5 Perkara Yang Kita Belajar Selepas Melihat Malaysia Seri 0-0 vs Myanmar

Selepas mempamerkan persembahan layu di hadapan gol untuk seri 0-0 dengan Macau, sekali lagi Malaysia memberi sebab kepada penyokong tempatan untuk mengeluh selepas seri 0-0 dengan Myanmar semalam.

Dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Yangon, kami dapat menyimpulkan 5 perkara yang kita dapat lihat dan belajar.

1. Pemilihan pemain Datuk Ong Kim Swee mengundang persoalan

Di bahagian pertahanan, Datuk Ong Kim Swee (OKS) memilih paksi benteng pertahanan JDT dengan 3 daripada 4 pemain pertahanannya merupakan pemain JDT kecuali Shahrom Kalam.

Di hadapan back four tersebut, OKS menimbulkan kehairanan peminat bola sepak tempatan apabila memilih Junior Eldstal, Baddrol Bakhtiar dan Amirul Hadi sebagai trio pemain tengah dalam formasi 4-3-3.

Akibat kekurangan aksi kompetitif bersama JDT pada musim ini, ketidakcergasan Junior Eldstal jelas kelihatan dalam perlawanan ini. Beliau gagal memberi perlindungan lebih baik kepada Shahrom dan Aidil.

Baddrol pula pada musim ini lebih banyak bermain dalam posisi yang lebih ofensif di Kedah, kecuali ada kecederaan dan penggantungan.

Di bahagian serangan, OKS telah mencuba trio Amri Yahyah, Hazwan Bakri dan Azrif Nasrulhaq. Dan disinilah kelemahan utama pasukan negara terserlah.

Bukan sahaja Azriff diarahkan bermain di posisi yang asing (sayap kanan) baginya di Selangor, malah Hazwan Bakri juga kelihatan kekok beraksi sebagai penyerang tengah.

Hazwan kerap dilihat cuba membawa bola ke sayap kiri ketika beliau sepatutnya melakukan link-up play dengan pemain tengahnya.

Kejanggalan ini boleh dijangka memandangkan Hazwan sudah menghabiskan 2 musim di Selangor sebagai pemain sayap kiri, walaupun memulakan kariernya sebagai penyerang tengah.

2. Kita naif dalam isu taktikal

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia (Official)
Sumber: Facebook Football Association of Malaysia (Official)

Alasan masih baru memegang jawatan ini secara tetap dan pemain kekurangan masa berlatih bersama mungkin akan dijadikan sebab oleh OKS untuk menjawab persoalan – mengapa taktikal kita masih bermasalah?

Malaysia bermula dengan sistem 4-3-3. Tetapi ketika perlawanan berlangsung, banyak masalah positoning pemain berlaku. Contohnya, Junior Eldstal – pivot dalam sistem 4-3-3 OKS – yang bermain seperti box-to-box midfielder.

Sistem serangan kita nampak seperti strikerless. Kita mungkin menyangka Hazwan ditugaskan bermain seperti false nine. Tetapi sebenarnya Hazwan menghadapi banyak masalah komunikasi ketika melakukan link-up play dengan Amri Yahyah.

Satu-satunya aspek positif persembahan semalam adalah persembahan back four dan Izham Tarmizi yang kelihatan stabil. Walaupun mereka kerap ‘dianiayai’ jentera tengah yang banyak kehilangan bola di kawasan defensive third dan back passes yang lemah.

Dalam perspektif yang lain, sistem kita juga terlalu pasif.

Kita bermain seperti pasukan ‘kecil’. Seolah-olah kita mengajak Myanmar untuk menyerang kita supaya kita boleh melancarkan counter attack kepada pemain sayap kita yang laju.

Selain itu, pemain kita juga sangat-sangat tidak efisien ketika melakukan high pressing dan high block.

Pemain kita mungkin laju, keras dan mempunyai stamina yang baik, tetapi cara mereka melakukan pressing secara individu dan berpasukan masih banyak perlu diperbaiki.

3. Kita sedang kemarau penyerang

Ini adalah isu yang kian popular dibincangkan. Dalam perlawanan ini, Malaysia mencuba Hazwan Bakri dan kemudian S. Kumaahran sbegai penyerang utama. Tetapi link-up play mereka dengan pemain tengah yang lain sangat lemah.

Masalah utama penyerang Malaysia adalah kita tiada pemain yang boleh hold bola dengan baik sama ada untuk membuka ruang atau menunggu support dari pemain lain.

Penyerang kita dalam perlawanan ini bagaikan headless chicken. Mereka kelihatan bagus apabila mempunyai bola di kaki. Tetapi apabila tidak memiliki bola, mereka tidak tahu bagaimana untuk mengepalai jentera serangan.

Kordinasi permainan berpasukan kita masih lemah. Mereka banyak berlari tetapi tiada skim serangan yang jelas.

Bila isu ini berlaku, ia menyukarkan kita untuk sampai ke dalam kotak penalti lawan. Sudah jelas lagi bersuluh, kita sedang ketandusan penyerang berkualiti.

4. Siapa backbone kepada pasukan Ong Kim Swee?

13320522_984368671659897_4933131361959700515_o
Sumber: Facebook Football Association of Malaysia (Official)

Setakat ini, peminat bola sepak tempatan masih belum dapat melihat kelompok pemain manakah yang akan menjadi backbone pasukan OKS.

Kita boleh lihat bagaimana Antonio Conte sanggup mengubah formasi 4-3-3 Itali semasa Piala Dunia 2014 kepada 3-5-2 pada EURO 2016 nanti untuk memanfaatkan keserasian 3 pertahanan tengah Juventus – Giorgino Chiellini, Leonardo Bonucci dan Andrea Barzagli.

Mereka inilah backbone pasukan Itali.

Datuk K. Rajagobal pula mempunyai Fadhli Shas, Asrarudin Putra Omar dan Muslim Ahmad sebagai backbone pasukannya.

Memandangkan JDT merupakan pasukan tempatan paling berjaya ketika ini, OKS perlu melihat keperluan menjadikan backbone JDT seperti S. Kunanlan, Aidil Zafuan, Fazly Mazlan, Safiq Rahim, Azinee Taib dan Azammudin Akil sebagai backbone pasukan kebangsaan.

Ini termasuklah beradaptasi mengikut taktikal Mario Gomez di JDT. Sebagaimana Conte yang beradaptasi mengikut taktikal ‘3 at the back’ Max Allegri di Juventus.

5. Kualiti teknikal pemain kita

Dalam mana mana keputusan perlawanan, pemain harus bertanggungjawab. Terlalu banyak schoolboy errors dalam perlawanan ini.

Pemain perlu mempergiatkan lagi usaha untuk memperbaiki isu kawalan bola, hantaran, kecergasan fizikal dan juga kecerdasan mental.

Dalam perlawanan ini, kita juga masih dapat melihat pemain kita tak dapat mengawal tempo permainan sebaik Myanmar. Pemain kita banyak berlari (laju pula), tetapi tidak banyak yang mereka boleh lakukan bila bola berada di kaki.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, perlawanan semalam adalah aksi yang kurang memuaskan walaupun ia sekadar persahabatan.

Apa yang jelas dalam perlawanan ini, komitmen pemain Myanmar bermain dengan taktik moden perlu dicontohi pemain kita. Myanmar hanya dikecewakan oleh penyudah yang tumpul.

Sebagai persiapan terakhir menjelang perlawanan menentang Timor Leste pada 2 Jun 2016, OKS perlu risau dengan persembahan pemain kita semalam.

OKS juga perlu risau sama ada beliau boleh merubah persembahan semalam 360 darjah dalam masa 4 hari sebelum 2 Jun ini.

Baca juga: 5 Tugas Yang OKS Perlu Laksanakan Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN