Video: Lihat Flying Header Penjaga Gol Hadiahkan Mata Pertama Serie A Benevento

Akhirnya Benevento meraikan mata pertama mereka dalam Serie A dan ia mereka dapat daripada perlawanan menentang AC Milan.

Bonaventura meletakkan Ac Milan di hadapan pada minit ke-38. Namun pada separuh masa ke-2, Puscas menyamakan kedudukan untuk Benevento pada minit ke-50.

AC Milan kembali di hadapan menerusi Nikola Kalinic pada minit ke-57. Ketika AC Milan sedang berkira-kira meraikan kemenangan pertama dengan Gatusso, mereka disentap oleh jaringan masa kecederaan oleh penjaga gol mereka Brignoli.

Brignoli naik ke atas untuk peluang terakhir mereka. Brignoli melakukan tandukan terbang pada masa kecederaan ke-5.

Jika anda mahu mencari salah satu detik terhebat dalam bola sepak, ini salah satu daripadanya. Penjaga gol melakukan tandukan terbang untuk menghadiahkan mata pertama kelab mereka dalam Serie A.

Benevento telah tewas kesemua 14 perlawanan liga mereka sebelum ini.

Keputusan ini membuatkan Milan terus bergelut untuk mengejar slot Eropah pada musim hadapan.

Leave a Reply