“Kondisi Rumput Dijamin”- Malaysia Sah Bakal Hadapi Oman Di SNBJ

Teka teki mengenai aksi membabitkan antara Malaysia menentang Oman akhirnya diketahui apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ianya diumumkan sendiri oleh FAM menerusi laman rasmi mereka mengenai status lokasi sebenar perlawanan siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu dengan SNBJ bakal menjadi lokasi rasmi buat Harimau Malaya.

Terdahulu, beberapa persoalan timbul dalam dalam kalangan peminat di media sosial mengenai status lokasi sebenar bakal dilalui pasukan kebangsaan bagi perlawanan keempat peringkat kumpulan itu.

Ini kerana SNBJ dikhuatiri tidak akan digunakan FAM pada awalnya, kerana lokasi tersebut baru sahaja selesai melangsungkan satu konsert besar sebelum itu yang membuatkan penyokong bimbang akan keadaan padang.

Walaupun begitu, Datuk Noor Azman selaku Setiausaha Agung FAM tampil mengesahkan SNBJ bakal menjadi lokasi utama untuk siri perlawanan tersebut membabitkan Harimau Malaya menentang Oman.

Malah, Presiden FAM sendiri iaitu Datuk Haji Hamidin Mohd Amin bersama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Dato’ Hans Isaac sudah pun membuat meninjau keadaan padang terkini selain turut diikuti oleh Kim Pan-gon serta barisan kejurulatihan Malaysia lain.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengumumkan bahawa perlawanan keempat Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Malaysia lwn Oman pada Selasa, 26 Mac 2024 secara rasminya kekal akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 10.00 malam.

“Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Dato’ Hans Isaac bersama-sama ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon serta barisan kejurulatihannya telah melakukan lawatan bagi meninjau keadaan terkini padang di stadium berkenaan pada Khamis, 7 Mac 2024.

“Yang turut serta – Naib Presiden FAM, Mohd Joehari Mohd Ayub yang juga Ahli Lembaga Pengarah PSM; Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi serta pihak konsultan teknikal serta kontraktor padang tersebut.

“Hasil pemeriksaan dan penilaian pada lawatan tersebut telah mendapati bahawa persediaan padang menjelang perlawanan pada 26 Mac ini adalah mengikut jadual dan kondisi rumputnya dijamin akan berada pada tahap yang terbaik untuk aksi menentang Oman itu nanti.

“Dengan pengesahan venue tersebut, tiket bagi perlawanan Malaysia lwn Oman itu akan mula dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my pada Sabtu, 9 Mac 2024 dengan harga tiket bagi semua kategori dikekalkan iaitu sama seperti perlawanan pertama Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz, November lalu,” jelas kenyataan tersebut.

Mengenai harga tiket, harga ditetapkan bermula pada RM40 untuk dewasa serta RM5 buat kanak-kanak selain RM60 bagi Grandstand serta RM80 untuk kategori Premium.

Bagi kategori tiket Terbuka, harga ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak bawah 12 tahun; RM60 bagi tiket Grandstand dan RM80 bagi tiket Premium.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan kem latihan pusat di Wisma FAM, hari ini bagi persiapan menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat pada 21 Mac, sebelum terbang pulang ke tanah air bagi perlawanan keempat di Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN