Bintang Muda Terengganu Impi Beraksi Untuk Skuad Senior Harimau Malaya

Bintang muda Terengganu yang kini sedang meningkat naik, Safwan Mazlan memasang impian untuk cuba beraksi di pentas antarabangsa bersama pasukan senior kebangsaan jika mempunyai peluang.

Nama Safwan antara yang kini menjadi sebutan dalam kalangan para penyokong selepas beliau tampil cemerlang pada tahun lalu dalam beberapa perlawanan bersama Sang Penyu.

Malah, Safwan juga menjadi antara pemain paling penting kini yang berjaya melayakkan diri untuk beraksi untuk skuad Harimau Malaya bawah 23 (B-23) serta tampil dengan begitu konsisten.

Untuk tahun ini, Safwan menjadi antara nama pemain muda yang berjaya diberi peluang oleh kejurulatihan skuad senior untuk dipanggil menyertai kem latihan kebangsaan sebagai persediaan untuk menentang Oman.

Malaysia bakal menghadapi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bagi peringkat kumpulan dengan aksi seterusnya membabitkan pasukan kendalian Kim Pan-gon itu menentang Oman.

Terpilih bersama pasukan kebangsaan, Safwan mengakui beliau cukup teruja kerana ini pertama kali pertahanan tersebut dipanggil bersama pasukan skuad senior negara.

Safwan jelas gembira apabila mengetahui nama beliau tersenarai untuk menyertai kem latihan kebangsaan, walaupun dirinya belum mengetahui status akan terus terpilih ketika aksi menentang Oman.

Kata anak jati Terengganu itu, peluang untuk berlatih bersama rakan pemain lebih senior dan berkualiti jelas mampu untuk meningkatkan lagi kualiti permainan serta keyakinan beliau di atas padang.

“Panggilan ini sangat menggembirakan saya lebih-lebih lagi ia adalah panggilan kali pertama sepanjang karier saya setakat ini.

“Saya tak sabar mendapat tunjuk ajar daripada ketua jurulatih kelahiran Korea Selatan itu selepas saya menyarung jersi skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun,” kata Safwan menerusi laporan Harian Metro.

Sepanjang bersama skuad pembangunan Malaysia, Safwan telah pun beraksi sebanyak 15 perlawanan di pentas antarabangsa serta turut merekodkan satu jaringan peribadi.

Bersama Terengganu pada musim lalu, Safwan telah pun beraksi sebanyak 22 perlawanan dalam saingan domestik dengan merekodkan satu gol bersama satu bantuan jaringan.

Selain Safwan, Kim Pan-gon turut menyenaraikan empat lagi pemain Terengganu untuk menyertai kem kebangsaan iaitu Suhaimi Husin, Azam Azmi Murad, Akhyar Rashid, serta Safawi Rasid.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN