Selepas Lakukan ‘Pembersihan’ Skuad Dan Berbelanja Besar, Klopp Tiada Alasan Gagal Di Liverpool

Musim ini, Jurgen Klopp mesti realisasikan ‘tahun Liverpool’ demi peminat The Reds.

Musim Premier League 2016/17 menyaksikan musim penuh pertama buat Jurgen Klopp di Liverpool dan harapan sentiasa menggunung tinggi seperti tingginya Gunung Kinabalu.

Cabaran yang menanti Klopp untuk musim ini sungguh jelas, iaitu:

membawa Liverpool menjuarai liga atau
sekurang-kurangnya layak ke UEFA Champions League (UCL) dan
membawa sekurangnya satu piala domestik untuk menyakinkan kembali peminat.

Namun cabaran itu tidak mudah.

Ini kerana Klopp perlu bersaing dengan beberapa lagi pasukan handalan seperti Arsenal dan Manchester United yang dimana pengurusnya (Arsene Wenger dan Jose Mourinho) adalah wajah yang tidak asing di liga utama England itu.

Selain itu, Klopp perlu berhadapan dengan pasukan yang diurus oleh Pep Guardiola (Manchester City), Antonio Conte (Chelsea), Mauricio Pochettino (Tottenham Hotspur) dan lain-lain lagi.

Tetapi kenapa musim ini yang adalah musim teramat penting untuk Klopp?

Belanja besar mesti menang piala

Klopp dan Liverpool telah menghabiskan £70 juta dalam pembelian pemain, dengan membawa masuk 7 pemain seperti Sadio Mane, Gini Wijnaldum, Loris Karius, Alex Manniger, Ragnar Klavan, Joel Matip dan Marko Grujic.

NewLFCSignings

Dalam pada masa yang sama, Klopp telah ‘mengusir’ keluar 16 pemain. Sama ada dilepaskan secara percuma atau dijual ke kelab lain.

Antara nama-nama yang menjadi ‘mangsa’ adalah Kolo Toure, Joe Allen, Jordon Ibe dan Martin Skrtel.

Jadi selepas ‘mengusir’ pemain-pemain yang tiada dalam perancangannya, Klopp dengan yakinnya menyatakan skuad yang sedia ada adalah ‘skuad Klopp’.

Menurut Klopp:

“Ini adalah skuad saya sekarang, masa ini adalah pasukan saya.”

Dengan dikatakan Klopp sudah mempunyai skuad yang dibarisi dengan pemain sempurna dengan taktikalnya, Klopp mempunyai cabaran yang besar untuk membuktikan kepada peminat malah pemerhati bahawa pasukannya mampu bersaing dengan baik dalam semua kejohanan serta pembeliannya berbaloi.

Posisi Alberto Moreno masih lagi selamat

Namun, masih ada yang tidak lengkap.

Kekuatan skuad Liverpool tampak kurang menyakinkan di bahagian bek kiri apabila hanya ada Alberto Moreno di posisi itu.

Namun, masalah tidak berhenti disitu.

Moreno yang dikatakan menghadapi masalah hamstring, dikhabarkan akan terlepas aksi pembukaan liga menentang Arsenal.

Sekiranya Moreno sah terlepas aksi pertama liga, maka tempatnya mungkin akan diisi oleh James Milner.

Selepas Klopp meminjamkan Jon Flanagan ke Burnley, usaha mencari pesaing Moreno di posisi bek kiri menjadi sukar apabila bidaannya terhadap Ben Chiwell dari Leicester City ditolak.

Jadi Klopp perlu fokus kembali untuk mendapatkan Jonas Hector, walaupun terpaksa membelanjakan wang sebanyak £20 juta.

Bagaimana barisan Liverpool ketika menentang Arsenal?

Aksi pembukaan Premier League musim ini adalah cabaran getir buat Klopp, dan tentunya perlawanan sulung boleh memberi gambaran awal bagaimana musim pasukan itu akan berkesudahan.

Dengan ketiadaan Loris Karius dan hampir pasti Moreno tidak akan beraksi. Klopp mempunyai beberapa keputusan yang perlu dibuat.

Simon Mignolet akan beraksi di gol sementara Ragnar Klavan dan Dejan Lovren akan beraksi di bahagian pertahanan tengah.

Sementara Nathanial Clyne akan berada di bek kanan dan kemungkinan besar James Milner akan memulakan musim baharu di posisi bek kiri.

Jordan Henderson akan bersama-sama Emre Can dan Gini Wijnaldum di bahagian tengah.

Dan di bahagian serangan Sadio Mane dan Phillipe Coutinho akan beraksi di sebelah tepi dan Daniel Sturridge akan beraksi di bahagian serangan tengah.

Di bangku simpanan Klopp mempunyai pilihan yang pelbagai, dengan Alex Manniger, Mahmadou Sakho, Marko Grujic, Adam Lallana, Divock Origi, Roberto Firmino serta Danny Ings.

567

Kesimpulan

Jurgen Klopp hampir menghadiahkan dua kejuaraan kepada Liverpool apabila menyertai dua perlawanan akhir kejohanan (Capital One Cup dan Europa League) walaupun ketika itu barisan pemain-pemainnya bukanlah pemain yang sesuai dengan strateginya.

Dengan barisan pemain yang sedia ada, dijangka Klopp dapat memaksimakan kebolehan mereka untuk diserapkan dalam taktiknya.

Namun, ternyata jangkaan dan tekanan pasti akan menggunung tinggi buat Klopp dan para pemainnya.

Mampukah Klopp membawa Liverpool kembali ke ‘hari indah dahulu’ dan mengakhiri penantian hampir 30 tahun untuk gelaran sulung Premier League?

Baca juga : Kebocoran Dokumen Rahsia Dedah 3 Permintaan Pelik Liverpool Kepada Setiap Hotel Penginapan Mereka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN