Martin Odegaard adalah pemain terbaru Arsenal apabila menyertai kelab utara London itu secara pinjaman dari Real Madrid pada jendela perpindajan Januari ini.
Malah pemain ini sempat diturunkan pada babak kedua perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester United pada hujung minggu lalu untuk debut pertamanya bersama kelab London itu
Berikut adalah lima perkara mengenai Odegaard yang perlu anda tahu, terutama di kalangan penyokong The Gunners.
1. Gaji ayah Martin Odegaard lebih lumayan dari Zidane
Ayah kepada Martin Odegaard iaitu Hans Erik Odegaard adalah seorang pemain tengah yang cemerlang untuk Stromsgodset di Norway. Sebagai pemain beliau sering mendorong anaknya untuk menjadi pemain lebih cemerlang dari dirinya.
Untuk menggalakkan Martin menjadi pemain yang berjaya satu hari nant, beliau sanggup melabur besar membina padang dengan rumput berkualiti demi memastikan anaknya berlatih bola sepak sekurang-kurangnya 20 jam seminggu.
Football Leaks 💼
Martin Odegaard's father got Real Madrid coaching job worth 10 times the normal salary when his son signed in January 2015 🇳🇴
➡️ https://t.co/esZOyHLaw2#rmcf pic.twitter.com/mAYzmQcFv5
— FourFourTwo (@FourFourTwo) September 10, 2019
Langkah itu berjaya. Apabila Real Madrid menandatangani Martin Odegaard, persetujuan itu tiba dengan satu syarat. Hans Erik Odegaard akan menyertai anaknya di Real Madrid atas kapasiti sebagai jurulatih di kelab itu. Malah pendapatan Hans Erik Odegaard dilaporkan lebih lumayan daripada diterima Zidane yang melatih skuad B-23 pada ketika itu.
2. Debut antarabangsa bersama Norway pada usia 15 tahun
Kebanyakkan pemain muda berbakat akan menyertai skuad kategori berdasarkan umur sebelum layak menyarung jersi skuad kebangsaan masing-masing. Ada di kalangan mereka hanya mampu beraksi sehingga skuad B-21 sebelum terkandas. Ada pula yang hanya berpeluang menyarung jersi skuad senior pada usia lewat 20 an kerana persaingan yang ada di dalam pasukan.
Tidak seperti pemain lain, karier antarabangsa Odegaard tiba pada usia beliau masih 15 tahun. Beliau dipanggil untuk perlawanan persahabatan menentang United Arab Emirates dan beraksi sepanjang 90 minit perlawanan yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan itu.
Martin Odegaard made his Norway debut tonight at just 15yrs, 300 days. He was born in 1998… http://t.co/E4ZKdq0Fzz pic.twitter.com/N0XWBzvx7I
— BBC Sport (@BBCSport) October 13, 2014
Perlawanan menentang UAE itu menjadikan beliau sebagai pemain termuda pernah beraksi untuk skuad senior UAE pada usia 15 tahu 253 hari. Sebulan kemudian beliau melakukan penampilan pertama dalam perlawanan kompetitif untuk Norway menentang Bulgaria.
Pada usia 15 tahun 300 hari, Martin Odeegard menjadi pemain termuda pernah beraksi di pusingan kelayakan Kejohanan Eropah, memecah rekod 29 tahun yang dipegang bintang Iceland, Sigurdur Jonsson.
3. Odegaard penyokong Liverpool
Seperti biasa apabila ada pemain muda dilabel ‘wonder kid’ maka dengan pantas kelab-kelab besar eropah berduyun cuba memikat pemain tersebut.
Manchester United dan Bayern Munich adalah antara kelab yang menjemput Odegaard untuk menghadiri sesi latihan bersama – selain menjadi tetamu melawat stadium dan sebagainya – dalam usaha menarik minat pemain ini menyertai mereka. Namun demikian hanya satu kelab mampu menarik perhatian pemain muda ini.
Norwegian prodigy and Liverpool fan Martin Odegaard admits Reds are his “dream club”: http://t.co/02zg69eokq pic.twitter.com/WLikuKi21W
— This Is Anfield (@thisisanfield) November 12, 2014
“Liverpool sentiasa adalah kelab impian saya,” kata Odegaard kepada akhbar Jerman, Bild pada 2014. Odegaard turut menyertai latihan bersama skuad utama Liverpool di bawah kendalian Brendan Rodgers pada ketika itu.
Namun demikian Odegaard memilih untuk menyertai Real Madrid. Dan buat masa ini, masa depan pemain perancang ini adalah bersama Arsenal.
4. Gantikan Ronaldo, tetapi minati Messi
Hanya sebulan selepas hari jadi ke-16, Odeggard membuat penampilan pertama bersama skuad senior Real Madrid pada Mei 2015. Beliau melakukan penampilan dari bangku pemain simpanan untuk menggantikan Cristiano Ronaldo.
Bintang dari Portugal itu baharu sahaja mencetak hatrik untuk Real Madrid membelasah Getafe 7-3. Peluang yang diberikan oleh Carlo Ancelotti itu juga menjadikan Odegaard sebagai pemain termuda yang pernah tampil untuk Real Madrid pada usia 16 tahun 157 hari.
Messi meeting his idol, Martin Ødegaard. What a moment for the Argentine.. pic.twitter.com/2Oo1TSx08e
— Maren 🇳🇴🔰 (@footballqueeen) March 7, 2020
Walaupun tampil sebagai pengganti Ronaldo untuk Real Madrid, Odegaard sebenarnya menjadikan Lionel Messi sebagai idolanya. Perkara ini tidak pernah didedahkan kepada umum oleh Odegaard sendiri. Tetapi ia didedahkan oleh bekas jurulatih akar umbi, Harald Johannessen kepada wartawan The Football Times pada 2019.
5. Menyerlah setiap kali dipinjamkan
Sepertimana kebanyakan pemain muda lain di kelab, Odegaard dibangunkan di luar Real Madrid secara pinjaman bersama kelab lain.
Heerenveen menjadi destinasi pertamanya, di mana Odeggard bergelut dengan prestasi pada musim pertamanya. Ramai yang mula menyamakan beliau dengan Fredy Adu, namun Odegaard berjaya mendapatkan lebih banyak minit pada musim keduanya dan tampil lebih yakin.
🇳🇴 Martin Ødegaard avec la Real Sociedad lors de la saison 19/20. [@Squawka] pic.twitter.com/wkj6nAoAhr
— PLFrance_ 🇫🇷 (@PLFrance_) January 27, 2021
Selepas itu Real menghantar beliau berguru bersama Vitese sebelum Odegaard menyertai Real Sociedad untuk meraih pengalaman dalam saingan La Liga. Pemain dari Norway ini membuktikan dirinya telah ‘cukup belajar’, menjaringkan 16 gol dan assist dalam semua pertandingan dan menjadi tongak utama La Real.
Real Sociedad mahukan Odegaard kembali pada jendela perpindahan Januari ini. Beliau juga adalah pemain yang popular di kalangan penyokong. Sekali lagi Odegaard memilih untuk mencari haluan berbeza, kali ini ke England bersama Arsenal untuk merasai sendiri kehangatan saingan Liga Perdana Inggeris.
Penutup
Mampukah Martin Odegaard menyerlah bersama Arsenal pada musim ini. Mikel Arteta semestinya berharap pemain ini mampu menjadi tunjang pasukan untuk menyelamatkan musim Arsenal yang dihiasi aksi tidak konsisten sejak awal musim.
Odegaard menyertai Arsenal secara pinjaman dari Real Madrid sehingga akhir musim ini.
Selepas tamat musim ini, Arsenal dan Real Madrid dilaporkan akan duduk berbincang mengenai masa depan Odegaard dan juga seorang lagi pemain Los Blancos di Emirates – Dani Ceballos.
Baca juga artikel menarik lain mengenai Arsenal di:
3 Pemain Arsenal Yang Mungkin ‘Disingkirkan’ Arteta Januari Ini
11 Pemain Muda Berbakat Real Madrid Yang Hancur Di Tangan Zidane