Carta 8 Laman Web Rasmi Terbaik Liga Super Malaysia

Bayangkan diri anda seorang CEO sebuah syarikat korporat yang ingin melabur dalam sesebuah pasukan bola sepak di negara asing. Apakah langkah pertama yang akan anda buat?

Sudah tentu anda akan Google tentang kejohanan liga di negara tersebut dan mencari pasukan yang paling berpotensi untuk anda taja.

Seterusnya, anda akan mencari lebih banyak maklumat tentang pasukan tersebut melalui laman web rasmi pasukan tersebut dan mahu lihat bagaimana jenama syarikat anda akan dipertontonkan di jersi pasukan, dalam stadium dan pada laman web rasmi pasukan tersebut.

Baca: Gambar Bas Pasukan Bola Sepak Liga Malaysia Yang Awesome & Kurang Awesome

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Oleh itu, laman web rasmi yang baik mampu memberi first impression yang baik kepada pelabur-pelabur ini. Benar kata orang, “Don’t judge a book by its cover,” namun jika tugas mudah seperti mengemas kini laman web rasmi pun tunggang langgang, bagaimana pula dengan pengurusan kelab?

Demi anda, kami di SemuanyaBola menganalisis dan mengeluarkan senarai laman web rasmi pasukan bola sepak terbaik untuk Liga Super Malaysia 2015.

Sekilas Pandang

Dari 12 pasukan yang bertanding di Liga Super, hanya 8 pasukan sahaja yang mempunyai laman web rasmi (pasukan Felda Utd, ATM FA dan Perak FA tidak mempunyai laman web rasmi manakala laman web Sarawak FA pula tidak boleh diakses). Hal ini amat mendukacitakan kepada peminat bola sepak dan harus diperbaiki dengan segera.

creast

Lebih menyedihkan, pasukan-pasukan ini beraksi di liga tertinggi Malaysia. Bahkan pasukan dari Liga Premier seperti Sabah FA, Penang FA dan NS Matrix juga mempunyai laman web rasmi sendiri. Malah, laman web mereka juga ada yang lebih baik dari sesetengah laman web pasukan Liga Super.

Antara perkara yang menjadi kriteria penilaian penulis adalah first impression, navigasi, ciri mesra pengguna, kemudah capaian (findability), konten, kebergunaan (resourcefulness) dan kepuasan pengguna (user satisfaction).

Mari kita baca ulasan laman web terbaik di Liga Super Malaysia 2015.

No. 8   : Terengganu FA   ( http://terengganufa.my/ )

ter2

Sebagai pasukan yang mendapat tajaan dan dana besar dari kerajaan negeri, penulis menjangkakan laman web yang lebih baik dari Terengganu FA. Jika anda menaip “Terengganu FA official website” di Google, anda akan dapati laman web ini ditenggelamkan oleh laman FBnya sendiri. Apabila mengakses laman ini buat pertama kali, terlalu jelas kelihatan bahawa page ini tidak kemas, terlalu kompleks dan tidak teratur.

Penulis juga mengalami kesukaran untuk mencari keputusan perlawanan pasukan skuad Sang Penyu yang terkini. Terdapat juga banyak missing link dan wrong tagging yang begitu jelas di menu utama laman web, umpama laman web yang siap separuh jalan. Pihak pengurusan Terengganu FA harus lebih cakna dan segera memperhalusi kelemahan ini.

Verdict: Jika anda memandu sebuah kereta dan laman web Terengganu FA menjadi jalannya, anda akan sesat dan sukar mencari jalan pulang. Kompleks dan menyerabutkan.

 

No.7    : Lions XII (http://lionsxii.sg/ )

lions2

Berbanding dengan laman web rasmi Terengganu FA, laman web pasukan dari seberang tambak ini lebih ringkas dan kemas. Daripada pemeriksaan di bahagian jadual semasa dan berita, ternyata laman web ini dikemas kini dengan baik.

Namun, seperti mana laman web pasukan Terengganu, laman web ini juga mempunyai terlalu banyak missing link. Paparan tajuk berita utama di main page juga tidak lengkap dan pautan di ruangan pemain juga tiada. Site ini juga cenderung untuk crash secara tiba-tiba.

Verdict: Laman web yang ringkas, direct tetapi terlalu plain. Tidak banyak konten yang boleh didapati di laman web ini namun ia masih mencukupi. Terlampau banyak missing links di web ini benar-benar merencatkan potensi sebenarnya.

Baca: Mengapa Menyalahkan Penyerang Tempatan Atas Polisi Pemain Import Adalah Idea Bodoh

No.6    : PDRM FA ( http://pdrmfa.com.my/ )

pdrm1

Sekali imbas, pihak pengurusan PDRM FA tampak bertanggung jawab dengan melancarkan laman web rasmi untuk pasukan The Cops walaupun tidak mempunyai fanbase yang ramai seperti persatuan bola sepak negeri yang lain.

Walaupun demikian, laman web ini didapati terlalu ringkas sehinggakan tiada unsur tarikan yang dapat dirasai. Terdapat banyak konten yang baik, namun laman web ini kelihatan masih dibayangi oleh kejayaan PDRM FA menjurai Liga Premier musim lalu.

Selain mempunyai masalah missing links seperti laman web pasukan LionsXII dan Terengganu FA, konten video PRDM juga sudah lama tidak di kemas kini.

Verdict: Ringkas, tetapi membosankan. Sebahagian besar website di kemas kini dengan baik, namun secara keseluruhan, website The Cops ini tampak dibuat dengan ala kadar.

No.5    : Selangor FA ( http://faselangor.my/ )

selangor1

Good first impression. Sesuatu yang penulis benar-benar harapkan dari kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Malaysia. Laman web yang fancy, tetapi tidak terlalu kompleks, paparan yang kemas dan banyak konten.

Antara features yang paling win dalam website ini adalah jualan tiket secara online, review dari akhbar tempatan dan turut meliputi berita dari skuad belia dan pasukan futsal Selangor.

Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh Selangor terutamanya dari segi kemas kini. Contoh yang paling ketara adalah di ruangan biodata pemain. Informasi yang dipaparkan di sini adalah tidak seragam dan ia jelas tidak di kemaskini dengan baik .

Masakan tidak, biodata Afiq Azmi masih menggunakan statistik tahun 2013!

selangor2

Verdict: Laman web yang sangat bagus untuk peminat Selangor. Kaya dari segi konten namun terdapat bebarapa bahagian yang perlu dikemaskini dengan lebih kerap.

Baca: Adakah Selangor Sudah Boleh Mencari Calon Penyerang Yang Baru?

No.4    :  Johor Darul Ta’zim FC ( http://johorsoutherntigers.com.my/ )

jdt2

Penulis meletakkan jangkaan yang tinggi kepada laman web JDT FC selaku kelab paling popular di Malaysia. Namun, jangkaan penulis sedikit meleset kerana terdapat beberapa kelemahan laman web ini yang sukar dimaafkan.

Dari sudut positif, overall design website JDT FC ternyata mengagumkan. Interaktif dan amat profesional. Ia juga amat mudah mudah dicapai di enjin carian Google dan juga terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Features yang paling win dalam website ini adalah JDT TV, galeri gambar yang mantap dan bahagian ulasan pemain yang sangat mengujakan.

Sayangnya, apabila penulis mengakses bahagian carta Liga Super untuk menilai tahap kemas kini, carta Liga Super di laman web ini tidak kelihatan. Ia mengejutkan kerana carta kejohanan AFC tampak di kemas kini dengan baik.

jdt1

Di bahagian review pemain pula, hanya statistik tahun 2015 sahaja yang available, dan ruangan statistik tahun 2014 pula hanya dibiar kosong. Senarai nama pemain juga hanya untuk pemain JDT dan JDT II, sedangkan tab JDT III, JDT IV, JDT V dan U12 pula masih kosong ibarat laman web yang tidak siap.

Verdict: Pihak JDT yang dihubungi melaui Twitter memaklumkan kepada kami bahawa laman web ini adalah laman web sementara dan laman web baru mereka masih dalam pembikinan.

Baca: Kenali Patricio Rodriguez

No.3    : Kelantan FA  ( http://theredwarriorsfc.com/v2/ )

trw1

Sepanjang penulis melayari laman web rasmi pasukan TRW ini, hati penulis berasa senang. Laman web ini animated, kemas tetapi tidak terlalu kompleks. Nyata segala susun atur di laman web ini dibuat dengan cermat dan teliti.

Penulis tidak menjumpai kecacatan yang besar di laman web ini. Selain update berita yang agak lambat, ia masih boleh diterima kerana majoriti laman web rasmi pasukan Liga Super juga punyai masalah yang sama. Namun, dibahagian keputusan perlawanan dan carta liga, ia nampak dikemas kini dengan baik dan bahagian berita sering diisi dengan berita baru pasukan.

Namun, elemen yang paling menarik mengenai laman web ini yang paling stand out dari laman web lain adalah faktor interaktif di bahagian biodata pemain. Pengurusan laman web TRW melakukan kerja yang baik dengan menyertakan referral dan link akaun FB, Twitter dan Instagram peribadi pemain di laman tersebut yang boleh diakses oleh peminat.

trwN

Terdapat beberapa kekurangan kecil yang dikesan seperti ketiadaan gambar pasukan dari skuad presiden dan tiada statistik pemain utama disertakan, namun faktor kekemasan menjadi faktor mengapa laman web ini berada dalam kedudukan 3 teratas laman web bola sepak MSL. Kesaratan logo pihak penaja juga jelas disusun dengan baik di bahagian bawah laman web dan kelihatan teratur dan kemas.

Verdict : Kekemasan dan ciri interaktif menjadi kekuatan utama laman web ini. Segalanya tersusun rapi dan menyedapkan mata memandang.

No.2    : Pahang FA ( http://www.pahangfa.com/main/en/ )

phg2

Untuk rekod, laman web Pahang FA tidaklah fancy seperti laman web JDT atau Sime Darby FC. Laman web ini sebenarnya lebih kepada konsep back to basic namun ia dilakukan dengan begitu baik sekali.

Meskipun mempunyai konten yang banyak, kesemua info yang dipersembahkan kepada pengunjung laman web telah disusun rapi dan mudah diakses. Pihak yang menguruskan laman web ini ternyata begitu teliti dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Antara features menarik yang dimiliki oleh laman web skuad Tok Gajah ini adalah ia mempunyai forum mereka yang tersendiri dan mempunyai sistem match report yang baik. Statistik di laman web ini juga dikemaskini dengan baik dan ia terdapat dalam dwibahasa.

phg1

Terdapat sedikit kekurangan kecil seperti biodata pemain yang tidak lengkap, namun kewujudan statistik pemain telah menutup kekurangan tersebut dengan baik. Satu-satunya ciri yang perlu ditambah adalah rungan galeri untuk tatapan skuad Tok Gajah.

Verdict: Laman web terbaik dalam kalangan pasukan FA negeri. Ciri-ciri unik laman web ini iaitu live match report dan forum ternyata sukar ditandingi oleh laman web pasukan lain.

 

No.1    :  Sime Darby FC ( https://www.simedarbyfc.com/ )

sdfc1

Sebenarnya, terlalu mudah untuk penulis memilih laman web ini sebagai laman web rasmi kelab bola sepak terbaik di Malaysia. Jika anda tidak percaya, sila akses ke laman web tersebut dan rasai sendiri kemantapan laman web rasmi Sime Darby FC.

Ia mantap dari segala segi; mudah dicari di enjin carian Google, first impression yang berada di kelas tersendiri, paparan carta liga yang dibuat dengan bersungguh-sungguh, kepelbagian info yang senang diakses, kemas, ringkas dan personalization website yang dibuat denganm begitu baik.

Jika penulis dapat mengungkapkan kondisi laman web Sime Darby dalam dua perkataan, ia adalah “very professional”. Sehinggakan seremeh-remeh perkara seperti ikon untuk link ke Twitter dan FB rasmi pasukan juga telah dicustomized dengan baik.

sdfc2

Satu ciri yang paling penulis suka adalah bahagian biodata pemain. Smooth dan interaktif sehingga mengingatkan penulis kepada sistem kad pemain FIFA Ultimate Team dalam permainan FIFA. Mantap.

Verdict: Sime Darby FC meletakkan tanda aras yang tinggi untuk dicapai oleh pasukan-pasukan lain di liga Malaysia. Mungkin laman web ini adalah cerminan kepada imej pasukan yang sudah diswastakan. Namun maaf, penulis gagal mencari sebarang kecacatan kepada laman web ini.

Tahniah Sime Darby FC kerana menjadi laman web terbaik pasukan Liga Super Malaysia 2015 pilihan kami !

Konklusi

famb

Semakin hari, kita semakin hampir dengan penswastaan liga Malaysia. Langkah FAM menangguhkan penswastaan liga Malaysia ke tahun hadapan dilihat tepat tatkala masih terdapat pasukan yang bertanding di Liga Super dan di Liga Premier yang terkial-kial mempersiapkan diri kearah itu.

Harus diingat, bahawa penswastaan ini bagus kerana akan mewujudkan persekitaran bola sepak yang lebih mapan dan profesional di negara kita. Dari pemilihan pemain, perlesenan, pengiklanan, pengaturan dan pentabdiran organisasi harus segera diperbaiki dan dipersiapkan supaya jenama pasukan itu nampak lebih gah demi meraih penajaan.

Anda harus faham bahawa apa yang penulis catatkan disini adalah sebagai teguran. Tiada unsur menjatuhkan atau favouritsm. Ambilah teguran penulis sebagai titik tolak perubahan kepada pembangunan dan kemas kini laman web yang lebih mapan.

Tiada guna punyai ciri yang banyak tetapi menyerabutkan, namun jarang di dikemaskini dan punyai terlalu banyak missing links. Ia ibarat memandu kereta dengan banyak papan tanda, tetapi kesemua anak panah menunjukkan ke arah destinasi yang tak wujud ataupun jalan mati!

Martabatkan liga Malaysia.

Ini rumah kita. Ini liga kita. (Tagline Hafizal Hamad)

Baca: Bolehkah Malaysia Bermain Seperti Barcelona Pada Satu Hari Nanti?

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN