‘Impian Jadi Kenyataan’ – Kanada Layak Ke Piala Dunia 2022, Tamatkan Penantian 36 Tahun

Kanada Piala Dunia

Kanada layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Jamaica 4-0 dalam aksi kelayakan zon CONCACAF untuk menempah tiket ke Qatar dan sekaligus menamatkan penantian selama 36 tahun.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-0 kepada Costa Rica pada Khamis lalu, Kanada memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku tuan rumah bagi melengkapkan misi layak ke kejohanan berprestij tersebut di hadapan 30,000 penyokongnya di BMO Field.

Ketua jurulatih Kanada, John Herdman selepas perlawanan sempat berseloroh dengan beranggapan ada hikmah pasukannya tewas dalam perlawanan lalu kerana mahu memastikan mereka dapat meraikan kejayaan layak ke Piala Dunia di hadapan penyokong sendiri.

“Itulah sebabnya kami tak menang di Costa Rica. Lihatlah apa sebenarnya yang mahu ditunjukkan, sekarang saya faham kenapa ‘dewa bola sepak’ tak bagi kami jaringkan gol di sana,” ujar Herdman.

“Kami layak ke Piala Dunia di hadapan penyokong sendiri, inilah negara bola sepak yang sebenar. Kami tak akan berhenti di sini.”

Cyle Larin dan Tajon Buchanan menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Junior Hoilett dan Adrian Mariappa melengkapkan kemenangan besar Kanada.

Negara tersebut akan beraksi di Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah selepas kali terakhir mereka melakukannya pada 1986 di Mexico di mana mereka tewas kesemua tiga perlawanan di peringkat kumpulan dan gagal menjaringkan sebarang gol.

“Mungkin sebelum ini negara ini tak pernah berjaya kepada kami kerana kami tak pernah beri apa-apa harapan kepada mereka, tetapi lihatlah apa yang berlaku hari ini,” tambah Herdman lagi.

“Ini adalah masanya untuk semua orang berdiri di belakang kami dan bersatu kerana kita sudah boleh mengimpikan kejayaan yang lebih besar.”

Dengan satu lagi aksi pusingan kelayakan berbaki, Kanada kini sedang menghuni puncak kedudukan dengan 29 mata, tiga mata mengatasi pesaing terdekat Amerika Syarikat dan Mexico.

Tiga pasukan teratas akan menempah tiket automatik ke pusingan akhir dan pasukan di tangga keempat pula akan bertemu pasukan dari benua Ocenia untuk perlawanan playoff.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN