Quantcast

BERITA

AFF B-22: Malaysia Buru Kemenangan Yang Pertama

Hari ini skuad bawah 22 tahun Malaysia (B-22) akan memulakan aksi sulung dalam Kejohanan Piala AFF B-22 apabila dijadualkan menentang tuan rumah, Kemboja pada pukul 6.30 petang ini (7.30 malam waktu Malaysia).

Di atas kertas, Kemboja merupakan lawan yang mudah namun pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan Malaysia sebenarnya berdepan tugas yang sukar kerana pemahaman pemain terhadap taktikalnya belum mencapai tahap memuaskan.

Harimau Malaya B-22 Berdepan Kemboja Malam IniSkuad Datuk Ong Kim Swee membuka kempen Piala LG B-22 AFF 2019 menentang…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, February 17, 2019

Malah, anak buahnya turut akan berdepan cabaran menyesuaikan diri bermain di atas padang tiruan di venue rasmi, Stadium Nasional Olimpik di Phnom Penh walaupun sudah berlatih di atas padang tiruan Majlis Sukan Negara (MSN) ketika latihan pusat minggu lalu.

Justeru itu, aspek taktikal ketika menyerang dan bertahan terus menjadi perincian Kim Swee untuk memastikan pasukannya beroleh kemenangan yang pertama hari ini.

“Tiada sebarang kecederaan dan semua pemain menunjukkan kesungguhan yang cukup baik. Masih ada beberapa kekurangan tetapi masih ada sehari untuk memperbaiki kelemahan kami.

“Secara keseluruhan, pemain faham apa yang perlu dilakukan dan saya harap ketika perlawanan, tiada lagi kesilapan mudah,” katanya dalam Stadium Astro.

Ong Kim Swee memberi arahan kepada pemain. FOTO: FAM

Keputusan seri atau kalah akan menyukarkan skuad negara untuk mara ke peringkat separuh akhir kerana lawan yang akan ditentang selepas ini ialah pasukan yang lebih kuat iaitu Indonesia dan Myanmar.

“Kami harus bermula dengan positif, itu yang penting. Jika mahu ke peringkat seterusnya, kami tidak boleh kalah dan harus mendapatkan mata,” kata Kim Swee lagi.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!