Ben Davies ‘Kalut’ Padam Ciapan Kutuk Liverpool Selepas Sah Ke Anfield

Ben Davies hanya boleh menahan malu atau buat-buat tidak tahu selepas ciapan beliau di Twitter sebelum in yang berkata ‘mana ada orang sukakan Scoucers’ yang dipadam menjelang perpindahan ke Liverpool sempat diketahui ramai dan menjadi tular.

Liverpool membelanjakan £2 juta untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan berusia 25 tahun itu dari Preston North End pada hari terakhir jendela perpindahan Januari ini.

Davies dilihat sebagai penyelesaian segera oleh Jurgen Klopp selepas Liverpool dilanda krisis kecederaan di bahagian pertahanan.

https://twitter.com/ManCityOracle/status/1356343007298072581

Virgil van Dijk dan Joe Gomez terpaksa melupakan keseluruhan musim akibat kecederaan masing-masing. Terbaru, Klopp turut kehilangan Joel Matip dalam perlawanan menentang West Ham pada hujung minggu lalu.

Davies sudah pasti akan dialu-alukan oleh setiap pihak di Liverpool, namun pasti menyesal dengan ciapan yang pernah dilakukannya.

“Tiada siapa sukakan Scousers. Scousers sendiri pun tidak sukakan Scousers,” ujar beliau. Scousers merujuk kepada penyokong Liverpool. Ciapan itu sudah pun dipadam oleh Davies.

Klopp sendiri berkata beliau sudah tidak sabar untuk bekerja bersama Dabies dan berkata pihak kelab melihat kualiti dan potensi yan dimiliki pemain itu.

“Apa yang saya sukakan mengenai [ketibaan] Ben ialah ia menunjukkan setiap situasi akan mencipta peluang baharu.

“Ia adalah jendela perpindahan biasa. Tanpa sebarang isu [kecederaan], kami mungkin tidak akan mencari sehingga ke Preston untuk mencari pemain. Ia mungkin tidak berlaku.

“Dan sejak kami melihat beliau, dan keadaan di sini semakin jelas dengan masalah yang kami alami, maka kami teruja kerana berjaya mendapatkannya. Wow!”

“Beliau bermain seumur hidup beliau bersama Preston, dan berada di sana sejak sekian lama.

“Kami benar-benar melihat potensi. Kami melihat kaualiti dan juga potensi dan juga kerana beliau berusia 25 tahun, maka masih ada banya yang boleh ditawarkan. Saya suka cara permainannya.

“Beliau adalah seorang pemain bola sepak yang bagus, seperti seorang pemimpin ketika bersama Preston, cekap ketika bersaing, bijak dengan bola, mampu beraksi di beberapa posisi berbeza, dan biasa bermain secara bertiga atau berempat dan banyak lagi yang lain.

“Semua itu membuatkan beliau sangat menarik. Jadi saya tidak bersabar untuk bekerja bersama beliau.

Saya tahu untuk beliau ini adalah satu peluang dan saya melihat perkara yang sama dari pihak kami. Ia adalah perkara yang baik.

Selain Davies Liverpool turut membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan, Ozan Kabak dari Schalke secara pinjaman.

Nampaknya Ben Davies kini tiada pilihan lain. Daripada seorang pemain yang tidak sukakan ‘The Scousers’, beliau kini harus belajar untuk hidup di kalangan mereka.

Baca artikel menarik lain mengenai Liverpool di:

6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

Jurgen Klopp: Mana Boleh Beli Pemain Sembarangan

Kenali Pemain EPL Pertama Dihukum Kerana Buat Hal Di Media Sosial

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN