Wan Kuzain Cipta Sejarah, Lakukan Penampilan Pertama Di Major League Soccer

Sejarah kini telah pun tercipta!

Pemain muda Wan Kuzain Wan Kamal kini sudah mencipta sejarah apabila melakukan penampilan sulung beliau di peringkat senior dalam aksi Major League Soccer (MLS).

Beliau yang mewakili Sporting Kansas City (Sporting KC) muncul sebagai pemain gantian yang menggantikan Roger Espinoza pada minit-minit akhir permainan.

Gambar: Sporting Kansas City

Sejarah ini berlaku dalam perlawanan MLS melibatkan Sporting KC dan juga Columbus Crew yang menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan dicatatkan oleh kedua-dua pasukan.

Untuk rekod, Kuzain menjadi pemain ke-8 termuda dalam sejarah kelab yang beraksi dalam musim tetap (regular season) MLS.

Dalam masa yang sama, Kuzain menjadi pemain homegrown kedua termuda yang Sporting KC yang melakukan penampilan bersama skuad utama kelab tersebut.

Kuzain merupakan pemain keluaran akademi Sporting KC yang mula menyertai mereka sebagai pemain remaja pada tahun 2016.

Pada tahun yang sama, beliau menyertai akademi Swope Park Rangers menerusi kontrak pemain akademi sebelum menandatangani kontrak sebagai pemain United Soccer League (USL) dengan pasukan yang sama.

Pada 2018, Kuzain memperoleh kontrak homegrown bersama Sporting KC pada bulan April sebelum melakukan penampilan pertama bersama pasukan utama Sporting KC.

Kuzain merupakan pemain yang cukup mendapat perhatian di Malaysia kerana susur galur keluarga beliau yang merupakan rakyat Malaysia.

Cuma Kuzain pada masa kini memperoleh kerakyatan Amerika Syarikat kerana beliau dilahirkan di Carbondale, Illinois walaupun ibu bapanya kedua-duanya orang Malaysia.

Apapun, tahniah di atas penampilan pertama anda di MLS dan semoga terus berjaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN