Quantcast
6 Laman Web Rasmi Terbaik Pasukan Liga Super 2016
KAJIAN & FAKTA

6 Laman Web Rasmi Terbaik Pasukan Liga Super 2016

Friday, 18 Mar 2016

Antara faktor utama yang mampu menarik minat pihak penaja adalah kebolehan pasukan untuk menjaga commercial interests mereka.

Salah satu caranya adalah dengan memiliki laman web rasmi pasukan dan membuat contents (artikel, video dan sebagainya) yang menarik trafik.

Laman web yang baik, terjaga dan mempunyai trafik yang banyak bakal memberi first impression yang baik kepada penaja. Dalam pada masa yang sama, ia juga mencerminkan kecekapan pengurusan kelab.

Jika benda ‘mudah’ seperti mengurus laman web rasmi pun pasukan tak boleh buat, bayangkan apa yang akan terjadi jika pasukan bertanggungjawab untuk mengurus duit penaja?

Inilah yang berlaku kepada beberapa pasukan di Liga Super.

Sekilas pandang

Daripada 12 pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2016, hanya 6 pasukan sahaja yang mempunyai laman web rasmi yang beroperasi dengan baik.

Statistik ini amat mendukacitakan dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan daripada senario musim lepas.

Kriteria penilaian

Kriteria penilaian kami adalah berdasarkan kriteria berikut:

  • kemudahcapaian (findability)
  • first impression
  • kualiti kandungan (artikel, gambar dan video)
  • kekemasan (user interface)
  • kepuasan pengguna (user experience)
  • tarikan tambahan

Kad laporan laman web rasmi pasukan Liga Super 2016

6. Perak FA (www.peraktbg.com)

perak FA

Jika anda mengunjungi laman web ini buat kali pertama, anda akan terpegun melihat susun atur laman web rasmi pasukan The Bos Gaurus ini. Sekali imbas, ia tampak segar, hidup dan kelihatan menarik.

perak2

Namun, bak kata pepatah, don’t judge a book by its cover.

Secara jujurnya, laman web ini boleh dianggap gagal kerana ia masih belum siap sepenuhnya. Dan semakin lama kami menerokai laman web ini, semakin banyak kelemahan demi kelemahan yang dapat kami kutip.

perak5

Laman web Perak sangatlah sukar untuk dicari di Google. Anda tidak akan dapat menjumpainya kurang 2 page carian Google jika anda menaip ‘Perak’, ‘Perak FA’ atau ‘Perak TBG’.

Anda hanya dapat menjumpainya jika anda betul-betul menaip ‘peraktbg’.

Sudahlah laman web mereka sukar dicari melalui carian Google, fanpage Facebook rasmi Perak juga tidak meletakkan URL laman web rasmi mereka di bahagian ‘About’.

Selain itu, laman web Perak juga dipenuhi oleh pautan yang tidak aktif (deadlinks).

Sesetengah tulisan juga tidak kelihatan kerana mempunyai warna yang sama dengan warna latar belakang. Bahagian jadual dan keputusan perlawanan pula tidak lengkap.

Tema ‘kerja tak siap’ terserlah di banyak bahagian laman web ini seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

perak4

Maaf, peminat-peminat pasukan The Bos Gaurus. Anda berhak mendapat sesuatu yang lebih baik dari ini!

5. Kedah FA (www.kedahfa.my)

Kami menghadapi kesukaran untuk mencari laman web ini kerana apabila kami menaip ‘Kedah FA’ di Google, laman web rasmi Kedah berada di page ke-3 carian Google.

Tetapi apabila kami mengakses laman web ini, kami kagum. Laman web Kedah FA memberi first impression yang baik. Ia kemas dan responsif.

Tetapi kandungannya laman webnya tiada tarikan untuk membuatkan pengunjung kekal lama. Bahagian ‘Next Match’ mereka terlalu menguasai muka depan laman web.

ikedah1

Jika mereka mengetengahkan artikel di bahagian ‘Blog’ dan ‘News’ mereka di muka depan laman web, mungkin ia akan menarik minat kami untuk kekal lama di laman web mereka.

Bagaimanapun, ciri paling menarik laman web Kedah bahagian ‘Sponsorship’. Jika kami merupakan penaja Kedah, kami akan menyukai bahagian ini.

kedah4

Semua logo penaja-penaja Kedah disusun dengan kemas, lengkap dengan fakta ringkas setiap penaja. Kedah juga menyediakan pautan terus ke laman web rasmi penaja-penaja mereka.

Bagaimanapun laman web Kedah masih kekurangan info pengenalan pemain skuad utama mereka. Mereka hanya menyediakan gambar individu pemain skuad utama.

lamanwebMSL2

Ketika artikel ini ditulis, kami hanya boleh mendapatkan info staf kejurulatihan Kedah sahaja.

Kandungan video mereka juga boleh diperbaiki.

Daripada membawa pengunjung keluar dari laman web dan masuk ke Youtube, adalah lebih baik jika semua video mereka dihos (atau sekurang-kurangnya embedded) di laman web.

4. FELDA United FC (www.feldaunitedfc.com

felda1

Pertama kali mengakses ke laman web Felda United, kami sukakan reka bentuk laman web tersebut yang kemas dan ringkas.

Laman web mereka juga mudah dicari jika anda menaip ‘Felda United’ di Google. Ia berada di page pertama carian Google.

Antara tarikan utama laman web ini adalah wujudnya pautan ke fanpage Facebook kumpulan ultras mereka, DFELMANIA di muka depan.

Laman web Felda United turut mempunyai artikel yang baru sebelum dan selepas perlawanan, lengkap dengan video highlights setiap perlawanan. Gambar dan video yang dimuat naik juga mempunyai resolusi yang tinggi.

lamanwebMSL4

Malah di muka depan, produk Kad Felda United mereka juga mudah dikesan oleh pengunjung laman web.

Daripada segi info pemain, setiap pemain skuad utama mempunyai gambar dan info ringkas. Cuma info pemain Piala Presiden dan Piala Belia mereka masih kosong.

lamanwebMSL3

3. Selangor FA (faselangor.my)

Sebagai gergasi dalam Liga M, kami megharapkan sesuatu yang luar biasa dari laman web rasmi Gergasi Merah ini – dan kami tidak terlalu kecewa.

Laman webnya mudah dicari di Google. Reka bentuknya kemas dan interaktif.

selangr1

Logo-logo penaja mereka di bawah muka depan laman web juga diletak dengan teratur, lengkap dengan pautan terus ke laman web penaja.

Antara tarikan istimewa laman web mereka adalah kewujudan segmen paparan media. Di bahagian ini, segala berita dari akhbar-akhbar tempatan mengenai Selangor FA akan dikemas kini untuk bacaan pengunjung.

selangor6

Paling menarik adalah koleksi info mereka tentang sejarah pegawai pasukan, jurulatih dan pemain import yang pernah berkhidmat untuk Selangor. Info ini berguna untuk penyokong Selangor yang muda.

lamanwebMSL5

Tetapi kelemahan laman web Selangor adalah bahagian statistik pemain yang masih belum dikemas kini sejak tahun 2013. Ini sedikit sebanyak mencacat-celakan bahagian info pemain yang mempunyai gambar yang beresolusi tinggi dan info ringkas yang lengkap.

selangor4

2. Pulau Pinang FA (fapenang.my)

Menjadi pendatang baru kepada saingan Liga Super tahun ini bukan alasan untuk pasukan Harimau Kumbang ini tidak mempunyai laman web rasmi yang baik.

Jika dibandingkan dengan tahun lepas, laman web Pulau Pinang nyata telah mempamerkan pembaikan.

penang1

Laman web mereka mudah dicari di Google. Dengan reka bentuk laman web yang kemas, ia memberi first impression yang bagus kepada pengunjung.

Ciri utama yang membolehkan laman web ini menduduki tangga ke-2 laman web terbaik Liga Super adalah kekerapan laman web ini menghidangkan artikel, info, video dan gambar terbaru.

penang2

Bahagian galeri, arkib berita dan artikel di laman web ini dikemas kini dengan pantas. Ciri inilah yang memberikan laman web Pulau Pinang FA kelebihan berbanding laman web Kedah FA dan Felda United FC.

pennang

Bagaimanapun laman web Pulau Pinang masih perlu membuat beberapa pembaikan.

Contohnya logo-logo penaja mereka boleh diperbaiki dengan memuat naik imej yang beresolusi tinggi. Malah idea menggunakan slider untuk mempamerkan logo penaja mungkin tidak akan disukai oleh penaja.

Info pemain skuad utama juga boleh diperbaiki dengan menambah info peribadi pemain. Info pemain yang mereka sediakan ketika ini dilihat terlalu bersifat ‘asalkan ada’.

penang3

1. Johor Darul Ta’zim (johorsoutherntigers.com.my)

Dalam artikel kami pada tahun lepas, laman web rasmi JDT berada di tangga ke-4 kerana ada beberapa kesalahan seperti kewujudan pautan yang tidak aktif (deadlinks) serta masalah ketiadaan data pada bahagian carta saingan Liga Super.

Namun pada tahun ini, laman web rasmi JDT telah memperbaiki kelemahan mereka dengan memberi respons yang sangat positif.

Sejujurnya terlalu banyak aspek positif yang dapat kami kutip sepanjang penerokaan kami dalam laman web mereka, sehinggakan kami terpaksa meringkaskan ulasan kami.

Dengan hanya menaip ‘JDT’ di Google, kami dapat mencari laman web rasmi mereka. Dengan loading time yang pantas, kami disambut oleh interface laman web mereka yang segar, responsif dan nampak moden.

jdtcovr

Laman web ini bukan saja sarat dengan maklumat, malah setiap maklumatnya disusun secara kemas dan minimalistik.

jdtcov3

Jika kami merupakan penaja JDT, kami akan suka dengan aturan laman web mereka yang meletakkan logo penaja di atas muka depan. Ini berbeza dengan pendekatan laman web pasukan lain yang meletakkan logo penaja di bawah.

lamanwebMSL6

Bahagian berita dan galeri juga pantas dikemaskini selepas perlawanan.

Semasa kami melawat laman web mereka, JDT baru sahaja mengalahkan Lao Toyota dalam saingan AFC Cup. Sejurus selepas perlawanan tamat, bahagian berita dan galeri laman web mereka sudahpun dikemaskini.

Bahagian info pemain mereka juga lengkap dengan gambar, biodata ringkas, statistik musim dan butang ‘like’.

jdt3

Namun, satu-satunya sebab utama mengapa kami memilih laman web JDT sebagai laman web bola sepak terbaik di Malaysia adalah kewujudan JDT TV.

jdttv

Apa yang ada dalam JDT TV? Segalanya – baik dari siaran langsung perlawanan, ulasan pra-perlawanan, highlights perlawanan sehinggalah post match report – semuanya bakal membuatkan pengunjung kekal lama di laman web mereka.

Namun, kami juga dapat mengesan beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki oleh laman web hebat ini.

Kelemahan ketara mereka adalah penggunaan gambar beresolusi rendah sebagai salah satu slide paparan utama. Isu ini sedikit sebanyak merencatkan first impression kami terhadap laman web ini.

jdt1

Selain itu, terdapatnya percampuran penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Kami merasakan lebih elok jika laman web ini menggunakan domain yang berasingan untuk kedua-dua bahasa.

Lebih parah adalah apabila terdapatnya beberapa grammatical errors dalam artikel dan tweet mereka. Hal ini telah banyak kali ditegur oleh kami dan peminat bola sepak lain, terutamanya di akaun rasmi Twitter mereka.

Selain daripada kesalahan kecil tersebut, laman web JDT sempurna dari segala segi. Laman web mereka meletakkan tanda aras kualiti yang cukup tinggi untuk dikejar oleh laman web pasukan lain.

Tak hairanlah laman web mereka mampu menarik minimum 15 juta pageviews sebulan!

Tahniah JohorSouthernTigers!

Pasukan-pasukan lain

Laman web rasmi Pahang FC, T-Team FC dan Terengganu FA sedang berada di bawah status under maintenance. 

Manakala Kelantan FA, Sarawak FA, PDRM FA hanya mempunyai laman web yang mati (tanpa sebarang kemaskini sejak akhir musim lepas).

Ralat: Setelah diperbetulkan oleh pembaca lain, kami menambah laman web Perak TBG dalam senarai. Maaf atas kekhilafan kami.

Baca juga: 8 Laman Web Rasmi Terbaik Pasukan Liga Super 2015

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: 6 Laman Web Rasmi Terbaik Pasukan Liga Super 2016



Berita Bola Yang Menarik