5 Peristiwa Ikonik Yang Terjadi Ketika Kali Terakhir Kanada Layak Ke Piala Dunia

Kanada

Selepas 36 tahun, Kanada kembali menjadi wakil benua Amerika Utara ke saingan Piala Dunia.

Kali terakhir ianya berlaku adalah pada tahun 1986 ketika Piala Dunia diadakan di Mexico yang menyaksikanDiego Maradona mencuri tumpuan.

Tumpuan yang dimaksudkan pastinya kejadian Hand of God serta Goal of the Century dengan Maradona melakukan gerakan solo dari tengah padang sebelum menewaskan Peter Shilton di gawang England.

Maradona dan Argentina muncul juara, tetapi lain pula kisahnya buat Kanada.

Mereka mencatatkan rekod buruk apabila menamatkan saingan di peringkat kumpulan dengan menduduki tangga tercorot.

Kanada yang bersama-sama Perancis, Kesatuan Soviet dan Hungary tidak mengutip sebarang mata dan pulang awal dari kejohanan.

Sejak itu, mereka tidak lagi layak.

Namun begitu, dengan kemenangan 4-0 ke atas Jamaica baru-baru ini meletakkan Kanada kembali dalam kelompok 32 pasukan terbaik dunia yang akan bersaing di Qatar pada November ini.

‘Impian Jadi Kenyataan’ – Kanada Layak Ke Piala Dunia 2022, Tamatkan Penantian 36 Tahun

Banyak yang telah berlaku sepanjang 36 tahun ketidakhadiran Kanada di Piala Dunia. Jom kita singkap pelbagai perisitiwa yang terjadi dalam dan luar dunia bola sepak pada 1986.

Era baharu di Manchester United

Tahun 1986 menjadi detik bermulanya permulaan baharu di Manchester United apabila mereka mendapatkan khidmat Alex Ferguson sebagai pengurus.

Beliau yang sebelum itu berkhidmat untuk Aberdeen di Scotland mencuri tumpuan dunia apabila berjaya membawa kelab itu memenangi UEFA Cup Winners’ Cup dengan menewaskan Real Madrid serta European Super Cup pada 1983.

Alex Ferguson, Kisah Epik Memimpin Aberdeen Tewaskan Real Madrid Di Final Pentas Eropah

Pelantikan itu bagaimana pun mengharungi permulaan yang perlahan dan Ferguson hampir dipecat, namun 26 tahun selpas itu beliau meninggalkan kelab sebagai pengurus terhebat dalam sejarah.

Tragedi Chernobyl

Tahun 1986 turut menyaksikan terjadinya peristiwa yang memberikan kesan sehingga hari ini iaitu letupan di Chernobyl, Ukraine.

Kejadian yang berlaku pada bulan April menyaksikan reaktor nuklear nombor empat yang terletak di Sistem Jana Kuasa Nuklear Cheynobyl telah meletup.

Tragedi yang berlaku itu dianggap sebagai yang terburuk dalam sejarah. Menurut rekod, 100 orang terkorban secara kematian langsung (direct death) hasil letupan itu.

Namun begitu, masih terlalu ramai yang mengalami kematian tidak langsung dan menderita akibat tragedi ini dengan kesannya masih lagi terasa hingga kini.

“Half-volley dari Razali, GOL!”

Ulasan dari pengulas veteran Sherkawi Jirim itu menggambarkan bagaimana mantan pemain Selangor, Razali Alias melakukan separa voli hingga menerjah jaring Johor di Stadium Merdeka pada 1986.

Gol separa voli Razali yang dihasilkan dari luar kotak penalti merupakan jaringan penyamaan Selangor pada minit ke-36 untuk memadamkan kelebihan Johor yang dicipta oleh Dollah Salleh.

Jaringan itu membangkitkan semangat Selangor sekali gus membelasah Johor 6-1 untuk membawa Piala Malaysia ke-27 mereka.

Sekadar Di Pinggiran lagu terbaik 1986

Tahun 1986 menyaksikan buat kali pertamanya TV3 menganjurkan pertandingan muzik yang dikenali sebagai Juara Lagu (kini Anugerah Juara Lagu- AJL).

Menggunakan format juara bulanan, 11 lagu terbaik setiap bulan (Januari hingga November) berentap pada bulan Disember untuk merebut gelaran Juara Lagu.

Hasilnya, lagu Sekadar Di Pinggiran ciptaan Manan Ngah dan Lukhman S. serta dipopularkan oleh Francisca Peter dinobatkan sebagai johan sulung AJL.

Lagu tersebut menewaskan Aku Kehilanganmu yang juga dendangan Fran dan Sampaikan Salam Cintaku oleh Alleycats yang menduduki tangga kedua dan ketiga.

Kejuaraan berganda buat Liverpool!

Disaat United sedang memulakan era baharu bersama Ferguson, Liverpool meneruskan dominasi mereka dalam bola sepak Inggeris dengan mencatatkan kejuaraan berganda pada musim 1985/1986.

Menyarung jersi merah dengan jalur bersaiz pin, Alan Hansen sebagai ketua pasukan dan Kenny Dalglish menjadi pengurus kelab, ianya menghasilkan kejayaan buat Liverpool.

Mereka merangkul gelaran First Division (kini Premier League) dan juga FA Cup pada musim itu dengan Ian Rush menjadi penjaring terbanyak kelab dengan 33 gol.

Lebih manis, kejuaraan yang dimiliki Liverpool itu hadir apabila mereka menewaskan musuh tradisi iaitu Everton di perlawanan akhir FA Cup.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN