5 Pemain Terhebat Dalam Saingan Saudi Pro League Ketika Ini

Saingan Saudi Pro League kini merupakan antara liga paling mencuri tumpuan dalam dunia bola sepak, selepas ramai pemain-pemain handalan dunia memilih untuk beraksi di liga utama Arab Saudi itu.

Ramai pemain-pemain berprofil tinggi yang memilih untuk meneruskan karier mereka beraksi dalam saingan Saudi Pro League dan antara sebab utama adalah kerana tawaran lumayan dari kelab-kelab di sana.

Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain bintang terawal yang beraksi di liga Arab Saudi dan pengaruh dari beliau berjaya memancing minat ramai lagi bintang handalan dunia lain untuk turut ikut serta.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu menyertai Al-Nassr pada Januari lalu selepas beliau sah bercerai dengan Manchester United.

Selepas kehadiran Ronaldo, ramai lagi bintang-bintang besar yang turut menyertai saingan Saudi Pro League pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Gaji yang tinggi merupakan antara faktor terpenting sebalik keputusan para pemain bintang itu untuk bersetuju ke Arab Saudi.

Dek kerana memiliki ramai bintang handalan dunia yang beraksi dalam saingan Saudi Pro League pada ketika ini, maka tidak hairanlah mengapa liga utama Arab Saudi itu menjadi antara liga paling mencuri tumpuan.

Dari semua pemain bintang yang beraksi dalam saingan Saudi Pro League, berikut merupakan lima pemain terbaik setakat musim ini.

5) Franck Kessie (Al-Ahli)

Franck Kessie merupakan seorang lagi pemain bola sepak yang pada awalnya dijangka bakal menjadi bintang besar di pentas bola sepak Eropah.

Walau mempunyai potensi, namun beliau lebih memilih untuk menerima tawaran lumayan dari Arab Saudi, berbanding mengukuhkan kariernya di Eropah.

Kessie pada musim lalu masih beraksi bersama Barcelona, namun malangnya beliau kurang mendapat minit permainan.

Bintang berusia 26 tahun itu kini merupakan antara nadi terpenting dalam skuad Al-Ahli dengan bintang Ivory Coast itu dilihat sangat dominan mengawal kawasan tengah padang.

Kelebihan fizikal yang beliau miliki jelas sekali sangat membantu beliau untuk lebih dominan dan kerana itu lah beliau dianggap antara yang terhebat dalam saingan Saudi Pro League pada ketika ini.

Kessie dikatakan berjaya mengubah Al-Ahli dengan beliau juga turut sudah berjaya menjaringkan lima gol serta mencatatkan dua assists dari 16 penampilan.

4) Ruben Neves (Al-Hilal)

Ruben Neves merupakan antara nama yang agak tak dijangka oleh peminat akan berhijrah ke Arab Saudi.

Neves juga turut dianggap sebagai nadi penting untuk skuad Wolverhampton Wanderers dengan beliau menjadi nadi terpenting untuk skuad dari saingan Premier League itu.

Aksi hebat yang beliau persembahkan berjaya menarik minat kelab seperti Liverpool, Barcelona dan Manchester United untuk mendapatkan khidmatnya.

Neves walau bagaimanapun memilih untuk menyertai saingan Saudi Pro League dengan bintang Portugal itu dianggap sebagai antara penandatangan mega Al-Hilal.

Kehebatan beliau di posisi midfield, jelas sekali banyak membantu Al-Hilal untuk beraksi cemerlang dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

Beliau merupakan antara pemain paling konsisten sepanjang musim ini dengan Neves berjaya mencatatkan tiga assists dari 15 penampilan setakat musim ini.

3) Marcelo Brozovic (Al-Nassr)

Kejayaan Al-Nassr mendapatkan Marcelo Brozovic dari Inter Milan dengan yuran perpindahan bernilai €18 juta jelas sekali satu pelaburan yang sangat menguntungkan.

Aksi hebat yang beliau pamerkan jelas sekali sangat menguntungkan Al-Nassr dengan Brozovic tidak diragukan antara defensive midfielder terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain kebangsaan Croatia itu menjadi tonggak penting Al-Nassr sepanjang musim ini dengan kehadiran beliau di tengah padang banyak membantu barisan pertahanan skuad.

Aksi hebat yang beliau pamerkan berjaya menarik perhatian peminat dengan beliau kini antara pemain kesayangan ramai pada ketika ini.

2) Aleksandar Mitrovic (Al-Hilal)

Keputusan Aleksandar Mitrovic untuk memilih meninggalkan saingan Premier League ketika sedang berada di tahap persembahan terbaiknya jelas sekali merupakan satu hal yang mengejutkan ramai.

Bintang berusia 29 tahun itu sedang benar-benar berada di tahap persembahan terbaiknya dan beliau juga turut menjadi antara penyerang paling digeruni dalam saingan Premier League sebelum ini.

Beliau berjaya menjaringkan 15 gol dan mencatatkan empat assists dari 28 penampilan bersama Fulham sepanjang musim lalu.

Dan tidak mengejutkan sama sekali selepas melihat beliau begitu dominan dalam saingan Saudi Pro League pada ketika ini kerana Mitrovic masih berada di tahap kemuncak prestasinya.

Mitrovic dianggap sebagai pemain penyerang paling prolifik dalam saingan Saudi Pro League pada ketika ini selepas melihat kecemerlangan beliau bersama Al-Hilal.

Beliau sudah berjaya menjaringkan 14 gol dari 14 penampilan dalam saingan liga setakat ini dengan Mitrovic juga turut berjaya mencatatkan tiga assists sepanjang tempoh tersebut.

1) Cristiano Ronaldo (Al-Nassr)

Cristiano Ronaldo masih kekal dianggap yang terhebat walau usianya kini sudah di era 40an.

Dan beliau masih mampu menjadi yang terbaik di usia senja walau beraksi dalam saingan liga yang dipenuhi bintang-bintang handalan dunia.

Ya, saingan Saudi Pro League pada ketika ini bukanlah liga petani lagi, sebaliknya ia merupakan liga paling kompetetif dalam dunia bola sepak.

Cristiano Ronaldo merupakan pendahulu senarai penjaring terbanyak saingan Saudi Pro League selepas beliau meledak 16 gol dan mencatatkan lapan assists dari 15 penampilan setakat musim ini.

Beliau benar-benar klinikal di hadapan gol dan hal itu jelas sekali tidak tiada siapa yang mampu untuk menafikannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN