Diaby, Bakat Prospek Yang ‘Dibunuh’ Kecederaan Fizikal Dan Psikologi

Bekas pemain tengah Arsenal, Abou Diaby menyatakan beliau sangat terkesan setiap kali mendengar orang berbicara tentang rekod kecederaan beliau.

Diaby telah dilepaskan oleh Arsenal dan menyertai Marseille pada 2015.

Pemain tengah itu pernah disamakan dengan legenda Arsenal, Patrick Vieira pada awal Kerjaya beliau. Namun selepas itu rekod kecederaan yang teruk menjadi antara pembunuh utama impian tersebut.

Abu Diaby dilaporkan mengalami 42 jenis kecederaan sekitar 2006-2015. Beliau melakukan 182 penampilan bersama Arsenal termasuk hanya dua penampilan beliau ketika di Emirates pada 2 musim terakhir.

2660C73F00000578-2982592-All_42_of_Diaby_s_injuries_since_he_joined_Arsenal_in_January_20-a-36_1425657915753

Diaby Terluka Bukan Sahaja Secara Fizikal, Malah Psikologi!

“Saya bukan sahaja sakit secara fizikal, malah turut terluka secara psikologi kerana kecederaan yang saya alami.”

“Mereka gelar saya ‘L’Homme de Verre‘. Ia bermaksud saya diperbuat daripada kaca,”

7774518747_abou-diaby-sous-le-maillot-d-arsenal-le-22-aout-2009

“Ia boleh memberikan kesakitkan secara psikologi. Mereka tidak tahu berapa banyak masa saya luangkan setiap hari dalam hidup saya untuk cuba bangkit dan mahu pulih.”

“Tetapi, apa yang boleh saya lakukan? Inilah kisah hidup saya.”

1398422551891_wps_13th_March_2014_Football_

Bentesan Dan Smith Adalah Pembunuh Segala-galanya!

Diaby mengakui beliau tidak pernah pulih sepenuhnya daripada kecederaan ketika perlawanan Sunderland pada tahun 2006.

29CDA8F700000578-3132469-image-a-22_1434793573241

Bentesan keras daripada Dan Smith menyebabkan kakinya patah dan buku lalinya terkehel (dislocated).

downloaddiaby-449210

“Sudah tentu ia adalah detik yang membunuh segala-galanya,”
“Itulah punca semua ini terjadi.”

“Ia sangat membataskan pergerakan pergelangan kaki saya dan saya banyak mengorbankan bahagian lain dalam badan saya untuk menampung pegerakan kaki saya.”

“Sebelum itu, saya tidak pernah mengalami kecederaan otot. Saya juga memiliki cara hidup yang sangat sihat.”
“Tetapi sebenarnya, saya langsung tidak ada menyimpan kebencian atas detik hitam itu.”

“Saya sudah lama membiarkan hal tersebut di berlalu. Cuma kalau boleh – saya berharap ia berlaku lebih lewat dalam karier saya”

“Jika ia berlaku ketika saya berusia 28 tahun, mungkin ia akan menjadi kisah yang berbeza. Dalam usia saya 21-27 tahun saya boleh memajukan karier saya – bermain setiap minggu, dan menjadi pemain yang selayaknya.”

4126623

Sebagai tambahan, Abou Diaby menyertai Arsenal daripada Auxerre pada 2006 setelah menolak tawaran Chelsea. Beliau dibeli dengan nilai £2 juta.

Beliau adalah prospek ‘panas’ ketika itu kerana aksi cemerlang beliau terutama sekali ketika bersama-sama Auxerre dan juga pemain penting dalam skuad muda Perancis.

Ketika di Arsenal beliau diberikan jersi no.2 – jersi itu dikosongkan selepas pemergian lagenda Lee Dixon.

1415112628130_wps_15_Abou_Diaby_and_Arsene_Wen

Hanya selepas 5 bulan bersama Arsenal – Diaby patah kaki kerana bentesan keras oleh Dan Smith. Wenger mengutuk secara terbuka bentesan itu dan menganggap ia tidak harus ada dalam bola sepak. Diaby terlepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pada musim tersebut.

Namun pemangku jawatan pengurus Sunderland ketika itu Kevin Ball mempertahankan Smith dengan mendakwa ia adalah insiden. Smith bukan pemain yang ‘kotor’.

“Kedua-dua pemain sama-sama cuba memenangi bola tetapi Dan lebih pantas daripada Diaby”-Kevin Ball.

Tidak lama selepas itu Dan Smith menyatakan kepada umum bahawa insiden beliau dengan Diaby telah mengganggu karier beliau kerana reputasi beliau mulai tercemar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN