Akibat Perlekehkan Real Madrid, Gareth Bale Kena Boo Di Bernabeu

Ini bukanlah kali pertama Gareth Bale kena boo dengan penyokong Real Madrid.

Sebelum ini beliau kena boo kerana pretasi di atas padang, apatah lagi kali ini beliau melakukan kontroversi dengan banner: ‘Wales.Golf.Madrid.”

Banner itun dikibarkan oleh Bale dan rakan-rakan ketika aksi antarabangsa menentang Hungary.

Banner tersebut adalah merujuk kepada keseronokan Bale mengikut keutamaan. Dan Bale meletakkan Real Madrid selepas golf.

Bale membandingkan, di Wales beliau lebih gembira meskipun bukan pasukan yang sarat dengan bintang seperti Real Madrid.

Bale seakan-akan sudah tidak seronok di Real Madrid kerana Zinedine Zidane. Namun para penyokong kecewa kerana membabitkan kelab dalam isu peribadi Bale dengan Zidane.

Apa sahaja masalah Bale dengan Zidane, itu bukan alasan untuk kelab terbabit sekali. Ramai pemain Real Madrid sebelum ini yang tak sehaluan dengan pengurus, namun mereka tak memperlekehkan kelab dengan perbandingan seperti Bale yang meletakkan Madrid di bawah golf.

Para penyokong Real Madrid yang sebelum ini di belakang Bale ketika layanan buruk oleh Zidane kepadanya, kini beralih arah untuk menghentam Bale.

Malah ada menaikkan plakad yang menyusun senarai pemain sayap mengikut keutamaan. Ternyata Bale diletakkan di belakang Lucas Vazquez yang kerap dikritik peminat Real sebagai ‘winger’ paling teruk dan bermain pun kerana anak emas Zidane.

Real Madrid menang 3-1 ke atas Real Sociedad di Santiago Bernabeu dalam aksi La Liga semalam.

Real Madrid ketinggalan seawal minit ke-2, apabila pemain pelawat Willian Jose membuka tirai jaringan seawal minit ke-2.

Real Madrid bangkit dengan tiga gol. Karim Benzema menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa pertama.

2 lagi gol pada separuh masa kedua oleh Real Madrid adalah menerusi Federico Valverde dan juga Luka Modric.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN