5 Kelab Eropah Mesut Ozil Mungkin Sertai Jika Tinggalkan Arsenal

Bintang Arsenal, Mesut Ozil semakin hampir untuk keluar dari Arsenal pada jendela perpindahan musim panas akan datang. Hal ini diambilkira selepas lanjutan kontrak  beliau bersama The Gunners gagal mencapai persetujuan kedua-dua pihak.

Ozil difahamkan telah menolak tawaran kontrak baru daripada Arsenal yang bakal tamat secara rasmi pada penghujung musim ini.

Beliau dijangka bakal meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris(EPL) selepas dilaporkan tidak gembira akan tiada kemajuan terhadap tawaran gaji yang diberikan sejak behijrah ke Stadium Emirates pada 2013 lalu.

Perpindahan Ozil ke Arsenal dari Real Madrid telah memecahkan rekod perpindahan tertinggi milik Andrey Arshavin dengan yuran perpindahan bernilai £42.5 juta.

Berita perpindahan mengenai Mesut Ozil telah mendapat perhatian beberapa kelab besar di Eropah yang mahu mendapatkan khidmatnya.

Malam ini kami kongsikan kepada anda 5 kelab di mana Mesut Ozil berkemungkinan akan meneruskan kariernya jika terus gagal mencapai persetujuan dengan Arsenal berkenaan perihal kontrak.

1. Manchester United

Perkara yang paling merisaukan peminat Arsenal jika Mesut Ozil memilih untuk berhijrah ialah jika perancang antarabangsa Jerman itu memilih untuk menyertai pesaing mereka, Manchester United.

Bagi The Gunners, kali terakhir pemain  berhijrah meninggalkan mereka untuk ke Old Trafford ialah Robin Van Persie. Kita tahu apa yang Manchester United capai pada musim 2012-13 itu bersama Van Persie.

Peluang Manchester United untuk mendatangkan Ozil ke Old Traford amat besar memandangkan hubungan baik yang erat terjalin di antara Ozil dan Mourinho ketika kedua-duanya bersama Real Madrid.

Menurut laporat media antrabangsa, Jose Mourinho dilaporkan amat tertarik untuk mendapatkan khidmat Ozil sejak akhir-akhir ini.

Minat United terhadap Ozil bukan perkara baru kerana sebelum ini Waynee Rooney pernah meminta Sir Alex Ferguson mendapatkan khidmat pemain itu selepas Piala Dunia 2010.

Namun demikian Sir Alex tidak berbuat demikian kerana sistem dan taktikal permainan Manchester United pada ketika itu tidak sesuai dengan pemain seperti Ozil.

Ozil kemudiannya menyertai Real Madrid daripada Werder Bremen dengan nilai perpindahan £12.4 juta.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

2 . Barcelona

Sejak perpindahan Neymar dari Barcelona untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG), Philippe Coutinho telah dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp.

Namun sehingga kini, Liverpool masih lagi bertegas enggan melepakan perancang tengah antarabangsa Brazil itu daripada Anfield.

Kini, Barcelona pula dikabarkan sedang cuba mendatangkan Mesut Ozil ke Nou Camp, namun lebih sebagai pengganti kepada Andres Iniesta.

Barcelona kini jelas mahu mendatangkan seorang ‘playmaker’ yang berkualiti dan Mesut Ozil merupakan calon yang mempunyai profil tersebut pada ketika ini.

Ozil juga memiliki pengalaman selama 3 tahun di La Liga. Beraksi cemerlang di La Liga bersama Real Madrid meletakkan nama beliau menjadi sasaran utama Barcelona pada musim perpindahan nanti.

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

3. Inter Milan

Baru-baru ini Inter Milan turut dikaitkan dengan perpindahan Mesut Ozil ke San Siro. Pengarah teknikal Inter Milan, Piero Ausilio mengesahkan kelab Milan itu berminat untuk mendapatkan bintang Arsenal itu pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Piero Ausilio berkata demikian dalam satu sidang media selepas tamat perlawanan antara Inter Milan dan Benevento dalam saingan Serie A minggu lalu.

Bekas pemain Inter Milan, Daniele Adani mengatakan bahawa kelab lamanya harus berusaha sedaya mungkin bagi mendapatkan khidmat Ozil di Inter Milan.

Adani mendesak Nerazzurri bergerak pantas dan harus bersaing dengan pasukan lain untuk mendapatkan Ozil pada jendela perpindahan seterusnya.

“Di Inter mereka kekurangan pemain berkualiti tinggi yang mampu bergerak pantas. Itulah mengapa pada jendela perpindahan Januari akan datang, saya menyarankan pengurusan untuk mendapatkan Ozil” jelas Adani kepada SkySport.

“Apabila Ozil berada di Real Madrid, Jose Mourinho pernah berkata bahawa Ozil merupakan perancang terbaik di dunia”

Inter Milan kini sedang bersaing hebat merebut tahta kejuaraan liga Serie A. Nerazzurri kini berada ditangga ke-3 liga dibawah Juventus dan Napoli.

Semestinya skuad kendalian Luciano Spalletti, harus merekrut beberapa muka baru untuk memperkuatkan barisan pasukannya untuk menghadapi cabaran akan datang. Ozil merupakan calon yang sesuai buat kelab yang berpangkalan di San Siro itu.

(Photo by Stuart Franklin/Bongarts/Getty Images)

4.  Bayern Munich

Pemain terbaik di Jerman kebiasaannya akan beraksi bersama Bayern Munich dan Ozil harus cuba mengikut jejak tersebut.

Bayern Munich kini harus mencari pengganti kepada Arjen Robben dan Franck Ribery bagi memperkuatkan barisan serangan kelab Bavarian itu.

Bekas ketua pasukan Jerman, Michael Ballack sebelum ini pernah menyarankan kepada rakan senegaranya itu. jika mahu memenangi gelaran kejuaraan, behijrahlah ke Bayern.

“Ozil adalah pemain yang luar biasa. Dia tahu bahawa dirinya adalah salah satu bintang yang disayangi dan sukar dicari ganti di Arsenal. Tetapi jika dia ingin memenangi beberapa gelaran besar, dia harus ke Bayern Munich” ujar Ballack kepada Sport Bild.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

5. Paris Saint Germain

Paris Saint Germain mengejutkan dunia bolasepak selepas mendapatkan Neymar dengan jumlah perpindahan rekod dunia setakat ini. Pada waktu yang sama, mereka juga mampu membawa masuk Kylian Mbappe.

Semestinya kelab Perancis itu mahu menjadikan kelab bola sepak tersebut setanding dengan kelab besar yang lain dari seluruh Eropah.

Mesut Ozil dengan status bebas perpindahan semestinya akan menjadi target utama kelab kota Paris ini. Dengan adanya Neymar, Edinson Cavani, Kylian Mbappe dan Ozil dalam barisan kesebelasan utama pemain, PSG pasti akan mempunyai lebih kekuatan dan hebat di Eropah.

Pemain PSG, Julian Draxler pernah memaklumkan kepada BBC World pada bulan Mei lalu, bahawa Ozil kemungkinan besar akan tertarik untuk menyertai PSG.  Ketika Draxler ditanya minat Ozil untuk bersama PSG:

“Ya, saya berfikir Ozil seorang pemain yang hebat. Dia mampu membantu setiap pasukan di dunia yang dia sertai. Saya pasti, dia akan gembira dan dapat menikmati kehidupannya di Paris jika memutuskan menyertai PSG.”

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Rumusan

Apa pendapat anda? Ke manakah seharusnya Mesut Ozil membawa hala tujunya selepas tamat musim ini? Atau adakah lebih wajar bagi perancang tengah antarabangsa Jerman ini terus kekal di Arsenal?

Jendela perpindahan pada Januari hadapan juga mengundang risiko buat Ozil jika memutuskan untuk berpindah pada ketika itu; mengambil kira kejohanan Piala Dunia yang semakin dekat.

Namun jika Arsenal tidak melepaskan Ozil menjelang Januari 2018, ini bermakna Arsenal terpaksa melepaskan Ozil tanpa sebarang pulangan pada penghujung musim ini?

Satu perkara yang pasti ialah, ia adalah dilema yang besar buat Arsene Wenger untuk fikirkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN