the match between the A-League All-Stars and Manchester United at ANZ Stadium on July 20, 2013 in Sydney, Australia. (Photo by Brendon Thorne/Getty Images)

Bekas Pemain Manchester United, Rio Ferdinand mempunyai pelbagai minat terhadap bisnes setelah persaraan. Siapa sangka lelaki yang memenangi 6 piala UEFA kini aktif menjadi TV pundit dan membuka recording label sendiri iaitu White Chalk Label.

Selain itu, Ferdinand membuka restoran Rosso di Manchester pada tahun 2011. Tak cukup dengan itu, beliau juga mempunyai clothing label sendiri mengeluarkan kasut dan aksesori. Tambahan, beliau telah berjaya menjual sebuah syarikat miliknya sendiri kepada Five Supply Website yang memasarkan pakaian lelaki melalui Sports Direct.

Jelas, Rio Ferdinand bukan sahaja seorang lagenda Manchester United malah mampu menjadi role model kepada orang lain.

#7 – Louis Saha

LIVERPOOL, UNITED KINGDOM – MARCH 03: Louis Saha of Manchester United moves away from the challenge of Jamie Carragher of Liverpool during the Barclays Premiership match between Liverpool and Manchester United at Anfield on March 3, 2007 in Liverpool, England. (Photo by Clive Mason/Getty Images)

Rakan sepasukan Fernadinand iaitu Louis Saha pun melalui fasa transfomasi daripada seorang pemain bola sepak kepada seorang usahawan. Terkini, beliau merupakan orang kuat di belakang Axis Stars.

Menurut beliau, Axis Starts menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada atlet professional, jurulatih dan agent untuk mengelakkan atlet lain jatuh bankrap atau terlibat dalam kemelut kewangan.

Pemain yang mendapatkan khidmat beliau adalah Andy Murray, Didier Drogba, Phil Neville, Florent Malouda. Perkhidmatan Axis Starts ini merangkumi konsultansi, insurans, physios dan lain lain.

#8 – Ryan Bertrand

SOUTHAMPTON, ENGLAND – NOVEMBER 10: Southampton Captain Ryan Bertrand looks on during the Premier League match between Southampton FC and Watford FC at St Mary’s Stadium on November 10, 2018 in Southampton, United Kingdom. (Photo by Bryn Lennon/Getty Images)

Pemain pertahanan kiri Southampton iaitu Ryan Betrand telah mengusahakan sebuah fintech startup bersama usahawan dari Silicon Valley iaitu Louis Bell dan Matthew Kirkham.

Bagi mereka yang tidak mengetahui trend terkini, dunia kita sedang mengalami perkembangan teknologi dan paling terbaru saat ini adalah penggunaan AI dan machine learning. Sebagai contoh, jika dahulu dalam bidang kewangan, kita harus menggunakan khidmat fund manager untuk menguruskan saham dan sebagainya, kini robo advisor AI sudah mampu mengambil alih tugas menguruskan dana anda.

Perkembangan sebegini yang diminati oleh Bertrand, iaitu bidang AI dan pembinaan software. Bertand mengakui beliau telah pun terlibat dalam trading sejak usianya 18 tahun dan kini memiliki startup lain yang mereka cipta emoji bolasepak, usaha sama beliau dan John Terry.

Kata beliau, “Saya tidak mahu menjadi pemain bola sepak yang berhenti pada usia 30an dan bertanyakan pada diri sendiri, apa yang nak dilakukan sekarang. Oleh sebab itu, saya sudah bermula tak lama dahulu.”

Semoga perkongsian ini memberi anda semangat dan inspirasi dalam hidup. Pemain bola sepak bukan sahaja dilihat di padang tapi mereka juga ikon bagi sebahagian penonton seluruh dunia.

Disumbangkan oleh Faiz Azizan. Digital Strategist & Storyteller di Investor.MY

Leave a Reply