Penjaga gol merupakan pemain harapan seandainya pasukan mereka berdepan dengan situasi sepakan penalti, dan sudah tentu mereka sangat diharapkan akan mampu menyelamatkan sepakan penalti tersebut, seterusnya membantu pasukan mengelak dari dibolosi.
Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain yang sering tampil mengambil sepakan penalti, dan turut sudah banyak menjaringkan gol dari jarak 6 ela itu.
Kedua-dua pemain yang dianggap sebagai antara pemain terhebat sepanjang zaman itu sememangnya memiliki kualiti dan kelebihan masing-masing, namun satu hal yang pasti mereka merupakan mesin pencetak gol berkualiti tinggi.
LIONEL MESSI HAS A PENALTY SAVED BY THIBAUT COURTOIS ❌ pic.twitter.com/RU3OlqQuLx
— GOAL (@goal) February 15, 2022
Mereka pada ketika ini mungkin sudah sedikit berusia, namun harus diakui yang kedua-dua pemain ini masih lagi berpotensi untuk beri ancaman kepada pasukan lawan.
Sepanjang karier gemilangnya, Cristiano Ronaldo telah berjaya menyempurnakan 143 sepakan penalti dari 172 yang diambil, sementara Lionel Messi pula berjaya menyempurnakan 103 dari 133 sepakan penalti yang beliau ambil sepanjang kariernya.
Berjaya menyelamatkan sepakan penalti sudah boleh dianggap sebagai pencapaian yang menakjubkan untuk seseorang penjaga gol.
Namun begitu, berjaya menyelamatkan sepakan penalti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo pula ia dianggap pencapaian yang lebih menakjubkan untuk setiap penjaga gol.
Untuk menyelamatkan sepakan penalti itu sendiri sudah boleh dianggap sebagai satu tugas yang berat, apa lagi ketika berdepan pemain berkualiti tinggi seperti Messi dan Ronaldo.
🔴 Cristiano Ronaldo in 2022:
⚽️ 0 Goals
🎯 0 Assists
🗣 0 Siuuus
❌ 1 Penalty Miss pic.twitter.com/4GeuubZ6xu— ODDSbible (@ODDSbible) February 12, 2022
Berikut merupakan senarai lima penjaga gol yang paling banyak menyelamatkan sepakan penalti dari Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sepanjang karier mereka.
5) Gorka Iraizoz – 2 penalti
Saingan La Liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini sememangnya memiliki ramai penjaga gol berkualiti dan bagus.
Athletic Bilbao merupakan antara pasukan yang paling kerap melahirkan penjaga gol berbakat dengan Gorka Iraizoz merupakan salah seorang darinya.
Penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu merupakan penjaga gol utama kelab untuk tempoh yang sangat lama, dan persembahan beliau bersama Bilbao kerap mendapat pujian dari pelbagai pihak.
Walau bagaimanapun, beliau sepanjang kariernya kerap berdepan dengan pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dan ketika itulah beliau sering berusaha untuk menunjukkan kemampuan sebenarnya.
https://twitter.com/MessiStats_/status/911652936018784256?t=F1JG8cK-GEQpfvzFMHPr4A&s=19
Beliau pernah menyelamatkan sepakan penalti dari Cristiano Ronaldo pada musim 2011/13 yang lalu dalam satu perlawanan dalam saingan La Liga.
Sementara beliau turut pernah menyelamatkan sepakan penalti dari Lionel Messi juga dalam saingan La Liga pada musim 2015/16.
Karier Iraizoz mungkin tidak dimewahkan dengan pelbagai kejayaan, namun kabinet Piala beliau tidak kosong sebelum beliau sah bersara dari dunia bola sepak.
Beliau menghabiskan awal kariernya bersama Espanyol, dan beliau ketika itu pernah memenangi Copa Del Rey serta turut pernah hampir menjulang UEFA Cup sebelum tewas dalam aksi perlawanan akhir.
4) Diego Lopez – 2 penalti
Diego Lopez merupakan antara penjaga gol paling konsisten dalam sejarah saingan La Liga sejak sedekad terakhir ini.
Walaupun beliau tidak dikenali sebagai antara penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak, namun Lopez sebenarnya kerap kali mempamerkan aksi persembahan berkelas dunia dalam saingan La Liga.
Beliau turut pernah beraksi bersama Cristiano Ronaldo ketika karier keduanya di Santiago Bernabeu bersama Real Madrid.
Sepanjang kariernya, Lopez telah beraksi dengan beberapa kelab gergasi dunia bola sepak seperti Real Madrid, AC Milan, Sevilla dan Villarreal.
🎙 Diego Lopez:
“Who's the best striker I've ever faced? Two names come to mind of all goalkeepers: Messi and Cristiano Ronaldo. " pic.twitter.com/uzOmsH0RSu
— CristianoXtra (@CristianoXtra_) January 17, 2021
Karier keduanya bersama Real Madrid merupakan yang paling kontroversi dengan beliau ketika itu lebih dipilih berbanding legenda kelab, Iker Casillas dan hal itu menyebabkan beliau teruk dihentam oleh para peminat.
Lopez berjaya menyelamatkan sepakan penalti dari Lionel Messi buat pertama kali pada musim 2007/08 dalam aksi Copa del Rey ketika kariernya bersama Villarreal.
Beliau kemudiannya berjaya mengulangi kejayaan yang sama 10 tahun selepas itu juga dalam pertandingan yang sama, namun kali ini beliau beraksi bersama Espanyol.
Lopez berjaya memenangi beberapa kejuaraan sepanjang kariernya termasuk gelaran Champions League pada musim 2013/14.
Beliau masih lagi aktif bermain pada ketika ini, walau usianya sudah mencecah 40 tahun dan turut dianggap sebagai salah seorang legenda dalam saingan La Liga.
3) Fernando Pacheco – 2 penalti
Tidak ramai yang ingat dan tahu yang Fernando Pacheco pernah menyelamatkan sepakan penalti dari kedua-dua Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Sama seperti Diego Lopez, beliau turut memulakan kariernya bersama Real Madrid dan turut pernah berkongsi bilik persalinan yang sama dengan Cristiano Ronaldo.
Namun dek kerana sukar mendapat tempat, Pacheco akhirnya memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid dengan beliau kemudiannya memilih untuk menyertai Alaves.
⭐Fernándo Pacheco made an impressive 7 saves against Barça in the #AlavésBarça game.
He was @BarcaLive24_7's stand out performer. 👏 👏 👏
His highlights were the save against Messi and Ansu Fati's last shot of the game. https://t.co/Q9xQRXQRa3 pic.twitter.com/3EnPrk9c4m
— ALL ABOUT BARCELONA (@BarcaLive24_7) October 31, 2020
Pacheco merupakan penjaga gol utama kelab dan turut sangat diharapkan agar sentiasa mengawal gawang golnya agar tidak dibolosi lawan.
Beliau pernah menyelamatkan sepakan penalti dari Cristiano Ronaldo pada musim 2016/17 dalam saingan La Liga, dan turut menyelamatkan sepakan penalti dari Messi pada musim 2017/18 juga dalam saingan Liga.
Walaupun beliau dianggap sebagai antara penjaga gol yang konsisten dan sangat berdisiplin, namun tak banyak kejuaraan yang mampu beliau kecapi sepanjang kariernya.
Namun beliau sudah banyak menjulang pelbagai kejuaraan ketika kariernya bersama Real Madrid termasuk FIFA Club World Cup.
2) Thibaut Courtois – 2 penalti
Tidak dinafikan lagi nama Thibaut Courtois merupakan nama paling besar dalam senarai ini, dengan beliau merupakan antara pemain yang dianggap terhebat dalam dunia bola sepak.
Beliau telah beraksi di pentas tertinggi dalam dunia bola sepak, dan turut pernah bermain bersama pasukan-pasukan yang hebat termasuk kelab yang sedang beliau wakil ketika ini, Real Madrid.
Pertembungan antara Courtois dan Lionel Messi dianggap sangat ikonik dengan beliau pernah dua kali menyelamatkan sepakan penalti dari bintang Argentina itu sepanjang kariernya.
🤯 Leo Messi has never scored against Real Madrid when Thibaut Courtois has been in goal (6 matches)
😬 He's had 28 attempts in that time, including last night's penalty miss. The streak goes on… pic.twitter.com/NsHY59gzb1
— WhoScored.com (@WhoScored) February 16, 2022
Beliau pernah menyelamatkan sepakan penalti Messi ketika mereka bertemu dalam saingan Supercopa de Espana yang mana Courtois ketika itu beraksi bersama Atletico Madrid.
Kali kedua beliau menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Lionel Messi adalah ketika aksi bertemu PSG di pusingan 16 terbaik saingan Champions League baru-baru ini.
Hari ini, Courtois merupakan antara penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak, dan beliau senantiasa menggunakan kelebihan fizikalnya untuk menyelamatkan bola-bola tinggi dan memenangi perebutan udara.
Beliau juga telah berjaya memenangi pelbagai kejuaraan termasuk La Liga dan Premier League, namun beliau masih belum pernah memenangi gelaran Champions League sepanjang kariernya.
1) Diego Alves – 4 penalti
Penjaga gol kebangsaan, Brazil, Diego Alves merupakan penjaga gol veteran dalam saingan La Liga sejak sedekad kebelakangan ini.
Beliau memulakan kariernya di Sepanyol bersama Almeria, namun karier gemilang beliau adalah ketika beraksi bersama Valencia.
Alves dikenali sebagai seorang penjaga gol yang sangat konsisten dan turut mempunyai ketenangan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Alves juga turut dikenali sebagai penjaga gol yang memiliki kualiti dalam menyelamatkan sepakan penalti, namun sepakan penalti yang diambil oleh Messi dan Ronaldo jelas sekali bukan hal yang biasa-biasa.
https://twitter.com/L10ionel/status/1342389083276861440?t=g6N3gxtDB3QqCG3cxjFBCA&s=19
Alves sepanjang kariernya beliau berjaya menyelamatkan empat sepakan penalti dari kedua-dua pemain terhebat dalam dunia bola sepak itu.
Untuk membuktikan betapa hebatnya beliau dalam menyelamatkan sepakan penalti, Alves pernah menyelamatkan tiga sepakan penalti dari Cristiano Ronaldo sepanjang kariernya.
Kesemuanya beliau lakukan dalam saingan La Liga pada musim 2009/10, 2014/15 dan musim 2016/17 dengan beliau turut pernah menyelamatkan sepakan penalti dari Messi dalam saingan Copa Del Rey pada musim 2011/12.
Malang sekali kecemerlangan beliau ketika beraksi bersama Valencia gagal untuk menghadirkan sebarang kejuaraan untuk Alves sepanjang kariernya di Sepanyol.
On that same day: Diego Alves saved a Cristiano penalty to contribute to Valencia's draw at the Bernabeu, a result that pushed Luis Enrique's Barça closer to La Liga title. pic.twitter.com/mk6LYhVNEO
— adil (@Barca19stats) May 9, 2021
Kebanyakan kejuaraan yang beliau menangi adalah ketika beraksi dalam saingan Brasileiro Serie A bersama Flamengo.
Beliau bersama Flamengo telah berjaya memenangi Copa Libertadores yang mana pertandingan tersebut merupakan pertandingan terbesar di Amerika Selatan dan ia juga boleh dianggap setahap dengan saingan Champions League di Eropah.