Selepas gagal mara lebih jauh dalam pertandingan UEFA Champions League pada musim ini, ramai bertaggapan Juventus akan membenarkan Cristiano Ronaldo meninggalkan Turin pada musim panas akan datang.
Juventus mungkin mengambil langkah menjual Ronaldo untuk mengembalikan modal yang mereka pernah keluarkan. Namun sekiranya kelab Turin itu sanggup berpisah dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu, siapakah pula yang sanggup membidanya.
Bekas kelab, Real Madrid dikatakan menjadi salah satu destinasi Ronaldo sekiranya meninggalkan Juventus pada musim panas akan datang. Namun mengambil kira faktor-faktor di bawah, kami berpendapat mustahil Ronaldo akan kembali ke Santiago Bernabeu pada musim panas nanti.
Real Madrid terpaksa jual Hazard
Sekiranya Real Madrid mahukan Ronaldo, ini bermakna Eden Hazard harus dijual. Apa yang dilalui oleh Hazard bersama Los Blancos setakat ini bukanlah apa yang kebanyakkan penyokong harapkan.
Pemain antarabangsa Belgium itu mengalami 10 kecederaan utama sejak tiba di Madrid dua musim lalu. Kecederaan mungkin boleh dijadikan alasan untuk menjual Hazard.
https://t.co/wXSq8cPSNQ
Eden Hazard has suffered a relapse at Real Madrid and is still on the sidelines, unable to recover from injury. Zinedine Zidane is worried and does not understand the situation that will deprive him of the Belgian player for probably several more …… pic.twitter.com/oo2PqW7Sd0— FOOTBALL (@FOOTBAL38392360) March 25, 2021
Namun menjual pemain itu sekarang bermakna Real Madrid hanya akan mengalami kerugian kerana belum ada pulangan yang diraih dari pemain ini.
Namun jika Ronaldo tetap diumumkan sebagai pemain baharu, masa depan Hazard sudah pasti tamat kerana kedua-duanya beraksi di posisi yang sama. Zidane sudah pasti akan memilih Ronaldo di dalam kesebelasan utama untuk setiap perlawanan.
Gaji Ronaldo yang tinggi
Satu lagi perkara yang menghalang Real Madrid untuk membawa Ronaldo kembali ke Santiago Bernabeu ialah kerana gajinya yang tinggi.
Perlu diingat sebab utama Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid sebelum ini adalah kerana Florentini Perez enggan memenuhi tuntutan gaji €30 setahun oleh pemain itu.
How Cristiano Ronaldo changes Juventus's wage bill#Juventus #Ronaldo pic.twitter.com/X6GHSdYWnV
— Premier League Goals (@PLGoal) August 23, 2018
Juventus sebaliknya sanggup membayar beliau jumlah tersebut. Ronaldo tidak gemar dengan idea pemotongan gaji, membuatkan kemungkinan beliau kembali ke Real Madrid hampir mustahil.
Tatkala ekonomi kebanyakan kelab termasuk Real Madrid terkesan oleh pandemik, satu-satunya cara memungkinkan Ronaldo kembali menyarung jersi Los Blancos ialah dengan bersetuju mengurangkan permintaan gaji.
Usia sebagai faktor
Walaupun Ronaldo dilihat masih mampu beraksi untuk tiga sehingga empat tahun lagi, usia Ronaldo juga bukannya semakin muda.
Ketika sambutan hari jadinya yang lalu, Ronaldo sendiri menyatakan kekecewaan kerana gagal menampilkan tahap prestasi sama seperti dahulu.
At the age of 36, scoring 23 goals in 23 apps #ronaldo is carrying juve alone. The biggest mistake of Cristiano in his life is signing for #Juventus #JuveBenevento #SerieA pic.twitter.com/jzGdJ84akO
— abhishek_kappala (@Abhishe41776286) March 21, 2021
Mari kita jujur dengan diri kita. Ronaldo adalah seorang pemain luar biasa dan telah menghiburkan kita dengan kariernya selama hampir dua dekad. Namun realitinya, Ronaldo kini berada di fasa terakhir kariernya.
Prestasi merosot
Sentuhan penyudah Ronaldo sememangnya masih berada di tahap terbaik. Namun ini tidak bermakna sebahagian daripada attributes miliknya kekal, sebaliknya kini mulai merosot.
Sepakan percuma oleh Ronaldo misalnya pernah menjadi ancaman utama kepada mana-mana pasukan lawan.
Cristiano Ronaldo has missed all of his free kicks for Juventus. pic.twitter.com/w7yN1Rwugb
— ESPN FC (@ESPNFC) October 26, 2019
Kini sepakan percuma menjadi masalah buat pemain ini.
Ronaldo pernah ketandusan menjaringkan gol dari sepakan percuma selama dua musim apabila gagal menyempurnakan 42 sepakan sebelum ini.
Pembelian Ronaldo sekat pembelian pemain lain
Ini adalah penghalang utama untuk Ronaldo pulang ke Real Madrid. Kelab itu sendiri sudah memiliki beberapa pemain berusia. Fokus Zidane pula ialah untuk membina sebuah pasukan baharu.
https://twitter.com/News_FootbalI/status/1375738007739891718
Nama pemain bintang yang lebih muda seperti Kylian Mbappe telah dikaitkan dengan Real Madrid sejak beberapa musim lalu.
Membawa masuk Ronaldo akan menjadi penghalang kepada usaha ini. Jika Ronaldo kembali, maka Real Madrid boleh lupakan sahaja projek yang mereka mahu bina.
Penutup
Bagaimana pula pendapat anda? Wajarkah Ronaldo kembali ke Real Madrid? Atau kemanakah seharusnya Ronaldo pergi jika meninggalkan Turin pada musim panas akan datang?
Nyatakan pandangan anda melalui platform yang kami sediakan.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ronaldo:
Sains Di Sebalik Lompatan Melawan Graviti ‘Air Cristiano’ Ronaldo Menentang Sassuolo
Pakar Psikologi Beri Penjelasan Bagaimana Mentaliti Bantu Ronaldo Jadi Pemain Bola Sepak Luar Biasa