“Toxic Mentality” – TMJ Bidas Penyokong Tidak Hargai Pengorbanan Pemain Untuk Negara

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) hari ini membidas sikap segelintir penyokong bola sepak tanah air yang dianggap tidak pandai menghargai pengorbanan pemain.

Melalui satu komen di Instagram, TMJ berkata: “Toxic mentality dan mudah lupa. Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing tahap low class.

“Semua lupa pengorbanan setiap pemain yang pernah mewakili negara. Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka. Seolah-olah tiada makna.

“Kesian bila lihat pemain yang berkorban untuk pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan, tidak dihargai.”

Komen oleh TMJ itu datang sebagai reaksi balas terhadap perkongsian Zaquan Adha di Instagram yang mempertahankan kembarnya Aidil Zafuan bersama pasukan negara.

“Bila Kalah Siap Sanggup Edit Muka” – Zaquan Tegur Penyokong Samakan Aidil Dengan Maguire

Sebelum ini portal ini turut melaporkan bagaimana Zaquan membidas pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup melakukan kerja suntingan mengubah wajah Zaquan menjadi wajah pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire.

“Life as a footballer [kehidupan seorang pemain bola sepak]… bila menang semua indah kata-kata, bila kalah siap sanggup edit muka,” tulis Zaquan melalui satu muat naik di Instagram peribadinya.

Walaupun Maguire adalah pemain bertaraf dunia dan merupakan pemain pertahanan termahal dunia pada hari ini, tindakan tersebut dianggap sarkastik dengan tujuan untuk ‘troll’ atau menghina.

https://www.instagram.com/reel/Cbptby5goJo/?utm_source=ig_web_copy_link

Dalam kejohanan jemputan FAS Tri Nations yang berlangsung baru-baru ini, Aidil dianggap oleh segelintir besar penyokong bola sepak tempatan sebagai punca Malaysia tewas 2-1 kepada Singapura, setelah berjaya menewaskan Filipina 2-0 dalam perlawanan pertama.

Seperti yang kali katakan sebelum ini, ia agak keterlaluan untuk menyamakan Aidil seperti Maguire. Jelas niat penyokong adalah untuk melakukan ‘troll’ apabila mengubah wajak Aidil kepada Maguire.

Tindakan tersebut boleh dianggap agak keterlaluan dan seolah-olah jasa dan pengorbanan beliau selama ini tidak dihargai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN