Hull City Menang ‘Perlawanan Paling Mahal Di Dunia’, Raih Durian Runtuh £270 Juta

Selepas semusim bermain di Championship berikutan penyingkiran dari Premier League pada musim 2014/2015, Hull City kini bakal kembali beraksi dalam Premier League pada musim depan.

Promosi Hull ke Premier League disahkan selepas menewaskan Sheffield Wednesday 1-0 dalam final playoff Championship hasil jaringan Mohamed Diame.

Apa yang mungkin tak diketahui oleh Mohamaed Diame adalah gol beliau bernilai sekurang-kurangnya £160 juta.

Mengapa perlawanan Hull City vs Sheffield Wednesday sangat bernilai?

Dengan mencapai promosi ke Premier League pada musim depan, Hull bakal menjadi pasukan terakhir yang akan menikmati peningkatan pendapatan Premier League yang berkuatkuasa pada musim 2016/2017.

Dengan menyertai Premier League sahaja, Hull bakal memperolehi:

  • £38 juta daripada syer sama rata sebagai ahli Premier League (peningkatan 73% daripada musim 2013-2016)
  • £2-40 juta bergantung kepada kedudukan dalam Premier League (peningkatan 38% daripada musim 2013-2016)
  • £10-21 juta bergantung kepada kapasiti dan kualiti stadium (tiada peningkatan daripada musim 2013-2016)
  • £47 juta daripada hak siaran TV di luar UK (peningkatan 60% daripada musim 2013-2016)
  • sekurang-kurangnya £4.5 juta daripada pendapatan komersial (iklan) Premier League
  • sekurang-kurangnya £64 juta ‘parachute payment‘ dalam masa 2 tahun jika tersingkir dari Premier League

Secara keseluruhannya jika Hull duduk di kedudukan terbawah Premier League pada musim 2016/2017 nanti, mereka masih mampu mengaut minimum (£38 + £2 + £10 + £47 + £4.5 + £64 = £165.5) juta!

Perlu diingat, jumlah pendapatan ini masih belum mengambil kira jumlah jualan tiket dan merchandise Hull yang pasti meningkat pada musim depan.

Jika Hull berjaya mengelak penyingkiran Premier League (misalnya kedudukan ke-17 liga), mereka akan memperolehi sekurang-kurangnya (£38 + £8 + £10 + £47 + £4.5 + £165.5 = £273) juta!

Berikut adalah penjelasan kiraan kami:

  • £38 juta daripada syer sama rata sebagai ahli Premier League
  • £8 juta hasil kedudukan ke-17 liga
  • minimum £10 juta daripada kapasiti dan kualiti stadium
  • £47 juta daripada hak siaran TV di luar UK
  • sekurang-kurangnya £4.5 juta daripada pendapatan komersial (iklan) Premier League
  • sekurang-kurangnya £165.5 juta kerana masih bermain dalam Premier League pada musim 2017/2018

Bergelut dengan isu penjenamaan kelab

Bagi pemilik Hull City, Assem Allam yang terlantar di hospital ketika ini, berita promosi kelab miliknya ke Premier League merupakan berita gembira yang pasti dialu-alukannya.

Selepas 3 tahun gagal meyakinkan penyokong kelab dan England FA untuk menjenamakan semula nama ‘Hull City AFC’ kepada ‘Hull Tigers’, Allam perlu dipuji kerana masih setia membantu kelab dengan wangnya meskipun visi peribadinya dihalang.

Bagi peminat Hull, mereka mungkin lebih berminat memberi pujian kepada pemain-pemain mereka berbanding Allam sebegai faktor kejayaan promosi mereka.

Pemain-pemain seperti kapten Michael Dawson, Tom Huddlestone, Andrew Robertson, Mohamed Diame dan Jake Livermore sangat-sangat disanjung oleh penyokong Hull pada musim ini.

Jake Livermore misalnya, pernah berdepan masalah apabila diuji positif dengan dadah kokain pada tahun lepas sehingga dihukum gantung oleh England FA dan kelab.

Pengurus Hull, Steve Bruce menjelaskan Livermore mengambil kokain selepas sedih menerima berita kematian anaknya yang baru dilahirkan.

Selepas tamat hukuman penggantungannya, Livermore berjaya membuatkan penyokong Hull lupa kepada kesilapan lampaunya dengan memberi persembahan mantap setiap minggu.

Kini kembali ke Premier League, Hull memerlukan Livermore dan rakan-rakannya untuk mencapai misi baru pula – mengelak penyingkiran pada musim 2016/2017 nanti.

Baca juga: Kisah Di Sebalik Kejayaan AFC Bournemouth

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN