5 Mangsa ‘Kekejaman’ Zinedine Zidane Di Real Madrid

Zidane Real Madrid

Setiap jurulatih kelab bola sepak tentunya mempunyai taktikal dan falsafah tersendiri. Begitu juga dengan pengurus Real Madrid, Zinedine ZIdane yang mempunyai ketegasannya dalam soal pemilihan pemain yang diyakini dapat membawa kejayaan kepada pasukan.

Kejayaan menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah untuk tiga musim berturut-turut mungkin satu rekod yang sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana jurulatih lain. Namun di sebalik kejayaan tersebut terdapat beberapa pemain yang menjadi ‘mangsa’ kepada jurulatih kelahiran Perancis itu.

1. Dani Ceballos

Pemain berusia 23 tahun ini secara terbuka mendedahkan tentang hubungan dinginnya dengan Zidane. Beliau mengatakan tidak pernah bercakap dengan Zidane mengenai kepulangannya ke Santiago Bernabeu apabila tempoh pinjamannya bersama Arsenal akan tamat pada hujung musim ini.

“Saya tak rasa Zidane nak berbincang dengan pemain yang telah dipinjamkan kelab lain.”

Difahamkan Arsenal sedia untuk membelanjakan kira-kira £35 juta untuk mengekalkan Ceballos selepas pemain Sepanyol itu beraksi cemerang dan serasi dengan taktikal Mikel Arteta sejak jurulatih dari Sepanyol itu mengambil alih pasukan.

Namun beliau juga telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab lain seperti Real Betis, Valencia, Seville dan Juventus.

2. Alvaro Morata

Morata kembali ke ibu negara Sepanyol itu sebagai pemain bintang selepas dua musim yang cemerlang di Juventus di mana beliau merupakan pemain penting selepas beraksi  hampir 100 perlawanan dan menjaringkan 27 gol dalam semua pertandingan.

Real Madrid dengan segera mengaktifkan klausa beli balik dalam kontrak pemain itu dan Zidane menyambutnya dengan tangan terbuka memandangkan beliau memerlukan pilihan kedua untuk pemain di posisi nombor 9 selain Karim Benzema.

Musim seterusnya di Santiago Bernabeu, ianya tidaklah seperti yang diharapkan selepas beliau lebih banyak beraksi dari bangku simpanan sekalipun rekod jaringannya tidaklah mengecewakan dengan 20 gol dalam 43 perlawanan.

Tetapi kerana sering disisihkan untuk perlawanan-perlawanan penting, Morata akhirnya berkelana ke England untuk bersama Chelsea dan kini beraksi untuk seteru setempat, Atletico Madrid.

3. Mateo Kovacic

Nasib pemain antarabansa Croatia ini tidak jauh bezanya dengan Morata yang seringkali dijadikan sebagai ‘plan B’ buat Zidane walaupun kedatangannya dari Inter Milan sebagai pemain yang mempunyai reputasi yang cukup baik.

Namun Zidane gagal memberikan peluang yang cukup untuknya memandangkan tiga pemain tengah yang lain iaitu Casemiro, Toni Kroos dan rakan senegaranya, Luka Modric masing-masing berada pada kemuncak prestasi.

Mungkin kesabaran sudah sampai ke penghujungnya, selepas tiga musim bersama Real, Kovacic akhirnya dipinjamkan ke Chelsea pada musim 2018/19 dan kemudiannya diikat secara kekal di Stamford Bridge pada musim ini.

4. James Rodriguez

Musim pertama Zidane bersama Madrid menyaksikan pasukan itu memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali ke-11. Tetapi James sekadar menjadi ‘watak sampingan’ memandangkan formasi 4-3-3 yang diterapkan Zidane dilihat tidak bersesuaian dengannya. 

Seperti Morata, James meninggalkan Real Madrid kerana tidak gembira sering diletak di bangku simpanan. Pemain berusia 28 itu telah menyertai Bayern Munich secara pinjaman selama dua musim.

Musim pertamanya di Bayern telah menyerlahkan kembali kemampuan sebenarnya dengan menyumbang tujuh gol dan 11 bantuan jaringan. Musim keduanya di Bayern juga James beraksi dengan baik dan turut menjaringkan tujuh gol. Malangnya, Bayern tidak mengaktifkan pilihan untuk membelinya secara tetap.

Sekembalinya beliau ke Real, jelas James bukanlah pemain yang digemari Zidane. Sejak dari awal musim ini, beliau hanya diberi peluang beraksi sebanyak 13 kali sahaja, ditambah pula dengan beberapa siri kecederaan.

5. Gareth Bale

Di sebalik hubungan dingin dengan pengurusnya itu, beliau menjadi satu-satunya pemain yang gagal ‘dihambat keluar’ oleh Zidane walaupun setiap kali pintu perpindahan dibuka namanya akan dimasukkan senarai pemain untuk dijual.

Zidane jelas mahu pemain antarabangsa Wales itu keluar meninggalkan Bernabeu bagi mendapatkan dana untuk mambawa masuk Paul Pogba.

Bale pernah bertekad untuk terus kekal di Real Madrid walaupun apa terjadi, kecuali ada kelab yang mampu menawarkan beliau gaji setanding dengan apa yang beliau perolehi ketika ini.

Kenyataan Bale itu membuatkan Zidane memberikan respon bahawa pemain itu tidak ada tempat di dalam pasukannya. Zidane juga menyatakan bahawa: “Semakin cepat Bale pergi, lebih bagus.”

Ia membuatkan ejen Bale bengang dan menuduh Zidane langsung tidak menghormati pemain tersebut yang sudah banyak berjasa kepada Real Madrid.

Kredit Foto: Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai pemain Real Madrid:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN