Quantcast
Rekod UEFA Dalam Piala Eropah 2016 Dedah Coman Paling Laju, Parolo Paling Berstamina
BERITA

Rekod UEFA Dalam Piala Eropah 2016 Dedah Coman Paling Laju, Parolo Paling Berstamina

Tuesday, 21 Jun 2016

UEFA telah mengumpul senarai pemain paling pantas dan pemain yang berlari paling jauh dalam kejohanan Piala Eropah 2016 setakat ini. Dan keputusannya agak mengejutkan.

Data yang dikumpul UEFA ni menunjukkan pemain-pemain yang bertanding dalam Piala Eropah 2016 ini bukan sahaja pemain bola sepak yang bagus, malah juga merupakan atlet yang hebat.

Berikut merupakan 10 pemain paling laju dalam Piala Eropah 2016 setakat ini

Kelajuan (km/h) Nama Bila rekod dicatatkan?
32.8 Kingsley Coman (France v Switzerland 19/06/2016)
31.6 Richárd Guzmics (Hungary v Austria 14/06/2016)
31.5 Kolbeinn Sigthórsson (Iceland v Portugal 14/06/2016)
31.4 Birkir Sævarsson (Iceland v Portugal 14/06/2016)
31.4 Xherdan Shaqiri (Switzerland v France 19/06/2016)
31.2 Jonny Evans (Northern Ireland v Poland 12/06/2016)
31.2 Dragoş Grigore (Romania v Albania 19/06/2016)
31.1 Ragnar Sigurdsson (Iceland v Portugal 14/06/2016)
31.0 Nani (Portugal v Iceland 14/06/2016)
30.9 Georgi Schennikov (Russia v Slovakia 15/06/2016)

Sebagai perbandingan:

389.0: Kelajuan terjunan peregrine falcon; haiwan paling pantas di dunia
120.7: Kelajuan larian cheetah, haiwan di darat paling pantas di dunia
41.0: Kelajuan larian Usain Bolt semasa mencatat rekod 100m dunia di Manchester pada 2009
34.0: Kelajuan larian Donald Lippincott semasa mencatat rekod IAAF pertama untuk acara larian pecut 100m (10.6 saat) pada July 1912
0.12: Kelajuan sloth.

Berikut pula merupakan 10 pemain yang berlari paling jauh dalam satu perlawanan Piala Eropah 2016 setakat ini:

Jarak larian (meter) Nama Bila rekod dicatatkan?
12.570 Marco Parolo (Italy v Belgium 13/06/2016)
12.563 Vladimír Darida (Czech Republic v Croatia 17/06/2016)
12.374 Emanuele Giaccherini (Italy v Belgium 13/06/2016)
12.341 Vladimír Darida (Czech Republic v Spain 13/06/2016)
12.290 Peter Pekarík (Slovakia v Wales 11/06/2016)
12.268 Ádám Nagy (Hungary v Austria 14/06/2016)
12.150 Taras Stepanenko (Ukraine v Germany 12/06/2016)
12.143 Amir Abrashi (Albania v Switzerland 11/06/2016)
12.081 Adam Lallana (England v Russia 11/06/2016)
12.081 Marcelo Brozović (Croatia v Czech Republic 17/06/2016)

Sebagai perbandingan:

Jarak yang diliputi Marco Parolo ketika menentang Belgium menandakan beliau menghabiskan masa sepanjang 90 minit berlari tanpa henti pada kelajuan 8.38km/h

22.82: Kelajuan purata larian Kenenisa Bekele ketika mencatat rekod dunia larian 10,000m di Brussels pada 2005
20.09: Kelajuan purata larian Pekka Päivärinta semasa memenangi edisi pertama kejohanan merentas desa IAAF yang bejarak 11,980m pada 1973
18.68: Kelajuan purata larian Paula Radcliffe’ ketika mencatat rekod wanita dalam London Marathon pada 2003
10.35: Kelajuan purata larian peserta London Marathon (berjarak 42.16km) yang menghabiskan larian dengan masa median 4 jam, 4 min dan 23 saat

Baca juga: 10 Pemain Muda Yang Bakal Menggegar Pentas Piala Eropah 2016

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Rujukan

  1. UEFA
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Rekod UEFA Dalam Piala Eropah 2016 Dedah Coman Paling Laju, Parolo Paling Berstamina



Berita Bola Yang Menarik