6 Bekas Pemain Liga M Yang Mewariskan Bakat Bola Sepak Kepada Anak Mereka

Istilah bapa borek anak rintik kerapkali kita tujukan kepada bakat si ayah yang diturunkan kepada anak. Dalam lapangan bola sepak, ramai yang boleh dikira bapa borek anak rintik walaupun pencapaian mungkin berbeza.

1. Fandi Ahmad dan Irfan Fandi

Aksi Fandi Ahmad menentang Inter Milan

Kisah lagenda Fandi Ahmad antara kisah yang diketahui di rantau Asia Tenggara. Anak beliau Irfan kini sudah memulakan langkah untuk menjadi pemain profesional.

Kini Irfan pernah menjadi pertahanan di Young Lions dan kini bermain untuk Home United.

2. Zainal Nordin dan Amirul Hadi Zainal

Zainal Nordin adalah pemain yang bermain di posisi serangan. Antara pemain yang terkenal pada era 90-an.

Zainal Nordin lebih signifikan dengan pasukan Selangor pada karier beliau. Anaknya, Amirulhadi Zainal telah mewarisi bakat ayahnya.

Memulakan karier profesional dengan Selangor dan kemudiannya ke Pahang. Amirul Hadi kemudian menyertai JDT.

3. Shaharuddin Abdullah dan Shafiq Shaharuddin

Shaharuddin Abdullah adalah bekas pemain kebangsaan negara kita. Lagenda ini merupakan penyerang berbisa di zaman beliau sekitar tahun 1960-an dan 1980-an.

Ia juga antara period kegemilangan skuad Harimau Malaya.

Anak beliau Shafiq Shaharuddin pernah bermain untuk JDTII. Kali terakhir diketahui beraksi untuk Kuala Lumpur pada musim 2019.

4. Mohd Radzi dan Badhri Radzi

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Mohd Radzi merupakan bekas pemain TNB Kelantan pada era semi-pro. Badhri Radzi pun pernah bermain dengan TNB Kelantan pada satu ketika dahulu.

Pencapaian Badhri Radzi dalam bola sepak domestik antara yang terbaik. Beliau juga menjadi kapten paling berjaya dalam sejarh The Red Warriors setakat ini.

5. Mohamad Ramlee dan Muhaimin Ramlee

Mohamad Ramlee adalah lagenda pasukan Kedah pada era 80-an dan awal 90-an. Banyak kejayaan beliau untuk Kedah termasuk juara Piala Malaysia, Juara Divisyen 1, Juara Divisyen 2, dan Piala Sumbangsih.

Di peringkat antarabangsa beliau pernah menjulang Pesta Bola Merdeka, Piala Raja Thai dan pingat emas Sukan SEA.

Anak beliau mungkin tidak mampu mengikut jejak ayahnya. Namun begitu, Muhaimin Ramlee pernah bermain untuk Kedah pada 2013.

6. Zainal Abidin Hassan dan Zaiza Zainal Abidin

Zainal Abidin Hassan antara pemain lagenda yang dianggap antara yang terbaik pernah dilahirkan di negara kita.

Pemain yang dianggap total player, boleh bermain di semua posisi di dalam padang termasuk no.9 dan juga bek tengah.

Anak beliau adalah Zaiza Zainal Abidin. Walaupun tidak sehebat karier ayahnya, Zaiza tetap antara pemain bola sepak profesional di negara kita.

Penutup

Itulah antara 6 senarai pemain lagenda yang melahirkan bakat lagenda. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

Anda ada tambahan? Sila kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Baca juga: Prestasi Pasukan Perak: Apa Ke Hei Nyer Yob?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN