7 Pemain Import Liga Super 2016 Yang Paling Didesak Penyokong Untuk Digugurkan

Menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super yang bakal dibuka pada 20 Jun 2016 nanti, sudah banyak berita kemasukan pemain import baru dikaitkan dengan pasukan-pasukan Liga Super 2016.

Terutamanya pasukan yang bergelut dengan prestasi yang tak konsisten.

Kami menjelajah semua laman Facebook peminat dan rasmi pasukan untuk mengetahui pemain import manakah yang paling didesak oleh penyokong untuk digugurkan. Berikut adalah 7 pemain tersebut:

1. Davide Grassi (Sarawak FA)

12728808_715515401918463_89420

Pemain Itali biasanya dikaitkan dengan kualiti pertahanan yang baik. Tetapi bagi penyokong Sarawak, stereotaip ini tidak boleh dipakai bila bercakap tentang Davide Grassi.

Rata-rata penyokong Sarawak berpendapat produk kelahiran akademi Parma ini tidak agresif, lasak dan berani.

Maka tak hairanlah dengan rekod bolos 22 gol dalam 10 perlawanan, penyokong Sarawak sudah mula membanding-bandingkan Grassi dengan pertahanan tengah Sarawak musim lepas, Patrick Nyema Gerhardt dan Gábor Gyepes.

2. Dalibor Volas (Pahang FC)

Sumber: Facebook Pahang FC
Sumber: Facebook Pahang FC

Sebagai penjaring ketiga terbanyak Liga Super dengan 6 gol ketika ini, agak mengejutkan apabila kami mendengar nama penyerang Slovenia ini disebut-sebut sebagai ‘memalukan’, ‘lembik’ dan ‘malas cari bola’.

Malah penyokong Pahang rata-ratanya mahukan Zesh Rahman dan Nejc Potokar untuk turut menyertai Volas keluar dari Pahang. Tetapi ada juga sesetengah penyokong Pahang yang menyokong Volas.

Volas masih mempunyai 4 perlawanan lagi sehingga jendela perpindahan kedua dibuka – menentang JDT (home dan away), Kedah (away) dan Sarawak (home) – untuk membuktikan penyokong Pahang yang mengkritiknya silap.

3. Juan Jose Morales (Terengganu FA)

Sumber: Facebook Terengganu FA
Sumber: Facebook Terengganu FA

Oh Tuhan. Dari mana kami perlu mula?

Diambil oleh Terengganu hasil ‘scouting’ melalui video Youtube, Juan Jose Morales atau JJ adalah sebab utama mengapa pasukan yang mahu berjaya perlu mempunyai staf peninjau bakat mereka sendiri.

12745597_1539791636313540_7289329712115281344_n

Kami telah mendengar segalanya mengenai JJ – tak cergas, tak mesra dengan pemain Terengganu lain, mudah terjatuh walaupun berbadan besar, banyak hilang bola dan gagal menjaringkan gol walau ketika sesi latihan.

Apabila dua jurulatih berbeza (Ahmad Yusof dan Mike Mulvey) tidak rela memasukkan JJ ke dalam kesebelasan utama mereka, ia adalah petanda jelas JJ bukanlah pemain yang mencapai standard Liga Super.

4. Carlos Kahe (Kedah FA)

Sumber: Facebook Kedah FA - Persatuan Bolasepak Kedah
Sumber: Facebook Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah

Ditandatangani oleh Kedah sebagai pengganti Chidi Edeh, Kedah mengharapkan keserasian Carlos Kahe dengan bekas rakan sepasukan yang juga merupakan pemain Kedah, Sandro Mendonca akan membuahkan hasil.

Bagaimanapun sebaliknya berlaku.

Kahe hanya mampu menjaringkan 2 gol (kedua-duanya di Stadium Darul Aman vs Terengganu dan Kelantan). Manakala Sandro yang menjaringkan 8 gol ketika kempen Piala Malaysia 2015 hanya mampu menjaringkan 1 gol sebelum ditimpa kecederaan.

Masa depan Kahe di Kedah bakal terancam apabila pengurus Kedah, Datuk Jeffrey Low Han Chow mengesahkan penyerang baru akan tiba pada Jun nanti.

5. Osas Saha (Pulau Pinang FA)

Sumber: Facebook FA Penang
Sumber: Facebook FA Penang

Sebab utama Osas Saha mendapat tempat di Pulau Pinang adalah kerana ‘Mamu’ Jacksen yang menegenalinya ketika di Indonesia.

Jadi apabila Jacksen ‘direhatkan’, masa depan Saha di Pulau Pinang mula kelihatan terumbang-ambing. Apabila prestasinnya mula jatuh, surat amaran dari pemangku ketua jurulatih, Manzoor Azwira mula memberikannya tekanan.

Kemuncak kesabaran Manzoor terhadap Saha mencapai hadnya apabila Saha terlepas banyak peluang 1v1 ketika kekalahan 2-3 kepada T-Team.

Selepas perlawanan, Manzoor terus mengumumkan Saha bakal digantikan Jun nanti meskipun telah menjaringkan 4 gol secara keseluruhan untuk Pulau Pinang.

6. Dramane Traore (Kelantan FA)

12115812_1105618379479202_3402396002748013188_n

Hadir dengan reputasi sebagai pemenang kasut emas Liga Super 2015 bersama PDRM FA, Dramane Traore menjadi mangsa perbandingan dengan Blaže Ilijoski yang sudah menjaringkan 6 gol ketika ini.

Dengan hanya 2 gol dari 10 perlawanan, Traore juga tak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan prestasinya pada musim lepas – menjaringkan 9 gol dari 10 perlawanan.

Dengan prestasi cemerlang Ilijoski sebagai penjaring utama pasukan, ramai penyokong Kelantan mahukan penyerang Mali ini digugurkan pada Jun nanti.

7. Vokhid Shodiev (Perak FA)

Sumber: Facebook PERAK The Bos Gaurus
Sumber: Facebook PERAK The Bos Gaurus

Anda perlu menonton perlawanan Perak pada musim ini untuk mengetahui betapa tumpulnya penyudah penyerang Uzbekistan ini di depan gol.

Hanya mampu menjaringkan 1 gol dalam 10 perlawanan, Shodiev tidak pernah gagal mengundang kemarahan penyokong Perak setiap kali beliau bermain.

Pernah sekali ketika perlawanan suku Piala FA menentang Kuala Lumpur, admin laman Facebook Perak The Yob mencadangkan agar ‘PAFA menghumban Vokhid ke dalam Sungai Perak. Biar senang dibaham buaya’.

Cadangan itu mungkin kedengaran ekstrem. Tetapi konteksnya tetap sama – Vokhid sedang menjadi pemain paling dibenci di Perak.

Sebagai perbandingan, Elias Fernandes yang baru bermain sebagai penyerang bermula matchday ke-6 (vs JDT) sudah pun menjaringkan 6 gol.

Baca juga: 6 Laman Web Rasmi Terbaik Pasukan Liga Super 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN