7 Senarai Pemain Piala Dunia Argentina Sah Tidak Hadir Ke Jakarta

Argentina mengesahkan diri mereka akan tampil ke Asia dalam aksi persahabatan dalam kalenda rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kali ini dengan dua negara terlibat iaitu Australia dan Indonesia.

Buat julung kalinya sejarah terlakar buat Indonesia, selepas pemenang Piala Dunia musim lalu hadir ke negara mereka untuk menjalani aksi persahabatan yang akan berlangsung di Jakarta.

Perkara ini disahkan sendiri sebelum itu menerusi laman rasmi Argentina dengan menyatakan Sang Garuda menjadi salah satu negara yang terpilih untuk aksi persahabatan.

Ianya bakal menjadi satu penghormatan terbaik buat negara tersebut, selepas kegagalan mereka sebelum itu untuk menganjurkan Piala Dunia bawah 20 (B-20) yang telah digantikan oleh Argentina sebagai tuan rumah.

Apa yang menjadi tumpuan utama mereka kini pastinya terarah kepada bintang dunia iaitu Lionel Messi dengan kelibat pemain tersebut dijangka bakal beraksi di Jakarta bersama rakan sepasukan lain.

Walaupun begitu, Argentina juga disahkan terlepas tujuh kelibat pemain bintang mereka untuk dibawa beraksi dalam dua aksi persahabatan ini dan digantikan oleh tonggak lain menerusi laporan dikeluarkan oleh CNN Indonesia.

Tujuh pemain tersebut yang terlepas untuk beraksi pada bulan Jun ini ialah pertahanan kental Manchester United iaitu Lisandro Martinez, Juan Foyth (Villarreal), Papu Gomez (Sevilla), Angel Correa (Atletico Madrid), Lautaro Martinez (Inter Milan) serta Paulo Dybala (AS Roma).

Tujuh pemain tersebut tidak dapat beraksi dengan masing-masing mempunyai alasan tersendiri seperti Lisandro Martinez yang mengalami kecederaan ketika bersama United.

Dybala dan Lautaro Martinez juga mempunyai alasan yang sama iaitu mengalami kecederaan tersendiri dan memaksa pengendali tersebut mengetepikan mereka untuk aksi persahabatan ini.

Sementara itu, Juan Foyth, Papu Gomez, Angel Correa, serta Franco Armani tidak dipilih Lionel Scaloni kerana masalah prestasi semasa mereka bersama kelab tidak memberansangkan.

Seramai 27 pemain telah didaftarkan oleh Scaloni kali ini untuk membawa cabaran Aegentina ke Asia dengan perlawanan pertama membabitkan Australia di Beijing pada 15 Jun, sebelum membuat perhitungan bersama Indonesia empat hari kemudian di Jakarta.

Selain Messi, beberapa lagi bintang dunia juga dijangka mencuri tumpuan ramai penyokong seperti Angel Di Maria, Julian Alvarez, Alexis Mac Allister, Cristian Romero, Nicolas Otamendi, serta ramai lagi pemain lain.

Indonesia juga sudah pun mengeluarkan senarai rasmi pemain yang dipanggil untuk bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi aksi antarabangsa dengan pertahanan import Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat turut terlibat.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN