5 Pemain Yang Paling Banyak Membuat Penampilan Dalam Kejohanan Piala Dunia

Twitter

Buat kali pertama dalam sejarah penganjuran kejohanan Piala Dunia, edisi 2018 kali ini akan diadakan di negara Russia. Piala Dunia telah melahirkan banyak bintang baharu sejak penganjuran kali pertama di Uruguay pada tahun 1930 tetapi hanya beberapa pemain sahaja yang mendapat peluang beraksi di kejohanan yang paling berprestij itu.

Ia merupakan satu penghormatan tertinggi dalam kerjaya bola sepak pemain jika dipilih mewakili negara di pentas Piala Dunia.

Namun, tidak semua pemain yang mempunyai rekod penampilan paling banyak dalam kejohanan Piala Dunia ini kecuali 5 pemain ini yang telah dikenalpasti sebagai antara pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam edisi yang berbeza.

Diego Maradona

(Photo by Schlage/ullstein bild via Getty Images)

Lagenda Argentina, Diego Armando Maradona telah mewakili negaranya dalam 4 edisi kejohanan Piala Dunia yang berbeza iaitu pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1994. Beliau merupakan kapten skuad kebangsaan Argentina ketika pasukannya menjuarai Piala Dunia pada tahun 1986 di Mexico. Malah, pada tahun 1990, beliau membantu Argentina layak ke perlawanan akhir Piala Dunia di Itali tetapi tessa le-ada Jerman.

Maradona telah membuat penampilan sebanyak 21 kali untuk negaranya dan merupakan antara 5 pemain yang paling banyak membuat penampilan dalam kejohanan Piala Dunia. Terkenal dengan jaringan cantik dan pelbagai kontroversi di atas padang, Maradona merupakan pemain yang luar biasa dengan kemahiran individu yang berbeza dengan pemain lain.

Sepanjang mewakili pasukan Argentina dalam Piala Dunia ini, Maradona mempunyai rekod 12 kemenangan, 4 kekalahan dan 5 seri dalam 4 kejohanan Piala Dunia. Edisi Piala Dunia 1986, adalah di mana Diego Maradona mengisytiharkan dirinya sebagai pemain bola sepak terhebat di dunia. Selain kontroversi jaringan ‘Hand of god’, beliau juga dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan, yang sekaligus memartabatkan beliau sebagai pemain terbaik dalam sukan bola sepak pada era itu.

Uwe Seeler

 (Photo by Google Images)

Setanding dengan Maradona, penyerang Lagenda Jerman, Uwe Seeler telah membuat penampilan sebanyak 21 perlawanan dalam sejarah kejohanan Piala Dunia yang melibatkan 4 edisi iaitu pada tahun 1958, 1962, 1966 dan 1970.

Walaupun beliau beraksi dalam 4 edisi Piala Dunia, Seeler masih gagal membantu Jerman menjuarai Piala Dunia dan hampir melakukannya pada tahun 1966 dimana pasukannya sekadar bergelar naib juara. Beliau juga sempat membantu Jerman raih kedudukan ketiga pada tahun 1970 selepas ditewaskan oleh Itali di peringkat separuh akhir.

Rekod tidak memenangi sebarang trofi Piala Dunia ternyata tidak menjejaskan beliau apabila masih memegang rekod jaringan terbanyak dan diiktiraf sebagai antara penyerang terbaik Jerman. Rekod beliau bersama Jerman sepanjang beraksi dalam Piala Dunia ialah 13 kemenangan, 4 seri dan 4 kekalahan.

Seeler sentiasa berbahaya apabila berada di depan gawang gol dan telah menjaringkan 9 gol dalam 4 penampilan edisi kejohanan Piala Dunia yang berbeza.

Paolo Maldini

 (Photo by Franck Seguin/Corbis/VCG via Getty Images)

Bekas pemain pertahanan Itali dan AC Milan, Paolo Maldini sentiasa diingati oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia sebagai pemain pertahanan terbaik yang pernah dilahirkan. Sepanjang dalam kerjaya bola sepaknya selama 2 dekad, Maldini telah mempamerkan keberanian dan kesungguhannya di atas padang sehingga dihormati oleh lawan dan kawan.

Pemain pertahanan versatil ini telah beraksi dalam 23 perlawanan dalam 4 edisi Piala Dunia yang berbeza iaitu pada tahun 1990, 1994, 1998 dan 2002. Malah, beliau sempat membantu Itali muncul sebagai naib juara pada tahun 1994 dan tempat ketiga pada tahun 1990.

Maldini telah mencatat 14 kemenangan, 6 seri dan 3 kekalahan sepanjang penglibatan beliau bersama skuad kebangsaan Itali dalam 4 kejohanan Piala Dunia ini.

Misroslav Klose

 (Photo by AP Images)

Penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia, Miroslav Klose mempunyai rekod jaringan sebanyak 16 gol dalam kejohanan Piala Dunia. Penyerang kelahiran Jerman ini telah bermain untuk negaranya dalam Piala Dunia pada tahun 2002, 2006, 2010 dan 2014. Beliau juga telibat dalam skuad Jerman yang menjulang trofi Piala Dunia di Rio, Brazil pada tahun 2014.

Klose juga mempunyai 24 penampilan dalam sejarah kejohanan Piala Dunia dan merupakan pemain kedua yang paling banyak beraksi dalam kejohanan berprestij itu. Dunia mengenali beliau sebagai penyerang yang berbahaya dan bijak menghidu peluang apabila berada di depan gawang gol lawan. Ini dapat dibuktikan melalui statistik jaringannya sepanjang dalam kejohanan Piala Dunia.

Klose juga memenangi anugerah kasut emas ketika kejohanan Piala Dunia 2006 dan diiktiraf sebagai penjaring terbanyak kejohanan. Rekod beliau bersama skuad Jerman dalam kejohanan ini ialah 17 kemenangan, 3 seri dan 4 kekalahan.

Lothar Matthaeus

(Photo by Google Images)

Bekas kapten skuad kebangsaan Jerman, Lothar Matthaeus telah memimpin negaranya memenangi trofi Piala Dunia pada tahun 1990 di Itali. Matthaus adalah antara 3 pemain di dunia bersama Antonio Carbajal dan Gianluigi Buffon yang membuat penampilan dalam 5 edisi kejohanan Piala Dunia.

Beliau mempunyai rekod 25 penampilan dan sentiasa disenaraikan berada dalam skuad Piala Dunia Jerman pada tahun 1982, 1986, 1990, 1994 dan 1998. Selain beraksi di posisi serangan, Matthaeus juga mampu beraksi di poisisi tengah dan memainkan peranan “box to box midfielder”.

Memiliki pelbagai skill individu dan kemahiran yang tertinggi, sentiasa memenangi trofi dalam sukan bola sepak, Lothar Matthaeus merupakan lagenda sebenar bola sepak Jerman. Beliau juga merupakan pemain yang paling kaps dengan skuad kebangsan Jerman iaitu 150 kaps.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN