Ketajaman Syafiq Ahmad Beri ‘Signal’ Buat Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya

Musim ini kelibat penyerang negara, Syafiq Ahmad mungkin tidak begitu dirasai selepas pemain tersebut tidak mendapat banyak peluang dalam aksi Liga Super bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Apa tidaknya, pemain tersebut perlu bersaing sengit bersama ramai penyerang handalan lain untuk cuba merebut tempat dalam kesebelasan utama atau sebagai pemain simpanan bagi meraih minit permainan lebih banyak.

Musim lalu, Syafiq tampil berbisa bersama Kedah Darul Aman (Kedah), selepas beliau dipinjamkan oleh JDT kepada pasukan tersebut pada awal tahun dengan beberapa ledakan gol berjaya terhasil.

Syafiq berjaya mendapatkan momentum tersendiri pada tahun lalu di peringkat domestik dengan enam gol dihasilkan beliau serta turut merekodkan enam bantuan jaringan secara keseluruhan.

Apapun, beraksi bersama JDT merupakan satu cabaran berguna buat Syafiq Ahmad untuk terus meningkatkan lagi kualiti permainan beliau supaya tidak terus selesa dengan prestasi semasa.

Hasilnya, pemain ini berjaya membalas budi pengendali kelab iaitu Esteban Solari selepas beliau meledak salah satu gol ketika mereka menewaskan Penang pada aksi suku akhir Piala FA 2023.

Saat ramai penyerang tempatan mula melakar nama bersama pasukan masing-masing, Syafiq Ahmad masih dianggap sangat relevan buat skuad kebangsaan kerana pengalaman, serta tahap permainan beliau masih berkualiti.

Lihat sahaja pada aksi terbaharu ketika Syafiq membantu JDT membenam Penang menerusi impak diberikan beliau walau selaku pemain simpanan sahaja.

Pastinya kelibat Syafiq menjadi tumpuan pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon untuk terus menilai prestasi semasa barisan penyerang tempatan sebelum saingan Piala Asia 2023 bermula.

Ketika ini, prestasi pemain barisan hadapan negara boleh dianggap dalam keadaan menyakinkan bersama kelab masing-masing dengan beberapa nama bintang tempatan tampil sangat menyerlah.

Selain memberi fokus kepada Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi, beberapa pemain tempatan lain juga berada dalam momentum tersendiri untuk menarik perhatian Kim untuk mewakili skuad kebangsaan.

Antaranya ialah penyerang bertubuh tegap Negeri Sembilan iaitu Shahrel Fikri, selepas pemain tersebut membuktikan beliau masih sangat tajam di hadapan gol menerusi empat jaringan semasa bersama pasukan tersebut.

Ini juga akan memberi satu lagi persaingan sengit buat Syafiq untuk cuba merebut tempat dalam skuad kebangsaan, selepas melihat beberapa penyerang lain mempamerkan impak positif masing-masing.

Apapun, beliau tidak perlu gusar dan terus fokus dalam sesi latihan supaya kelibat beliau dapat terus menarik hati Solari untuk tersenarai dalam siri perlawanan akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN