Khala’if Naskam Antara Bintang Muda Sertai Terengganu Musim Depan?

Penyerang muda Kelantan, Khala’if Naskam dilaporkan kini sebagai antara pemain baharu yang bakal ditandatangani Terengganu untuk saingan musim hadapan bagi memperkukuhkan posisi serangan.

Terdahulu, Khala’if telah pun mencipta impak tersendiri musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bersama Kelantan, tatkala pasukan tersebut mengalami kemerosotan dalaman yang menyaksikan ramai pemain bintang keluar lebih awal.

Ketiadaan ramai pemain bintang meletakkan peluang besar sebenarnya buat Khala’if untuk diberikan peluang selaku penggempur utama Kelantan bersama rakan sepasukan lain bawah kendalian Alfredo Viera.

Saat pasukan tersebut mengalami kemerosotan daripada segi keputusan di atas padang dengan siri kekalahan besar, tampil Khala’if yang mengetuai barisan utama serangan The Red Warriors.

Walaupun tidak mencatat banyak jaringan, secara keseluruhan impaj ditinggalkan Khala’if begitu besar dan sudah dibuktikan pada beberapa perlawanan lalu.

Terbaharu, bintang muda itu sekali lagi dibawa turun dalam kesebelasan utama ketika Kelantan mencatat kekalahan besar 2-7 kepada PDRM bagi saingan Liga Super.

Pada aksi itu, bintang muda Kelantan tersebut beberapa kali berjaya mencipta peluang percubaan tepat selain kelincahannya mengatasi pertahanan lawan.

Walaupun masih ada sisi kelemahan untuk diperbaiki, pada usia masih muda Khala’if memiliki masa depan cukup cerah untuk menjadi penyerang pelapis negara.

Untuk musim hadapan, beberapa khabar angin menyatakan Khala’if sudah pun diikat oleh Terengganu dan jika ini benar, ianya merupakan sesuatu perkara terbaik buat pemain tersebut.

Antara yang berkongsikan perkara tersebut ialah laman Terengganu 11 di Facebook dengan menyatakan Khala’if antara rekrut terbaharu pasukan tersebut untuk musim hadapan.

Baik bersama skuad pelapis atau senior, Terengganu musim ini memiliki dua jurulatih berprofil tinggi dalam menaikkan potensi anak-anak tempatan, serta mesra kepada pemain muda.

Lihat sahaja kepada skuad pelapis Sang Penyu iaitu Terengganu II dalam saingan Liga MFL bawah kendalian Hairuddin Omar yang kini menjadi antara kelab paling banyak melahirkan bintang muda berkualiti sehingga mereka menjuarai kejohanan tersebut.

Untuk pasukan senior, Tomislav Steinbruckner membuktikan pemain tempatan juga memiliki keupayaan tinggi sehingga mereka berjaya mengatasi import dan diberi ruang dalam kesebelasan utama termasuk bintang-bintang muda.

Buktinya ialah Ubaidullah Shamsul Fazili, Syahmi Zamri, Syaiful Haqim, Safwan Mazlan, serta ramai lagi kini pemain muda berkualiti berjaya dibangunkan dengan baik oleh Terengganu untuk masa bola sepak negara.

Kehadiran Khala’if untuk Terengganu bakal membuka satu lagi dimensi baharu buat pemain muda tersebut dalam usaha untuk menyingkap lebih banyak potensi pada masa akan datang.

Apapun, pengesahan rasmi masih lagi ditunggu sehingga artikel ini disiarkan mengenai masa depan Khala’if bersama Terengganu, menyertai pasukan lain, atau terus kekal bersama Kelantan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN