5 Pemain Muda Selangor Yang Berpotensi Menjadi Bintang Di Masa Hadapan

Sejak dahulu, Selangor sering menjadi kepada pemain muda berpotensi yang akhirnya menjadi pemain yang berjaya sama ada di Liga Malaysia atau berjaya sebagai pemain kebangsaan yang cemerlang.

Oleh itu, kami tampilkan 5 pemain muda Selangor yang berpotensi menjadi bintang di masa hadapan.

1. K. Kannan

Kredit gambar: Selangor FA
Kredit gambar: Selangor FA

Beliau adalah sebahagian daripada kumpulan pemain yang dipromosikan oleh jurulatih sementara Selangor iaitu K. Gunalan dari skuad Piala Presiden Selangor ke skuad Liga Super.

Kannan beruntung kerana sering diberi kepercayaan oleh K. Gunalan. Sehingga kini, Kannan sudah bermain 90 minit ketika menentang Kuala Lumpur di Shah Alam serta 78 minit ketika menentang Sarawak di Kuching.

Potensi Kannan sangat besar untuk menjadi seorang pemain sayap berkaliber satu hari nanti. Mana tahu, beliau akan menggantikan tempat Andik Vermansah?

2. Badrul Amin Rusalan

Kredit gambar: Selangor FA
Kredit gambar: Selangor FA

Bekas pemain Harimau Muda C ini juga mempunyai peluang untuk menjadi penyerang yang cemerlang untuk Selangor jika diberi didikan yang betul.

Buat masa ini, Badrul hanya beraksi kurang dari 10 minit untuk skuad senior selepas menggantikan Saiful Ridzwan Selamat ketika mereka menentang Kelantan di Kota Bharu.

Semangat Badrul cukup tinggi, beliau dahaga lebih aksi bersama Selangor di Liga Super.

“Jika ada rezeki untuk naik ke skuad utama secara tetap pada tahun depan. Saya akan cuba berkerja keras untuk menjadi tonggak utama dalam pasukan.”

 

3. Syukri Azman

Kredit gambar: Selangor FA
Kredit gambar: Selangor FA

Syukri Azman merupakan seorang pertahanan kiri yang melakukan penampilannya untuk Selangor pada perlawanan menentang Pahang dalam aksi ke-4 peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Namun seperti Badrul, Syukri hanya bermain kurang dari 10 minit apabila masuk pada minit ke-86 menggantikan Azmi Muslim.

Pemain muda berusia 19 tahun ini seorang pemain yang berjiwa besar. Beliau tekad untuk membantu Selangor memperoleh kejuaraan Piala Malaysia untuk kali ke-34.

“Saya akan berusaha untuk membantu pasukan untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekali lagi dan memenanginya sekali lagi.”

4. Faizzudin Abidin

Kredit gambar: The Star

Ibarat bulan jatuh ke riba, Faizzudin tidak menyangka beliau akan masuk menggantikan Hadi Yahya yang tercedera ketika menentang Kedah pada aksi Liga Super di Alor Star.

Pemain yang beraksi di bahagian serangan ini beraksi selama 20 minit di dalam perlawanan yang menyaksikan mereka tewas 1-0 itu.

Faizzudin merupakan pemain pertama dari skuad Piala Presiden yang diberi peluang beraksi di Liga Super.

5. Adam Nor Azlin

Kredit gambar: Selangor FA
Kredit gambar: Selangor FA

Tidak perlu diperkenalkan lagi. Adam yang mula dikenali sejak Sukan SEA 2015 di Singapura ini sedikit demi sedikit menempah tempatnya di dalam skuad Selangor.

Ketika Zainal Abidin Hassan masih lagi menjadi jurulatih Selangor, Adam sering diberi peluang pada minit-minit akhir permainan untuk beraksi.

Namun dibawah K. Gunalan, Adam kini mendapat lebih banyak minit bermain walaupun bermain sebagai pemain gantian. Kadang-kala Adam diletakkan sebagai di dalam kesebelasan utama pasukan.

Adam juga telah dipanggil ke dalam skuad utama kebangsaan. Beliau kini menjadi prospek terbesar untuk pemain muda di Selangor.

Kesimpulan

Masa depan Selangor nampak cerah jika pemain-pemain ini menumpukan usaha mereka untuk memperbaiki permainan mereka di Selangor. Malah kami merasakan ia lebih berfaedah daripada mengejar gaji besar dengan pasukan lain sebelum ‘mereput’ di bangku simpanan.

Peminat Selangor juga perlu memberikan sokongan kepada pemain-pemain muda ini untuk menggalakkan mereka kekal bersama Selangor.

Bercakap mengenai sokongan, anda juga boleh memberikan sokongan kepada skuad Selangor yang akan berentap dalam final Piala Malaysia 2016 dengan membeli jersi original mereka.

photo_2016-10-17_18-47-41

Lotto Malaysia dengan berbesar hatinya mahu memberikan anda peluang terakhir untuk memiliki jersi original Selangor; kali ini dengan hanya RM90!

Anda boleh membeli ketiga-tiga jersi Selangor ini di https://thesbx.com/

Baca juga: 5 Sebab Kenapa Selangor Dan Kedah Boleh Merealisasikan Final impian Piala Malaysia 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN