7 Pemain Yang Ditangkap ‘Kantoi’ Bermain Football Manager

Pemain bola sepak juga mempunyai hobi seperti kita.

Namun begitu, mereka tidak dapat melakukan hobi mereka dek kerana perlawanan yang dihadapi dan juga sesi latihan yang tidak pernah berhenti.

Salah satu hobi yang menjadi pilihan adalah bermain Football Manager, sebuah permainan video mengenai pengurusan bola sepak.

Kami senaraikan 7 pemain bola sepak yang pernah ditangkap ‘kantoi’ bermain Football Manager.

7. Paul Pogba

Pemain termahal dunia yang baru saja menyertai pasukan lamanya Manchester United dikesan bermain Football Manager ketika beliau masih di Juventus.

Ketika di dalam kapal terbang, Pogba bermain permainan simulasi itu dengan menggunakan pasukan Chelsea.

Selepas gambar itu tersebar, khabar angin bertiup kencang mengatakan pemain itu akan ke kelab London tersebut.

Namun gambar yang tersebar pada 2014 itu tidak memberi apa-apa gambaran bahawa Pogba akan ke Chelsea sebaliknya beliau tetap bersama dengan kelab Turin itu sebelum kini kembali ke Manchester United.

Screen-Shot-2016-08-11-at-12.31.06

6. Cesar Azpilicueta

Azpilicueta ini mempunyai darah pemain Football Manager sejati – menggunakan kelab kecil.

Tidak seperti pemain-pemain Football Manager yang lain yang lebih gemar menggunakan pasukan-pasukan handalan yang mempunyai bajet yang besar.

Pertahanan Sepanyol ini menjadi ‘pengurus’ kepada kelab kesayangannya, CA Osasuna yang kini di Liga Adelante.

Ketika ditemuramah oleh Football Manager, Azpilicueta menyatakan beliau sukar untuk ‘memujuk’ rakan sepasukannya di Chelsea untuk menyertainya di Osasuna.

“Tidak, mereka tidak pernah berminat menyertai kelab saya! Ia adalah satu pilihan yang tidak baik bagi mereka.”

“Begitu juga apabila saya juga mendapatkan pemain Akedemi Chelsea, tiada satu pun yang mahu menyertai saya di Osasuna.”

CA+Osasuna+v+Barcelona+La+Liga+AwPsngo6PMlx

5. Antoine Griezmann

Bintang Athletico Madrid ini juga tidak ketinggalan dalam bermain permainan Football Manager.

Pemain ini pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea selepas gambarnya bermain Football Manager sebagai pengurus Chelsea tersebar.

Namun selain Chelsea, Griezmann juga pernah menjadi ‘pengurus’ Arsenal menggantikan Arsene Wenger.

Di Arsenal, Griezmann memenangi gelaran Premier League dan UEFA Champions League. Satu pencapaian yang baik buat ‘pengganti’ Wenger.

griez

4. Cristian Eriksen

Pemain utama Tottenham Hotspur ini mempunyai satu pandang buruk terhadap Football Manager.

Ini kerana Eriksen tidak berpuas hati dengan ‘stats’nya dalam permainan tersebut.

Satu lagi tabiat ‘pelik’ Eriksen ketika bermain permainan ini adalah, Eriksen akan membeli dirinya sendiri dan menjadikan dirinya sebagai kapten pasukan.

Dan Eriksen akan membawa ‘dirinya’ kemana sahaja dia pergi, jika dia ke kelab baharu maka dia akan membeli ‘dirinya’ dan menjadikannya sebagai kapten sekali lagi.

CS53638921Tottenham-Hotspur

3. Yohan Cabaye

Cabaye ternyata merupakan pemain yang amat disayangi oleh peminat Newcastle United.

Ketika baru sahaja berpindah dari Newcastle United ke Paris Saint Germain, Cabaye memenangi hati peminat dengan memuat naik gambar yang menujukkan beliau bermain sebagai pengurus Newcastle United di dalam Football Manager.

Lebih menarik, beliau meletakkan pemain yang disisihkan oleh pengurus Magpies ketika itu iaitu Alan Pardew iaitu Hatem Ben Arfa di dalam skuad utamanya.

article-2649458-1E7D4C4500000578-376_634x439

2. Andros Townsend

Andros Townsend mempunyai satu kisah yang lucu mengenai Football Manager.

Townsend telah membuatkan teman wanitanya, Hazel O’Sullivan keliru sebentar apabila membaca ‘berita’ yang menyatakan Townsend ‘didenda’ kerana ‘tidak hadir ke sesi latihan’.

2C78B49B00000578-0-image-a-4_1442591625689

‘Berita’ itu cukup memeranjatkan Hazel, dan beliau terus mendapatkan kepastian dari teman lelakinya di Whatsapp.

2C78B4A200000578-0-image-a-1_1442590312383

1. Ole Gunnar Solskjaer

Walaupun bekas bintang Manchester United ini sudah lama menggantung but, namun kami sertakan juga namanya di dalam artikel ini.

Dikala rata-rata pemain yang masih aktif dengan karier profesional mereka menjadikan bermain Football Manager sebagai hobi mengisi masa lapang, Solskjaer memandang dari sudut yang berbeza.

Bagi pemenang UEFA Champions League 1999 ini, bermain Football Manager merupakan caranya dalam mempersiapkan dirinya mengenai dunia pengurusan bola sepak sebelum mengambil cabaran di dunia sebenar.

Benar sekali pandangannya itu, pengalamannya di dalam permainan video dapat diterjemah di dunia sebenar ketika di Molde dan Cardiff City.

Generated by IJG JPEG Library

Baca juga: Kelab Ireland Tawar Season Ticket Kepada Pemain Football Manager 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN