5 Pemain Warisan Indonesia Enggan Untuk Didaftarkan Bersama Skuad Sang Garuda

Indonesia kini boleh dikatakan terkenal dengan revolusi baharu mereka untuk mendaftarkan ramai pemain yang memiliki pertalian darah di luar negada bagi menyertai skuad kebangsaan Sang Garuda.

Jika dilihat pada saingan Piala Asia 2023 lalu, Indonesia telah pun menyenaraikan beberapa pemain warisan mereka yang datang dari luar negara khas untuk memperkukuhkan skuad kebangsaan mereka di pentas antarabangsa.

Bawah kendalian Shin Tae-yong, jurulatih itu dilihat gemar menggunakan kepakaran pemain warisan dan proses tersebut kini diteruskan dengan beberapa muka baharu sudah pun diperkenalkan.

Malah, untuk senarai panggilan terkini bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 saja menyaksikan ada beberapa muka baharu turut disenaraikan Shin untuk menyertai kem latihan pusat.

Walaupun begitu, tidak semua pemain yang memiliki pertalian darah bersama negara tersebut setuju untuk menyertai Indonesia atas pelbagai faktor dan menyebabkan Sang Garuda tidak dapat menggunakan khidmat mereka menerusi perkongsian dibuat oleh Bola.com.

Emil Audero

Penjaga gol Inter Milan ini menjadi antara pemain ternama dari Eropah yang dicanang bakal menyertai skuad kebangsaan Indonesia sebelum itu.

Beliau yang dilahirkan di Mataram, Nusa Tenggara Barat sebelum ini pernah beraksi untuk Akademi Juventus dan turut mewakili skuad pembangunan Itali bawah 15 (B-15).

Walaupun mempunyai rekod menyakinkan, Audero gagal untuk mewakili skuad kebangsaan Indonesia kerana tidak mendapat izin daripada bapanya.

Andri Syahputra

Pemain tengah tersebut kini beraksi di Qatar dan turut pernah menolak panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan Indonesia suatu ketika.

Pada usia lapan tahun, beliau sudah pun berhijrah ke Qatar dan pernah dipanggil Indra Sjafri untuk menyertai skuad kebangsaan Indonesia bawah 19 (B-19) sebelum Andri membuat keputusan untuk menolaknya.

Rekod menyaksikan Andri sebelum itu pernah mewakili pasukan kebangsaan Qatar pada B-19 serta B-20 sebelum itu dan beliau gagal menembusi pasukan senior negara berkenaan.

Ketika ini, beliau beraksi untuk Muaither SC sejak musim 2023, selepas beliau menghabiskan banyak masa bersama Al-Gharafa SC.

Kevin Diks

Kevin pernah menerima tawaran untuk mewakili skuad kebangsaan Indonesia pada tahun 2022 sebelum segalanya tidak dapat direalisasikan kerana kegagalan pemain itu sendiri.

Sebenarnya, Kevin berminat untuk menyertai Sang Garuda dan sudah pun menunjukkan rasa itu beberapa kali menerusi media sosial selain Shin sendiri akui tertarik akan potensi pemain tersebut.

Namun kegagalan Kevin untuk menyerahkan beberapa borang penting untuk pendaftaran menyebabkan ia gagal menjadi kenyataan selain laporan turut mendakwa keluarga pemain tersebut tidak merestuinya.

Kevin kini beraksi di Denmark untuk mewakili salah satu pasukan ternama dalam saingan sana iaitu FC Copenhagen.

Mees Hilgers

Pemain berusia 22 tahun itu dianggap sebagai suatu potensi yang sangat baik untuk Indonesia sebenarnya kerana beliau pernah mewakili Belanda B-21 di pentas antarabangsa.

Shin yang melihat Hilgers sebagai prospek terbaik untuk projeknya bersama skuad Sang Garuda tidak mengambil masa lama menyenaraikan nama pemain itu untuk didaftarkan selaku warganegara Indonesia.

Malangnya, perancangan tersebut tidak mampu diteruskan kerana Hilgers tidak mendapat restu daripada keluarganya untuk mewakili Indonesia.

Janson Seelt

Seorang lagi pemain berkualiti yang mempunyai pertalian darah dengan Indonesia iaitu Janson Seelt dan beliau antara paling menarik perhatian Shin untuk didaftarkan bersama pasukan kebangsaan.

Sebelum itu, Janson telah pun disenaraikan dalam projek beliau untuk memperkukuhkan skuad Indonesia B-20 untuk mereka menghadapi saingan Piala Dunia B-20 2023.

Namun pemain tersebut menolaknya kerana merasakan beliau masih belum bersedia untuk mewakili Indonesia di pentas antarabangsa.

Kini, Janson aktif beraksi di England bersama Sunderland selepas beliau menghabiskan banyak masa bersama PSV Eindhoven pada usia remaja untuk membangunkan karier.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN