Manchester United dilaporkan perlu membayar sekitar £60 juta untuk menandatangani pemain pertahanan Crystal Palace iaitu Aaron Wan-Bissaka pada musim panas ini.
Menurut sumber, The Eagles bersetuju untuk menjual Wan-Bissaka kepada Manchester United, meskipun pemain itu masih mempunyai kontrak berbaki tiga tahun dengan kelab tersebut.
Pengendali, Manchester United – Ole Gunnar Solskjaer sedang berusaha membina semula pasukan dengan mengintai beberapa pemain pertahanan untuk mengukuhkan benteng pertahanan Red Devils musim depan.
Wan-Bissaka antara pemain pertahanan yang disenarai pendek dalam pembelian United musim panas ini.
Pemilihan Wan-Bissaka dianggap sebagai salah satu pembelian yang tidak akan menelan kos yang tinggi. United menjangkakan pihak Crystal Palace akan menjual pemain itu dengan harga ‘murah’.
Tak Berbaloi
Bagaimanapun, Crystal Palace enggan berganjak dan menaikkan harga Wan-Bissaka bagi memastikan pemain tersebut kekal di Selhurst Park.
Crystal Palace mengenakan harga perpindahan untuk Wan-Bissaka berjumlah melebihi £60 juta.
Crystal Palace have set a £60m price tag for #MUFC target Aaron Wan-Bissaka. Would you pay it? 👀 pic.twitter.com/apF4pjzZmd
— TheUnitedPage (@TheUnitedPage) May 20, 2019
Difahamkan jumlah tersebut tidak dipersetujui dan dianggap tidak berbaloi oleh Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward.
Solsksjaer terdesak untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu dan menggesa Woodward mengusahakan apa sahaja cara bagi membeli pemain pertahanan berkenaan.
Sebelum ini, Woodward telah meluluskan dana perbelanjaan melebihi £250 juta untuk Solskjaer.
Selain Wan-Bissaka, beberapa pemain lain juga turut berada dalam radar Manchester United seperti Declan Rice (West Ham United), Bruno Fernandes (Sporting Lisbon), Daniel James (Swansea City) dan Saul Niguez dari Atletico Madrid.