5 Pemain Bola Sepak Yang Memegang Rekod Guinness

Ia bukan sesuatu yang mudah untuk memahatkan nama dalam senarai buku rekod Guiness (Guinness Book Of Record).

Dalam lapangan bola sepak, ada beberapa nama yang berjaya memiliki rekod guinness atas nama mereka. Berikut adalah 5 pemain bola sepak yang berjaya mencatat rekod guinness.

1. Just Fontaine – Jaringan Terbanyak dalam 1 Piala Dunia

just-foatine-1476445450-800

Just Fontaine telah berjaya menjaringkan 13 gol dalam 1 temasya ketika di Piala Dunia Sweden 1958. Ia kekal sebagai rekod guinness sehingga ke hari ini walaupun muncul nama-nama besar dalam bola sepak dunia.

Fontaine melakukannyan dalam 6 perlawanan untuk Perancis pada ketika itu. Bintang-bintang handalan seperti Ronaldo, Klose dan Gerd Muller memerlukan 2 – 3 edisi untuk melepasi angka 13 gol.

2. Rogerio Ceni – Pelbagai Rekod

ceni

Untuk penjaga gol lagenda Sao Paulo dan Brazil ini, beliau telah memegang 3 rekod guiness dalam bola sepak.

i. Penjaga Gol Dengan Jumlah Jaringan Terbanyak

Rogerio Ceni berjaya menjaringkan 131 gol dala karier beliau sebagai penjaga gol. Beliau adalah pakar sepakan percuma dan juga sepakan penalti. Jadi tidak hairanlah beliau menjadi petugas utama untuk rutin setpis.

cn

ii. Pemain Paling Banyak Bermain Untuk Satu Kelab

Kesetiaan mungkin sukar untuk dicari dalam era bola sepak moden. Namun untuk Rogerio Ceni beliau telah beraksi bersama Sao Paulo selama 23 tahun.

Ceni telah bermain dalam 1237 perlawanan bersama Sao Paulo. Tidak ada mana-mana pemain dalam sejarah bola sepak dunia berjaya melakukannya setakat ini.

iii. Pemain Paling Banyak Menjadi Ketua Pasukan

Daripada jumlah 1237 penampilan bersama Sao Paulo, kebanyakan perlawanan beliau adalah kapten.

3. Jone Samuelson – Tandukan Gol Dari Jarak Paling Jauh Dalam Perlawanan Kompetitif

jone-samuelsen_10005146_nb_10964

Jone Samuelson telah menjaringkan gol melalui tandukan dari jarak sejauh 58.13 meter. Ia dilakukan di Skagerak Arena, Skein, Norway pada 25 September 2011.

Gol ini dijaringkan pada minit terakhir perlawanan Tippeligaen League (liga utama Norway).  ODD Grendland sedang mendahului pada kedudukan adalah adalah 2-1.

sam

Tendangan sudut telah diberikan kepada Tromso yang meletakkan semua pemain mereka ke hadapan, termasuk penjaga gol dalam usaha untuk menyamakan kedudukan.

Pemain Grendland berjaya melakukan clearance namun dirampas semula oleh pertahanan Tromso di kawasan tengah melalui tandukan.

Tandukan tersebut singgah di kepala Samuelson yang terus menggunakan kekuatan otot pada leher beliau untuk menanduk bola itu sekuat-kuatnya ke-arah gawang Tromso.

Ia adalah sesuatu yang sangat epik.

https://youtu.be/C5kYuLSaEtM

4. Pele – Pelbagai Rekod

Seorang lagi lagenda Brazil, Pele telah mendapat pengiktirafan 2 rekod guinness.

i. Jumlah Gol Terbanyak Dalam Karier

Pele telah menjaringkan sejumlah 1,279 gol sepanjang karier beliau dari 7 September 1956 sehingalah 1 Oktober 1977 dalam 363 perlawanan termasuk perlawanan persahabatan dan pra-musim.

Jadi tidak hairanlah beliau digelar sebagai Raja Bola Sepak (King Of Football)

ii. Pemain Paling Banyak Muncul Dalam Piala Dunia

Pele kekal satu-satunya pemain bola sepak yang menyertai 5 edisi Piala Dunia di dalam karier beliau. Beliau memulakan karier dengan pasukan Brazil pada usia yang sangat muda pada usia 16 tahun.

Pele juga berjaya menjuarai 3 Piala Dunia daripada 5 edisi yang disertai beliau.

5. Lionel Messi – Jaringan Terbanyak Dalam Setahun

merss

Messi mencipta rekod ini pada tahun 2012 dan sudah pastilah dengan Barcelona dan Argentina. Beliau berjaya menjaringkan 91 gol pada tahun 2012. 79 daripadanya adalah untuk kelab dan 12 lagi untuk Argentina.

Ia bukan sesuatu yang mudah untuk mencetak nama dalam buku rekod dunia Guinness. Namun, Lionel Messi tetap berjaya melakukannya.

Baca juga : Rekod UEFA Dalam Piala Eropah 2016 Dedah Coman Paling Laju, Parolo Paling Berstamina

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN