Keylor Navas Sah Penjaga Gol Terbaik Real Madrid, Tewaskan Statistik Casillas Musim 2004/2005

Dalam masa hanya semusim, Keylor Navas telah pun bergelar penjaga gol terbaik dalam sejarah Real Madrid dalam tempoh 20 tahun.

Ini kerana pada musim ini, penjaga gol Costa Rica ini hanya bolos 0.82 gol per perlawanan – memecah rekod Iker Casillas pada musim 2004/2005 yang bolos 0.83 gol per perlawanan.

Dengan rekod ini, Navas sudah pun membuktikan meritnya sebagai penjaga gol no.1 Real Madrid. Sukar untuk percaya bahawa pada 9 bulan lepas, Real Madrid mahu menjual pemain sama untuk mendapatkan David de Gea.

Pada Sabtu lepas ketika menentang Deportivo La Coruna, Navas mengutip clean sheet ke-13 beliau dalam La Liga pada musim ini.

[table]
Nama,Musim,Jumlah perlawanan yang diturunkan,Bolos,Purata bolos per perlawanan
Keylor Navas,2015/16,34,28,0.82
Iker Casillas,2014/15,32,35,1.09
Diego Lopez,2013/14,36,36,1.00
Diego Lopez,2012/13,24,31,1.29
Iker Casillas,2011/12,34,31,0.91
Iker Casillas,2010/11,35,32,0.92
Iker Casillas,2009/10,38,35,0.92
Iker Casillas,2008/09,38,52,1.37
Iker Casillas,2007/08,36,32,0.89
Iker Casillas,2006/07,38,40,1.05
Iker Casillas,2005/06,37,38,1.03
Iker Casillas,2004/05,36,30,0.83
Iker Casillas,2003/04,37,50,1.35
Iker Casillas,2002/03,38,42,1.11
Iker Casillas,2001/02,25,27,1.08
Iker Casillas,2000/01,34,37,1.09
Iker Casillas,1999/00,27,25,0.93
Bodo Illgner,1998/99,34,56,1.65
Santiago Canizares,1997/98,26,30,1.15
Bodo Illgner,1996/97,40,31,0.77
[/table]

Navas bagaimanapun perlu melakukan lebih lagi untuk memecahkan rekod Bodo Illgner yang hanya bolos 0.77 per perlawanan pada musim 1996/1997. Penjaga gol Real Madrid dari Jerman Barat itu bermain 40 perlawanan dan hanya bolos 31 kali.

Sejak itu, tiada seorang penjaga gol pun berjaya mengatasi rekod Illgner, walau Iker Casillas ketika zaman kemuncaknya.

Selepas mencipta rekod di La Liga, Navas juga tidak kurang hebatnya di kejohanan UEFA Champions League.

Navas tak pernah bolos di Estadio Santiago Bernabeu dalam 5 perlawanan musim ini. Di luar Bernabeu, beliau hanya bolos 2 gol – ketika suku akhir menentang VfL Wolfsburg.

2 gol Wolfsburg ini mengakhiri rekod 738 minit tanpa bolos Navas dalam UEFA Champions League, kedua terbaik selepas rekod Jens Lehmann yang melalui 853 minit tanpa bolos ketika kempen 2005/2006 bersama Arsenal.

Baca juga: Nota Pelan Taktikal Real Madrid Dedah Bagaimana Mereka Kalahkan Barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN