Frank Lampard rasmi telah dipecat oleh Chelsea dan akan digantikan oleh Thomas Tuchel dalam masa terdekat.
Pemilik kelab Roman Abramovich berkata: “Ini adala keputusan yang sukar untuk kelab, bukan sahaja kerana saya mempunyai hubungan baik dengan Lampard, tetapi juga kerana saya amat menghormati beliau.”
Tidak semua perkara mengenai Lampard itu adalah buruk. Sepanjang 19 bulan bergelar pengurus Chelsea, Lampard sekurang-kurangnya pernah memberikan harapan bahawa beliau adalah jurulatih tepat untuk memacu Chelsea ke hadapan.
Kata-kata dari pemilik Chelsea, Roman Abramovich sendiri seperti tertera di atas juga cukup untuk menggariskan Lampard sebagai seorang individu dan tempat beliau di kelab London itu.
Berikut adalah antara lima perkara atau pencapaian oleh Lampard yang akan dikenang sampai bila-bila, terutama oleh penyokong setia The Blues.
1. Berani guna pemain akademi
Salah satu pencapaian terbaik Frank Lampard sebagai pengurus yang akan dikenang ialah keberanian beliau menggunakan bakat dari akademi di dalam kesebelasan utama pasukan. Musim ini keadaan agak berbeza selepas ketibaan pemain seperti Kai Havertz dan Timo Werner. Namun kisahnya berbeza pada kempen 2019/20.
Musim lalu nama-nama seperti Tammy Abraham, Reece James, dan Mason Mount masing-masing berjaya mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama Chelsea dan menghadirkan impak positif ke dalam pasukan.
https://twitter.com/ChelseaFCBlogs_/status/1353713910306713608
Salah satu perlawanan yang paling dikenang dengan kehadiran pemain-pemain ini ialah ketika Chelsea berkunjung ke Molineux berhadapan Wolves pada September 2019. Skuad muda Chelsea memperagakan corak permainan menghiburkan menewaskan skuad berpengalaman Nuno Espirito Santo dengan jaringan 5-2.
Selain daripada gol pemain pertahanan Fikayo Tomari, Chelsea turut memperolehi gol melalui hatrik Tammy Abraham dan satu lagi gol melalui Mason Mount.
2. Gagah di Eropah
Tiada siapa memberikan peluang kepada Frank Lampard untuk mengemudi Chelsea melepasi saingan peringkat kumpulan di pertandingan Champions League. Chelsea melayakkan diri ke pertandingan tersebut selaku juara Europa League 2019/20 ketika di bawah kendalian Maurizio Sarri, dan ini adalah pengalaman pertama Lampard selaku pengurus di Stamford Bridge.
Bermula dengan buruk apabila tewas kepada Valencia di perlawanan pertama, Chelsea kendalian Lampard menghidupkan peluang dengan menewaskan Lille dan menewaskan Ajax – semifinalis pada musim tersebut – di kandang lawan.
—Two goals in the first four minutes
—Two red cards at the same time
—Eight goals total
—Chelsea come back from 4-1 to draw 4-4Chelsea-Ajax was box office 🍿 @brfootball pic.twitter.com/VWWOgoYDRC
— Bleacher Report (@BleacherReport) November 5, 2019
Namun perlawanan menentang Ajax di tempat sendiri selepas itu yang akan menjadi perlawanan yang paling dikenang. Walaupun pada satu ketika Chelsea ketinggalan 4-1, skuad muda The Blues kembali bangkit ketika perlawanan berbaki 30 minit untuk keputusan berakhir 4-4 sekaligus memperolehi satu mata yang mengesahkan laluan ke pusingan seterusnya.
Perlawanan peringkat kumpulan Champions League menentang Ajax itu dianggap sebagai salah satu perlawanan epik pada malam pertandingan elit eropah di Stamford Bridge. Malangnya skuad muda Lampard terlalu mentah untuk barisan bintang Bayern Munich di peringkat seterusnya.
3. Kejayaan Lampard perangkap Mourinho
Jose Mourinho dianggap sebagai guru kepada Frank Lampard. Tempoh terbaik karier Lampard sebagai pemain juga adalah ketika di bawah bimbingan pengurus dari Portugal itu. Tetapi ini tidak bermakna si murid tidak berkemampuan untuk mengatasi gurunya. Malah dalam dua pertemuan diantara Chelsea dan Tottenham yang menemukan kedua-duanya, Lampard menang dengan penuh gaya.
Perlawanan pertama mempertemuakan kedua-duanya sejurus selepas Mourinho dilantik selaku pengurus Spurs pada November 2019, Lampard mengejutkan ramai dengan taktikal dan formasi 3-4-2-1 yang mengejutkan Mourinho dan Spurs. Dalam perlawanan tersebut, Spurs nyata tidak mempunyai jawapan untuk dominasi Chelsea yang menang mudah 2-0, hasil jaringan Willian.
🗣️ Frank Lampard reminding Jose Mourinho of his managerial record against him perhaps?
Manchester United (7)2-2(8) Derby ✅
Tottenham 0-2 Chelsea ✅
Chelsea 2-1 Tottenham ✅Chelsea are currently 1-0 up at Tottenham and Lampard is 45 minutes away from making it 4 wins from 4 pic.twitter.com/CDmIuNb8iI
— WhoScored.com (@WhoScored) September 29, 2020
Apabila kedua-duanya bertemu sekali lagi pada Februari 2020, keadaan kekal tidak berubah walaupun Mourinho mengubah taktiknya dengan membentuk sistem 5-4-1 untuk memerangkap taktikal dan pedekatan Lampard bersama Chelsea.
Nyata Lampard yang amat mengenali Mourinho selaku pengurus sekali lagi berjaya memerangkap taktik gurunya itu – kali ini melalui Marcos Alonso dan Olivier Giroud.
Dua pemain berpengalaman Chelsea itu berjaya memberi masalah kepada benteng pertahanan Spurs dan masing-masing menjaringkans satu gol untuk Lampard senyum dengan kemenangan 2-1.
4. Chelsea pernah jadi jaguh London
Pada penghujung musim 2019, Chelsea kendalian Lampard telah merekodkan kemenangan demi kemenangan. Namun selain kemenangan 2-0 ke atas Tottenham, rekod Chelsea menentang enam kelab utama Premier League yang lain tidaklah berapa memberangsangkan selepas tewas kepada Manchester United pada perlawanan pembukaan musim, diikuti Liverpool dan juga Manchester City.
Namun selepas menewaskan Spurs pada November, Lampard sekurang-kurangnya berjaya memastikan Chelsea adalah jaguh dari London dengan menewaskan Arsenal yang turut dilabel sebagai salah sebuah dari enam kelab utama Premier League.
He's beaten every single one of the other traditional top six clubs in his very first season 👏
Spurs 0-2 Chelsea (PL)
Arsenal 1-2 Chelsea (PL)
Chelsea 2-0 Liverpool (FA Cup)
Chelsea 2-1 Spurs (PL)
Chelsea 2-1 Man City (PL)
Man Utd 1-3 Chelsea (FA Cup) pic.twitter.com/2odGsRcKpW— Football on TNT Sports (@footballontnt) July 29, 2020
Chelsea dan Lampard tidak bermula dengan baik dalam perlawanan ini apabila ketinggalan selepas 13 minit perlawanan berlangsung. Namun keadaan berubah pada babak kedua selepas Lampard mengubah taktikal pasukannya.
Sedikit perubahan dengan memasukkan Jorginho untuk menggantikan Emerson untuk membentuk sistem 4-3-3, Chelsea kemudiannya bangkit menguasai perlawanan sebelum menewaskan Arsenal 2-1 dalam perlawanan yang diadakan di Emirates itu.
5. Membawa Chelsea layak ke UCL pada musim pertama
Apabila Lampard dilantik selaku pengurus Chelsea pada musim panas 2019, apakah sasaran yang munasabah untuk keseluruhan musim 2019-20 itu? Sukar untuk menjelaskan sasaran logik buat Chelsea pada ketika itu kerana hukuman gantung dari aktiviti perpindahan yang dilalui kelab tersebut pada ketika itu.
Ramai melihat sasaran yang munasabah buat Lampard pada ketika itu ialah untuk mengakhiri musim di kedudukan empat tempat teratas yakni layak ke Champions League. Perkara itu dianggap jauh dari gapaian Lampard dan skuad muda yang beliau miliki.
✅ First season managing in PL
✅ Lost Eden Hazard
✅ Trusted in youth players
✅ Transfer ban
✅ Beat #LFC, #MCFC, #THFC
✅ Secured Top four finish
✅ Champions League last 16
✅ Got to the FA Cup finalFrank Lampard appreciation post 👏 pic.twitter.com/865RZAcMWm
— talkSPORT (@talkSPORT) August 1, 2020
Pada ketika iu Chelsea baharu sahaja kehilangan Eden Hazard ke Real Madrid, dan skuad kendalian Lampard pula dibanjiri dengan pemain dari akademi.
Walaupun tewas 12 kali sepanjang musim, skuad Lampard berjaya menduduki tangga keempat dan mengesahkan slot ke Champions League melalui kemenangan ke atas Wolves pada hari terakhir kempen.
Penutup
Bagaimana? Adakah anda berpendapat Frank Lampard sewajarnya diberikan lebih banyak peluang oleh Chelsea? Atau wajarkah beliau dipecat?
Nyatakan pandangan anda di ruangan komen atau di ruangan Telegram yang kami sediakan.
Baca artikel menarik kami yang lain melalui pautan:
Siapakah 5 Pengurus Termuda Di Premier League Musim 2020/21?
Lucas Piazon Dedah Realiti Pahit Jadi Pemain Muda Di Chelsea
6 Kecederaan Pemain Yang Paling Terkesan Kepada Kelab Masing-Masing