Real Madrid dan pemain pertahanan legenda mereka, Sergio Ramos sah berpisah selepas melayari bahtera perjalanan bersama-sama selama 16 tahun dengan pelbagai kejayaan dan kegemilangan.
Berita perpisahan ini telah diumumkan secara rasmi oleh Real Madrid melalui laman sesawang rasmi mereka realmadrid.com dan sudah tiba masanya mereka membawa haluan masing-masing. Jadi ke manakah hala tuju Sergio Ramos selepas ini?
Kami senaraikan lima kelab yang boleh menjadi destinasi baharu pemain pertahanan ini.
Manchester United
The Red Devils telah dikaitkan dengan Raphael Varane sejak sekian lama. Namun kini peluang untuk mendapatkan rakan segandingan pemain pertahanan itu, Sergio Ramos pula yang lebih terbuka.
Manchester United sememangnya sedang memburu seorang pemain pertahanan tengah berkelas dunia pada musim panas ini untuk digandingkan dengan Harry Maguire, selepas pemain seperti Victor Lindelof dan Eric Bailly gagal mencapai kehendak yang dikehendaki Ole Gunnar Solskjaer.
https://twitter.com/MarcussUnited/status/1405255532018032654
Dan selepas gagal meraih sebarang trofi sejak mengambil alih jawatan pengurus di Old Trafford, walaupun begitu hampir melakukannya pada musim lalu, pemain dengan profil seperti Sergio Ramos dilihat sebagai pilihan yang tepat untuk merealisasikan impian tersebut kali ini.
Walaupun sudah berusia, pemain seperti Ramos boleh membawa mentaliti kemenangan yang berbeza ke dalam bilik persalinan Old Trafford – sesuatu yang masih kurang di dalam skuad Solskjaer.
Pelaburan Chelsea terhadap pemain seperti Thiago Silva pada musim panas lalu adalah bukti jelas impak yang boleh dibawa pemain berpengalaman seperti Ramos.
PSG
Jendela perpindahan musim panas bagi PSG bermula dengan baik apabila berjaya menambat pemain tengah Belanda, Gini Wijnaldum secara percuma dari Liverpool.
Dan Mauricio Pochettino pasti turut mengintai rapat peluang pelaburan lain yang tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak seperti Ramos.
If Sergio Ramos signed for PSG and they kept Mbappe and Neymar… they would win the Champions League. 🏆
ⓘ 𝗢𝗳𝗳𝗶𝗰𝗶𝗮𝗹 𝘀𝗼𝘂𝗿𝗰𝗲𝘀 𝘀𝘁𝗮𝘁𝗲𝗱 𝘁𝗵𝗮𝘁 𝗶𝘀 𝘁𝗿𝘂𝗲 pic.twitter.com/Ctd3OYrYtk
— 90min (@90min_Football) November 17, 2020
Pemain seperti Ramos juga dijangka tidak akan mengalami sebarang masalah untuk beraksi di Ligue 1 dengan pengalamannya di La Liga, dan berpotensi membentuk gandingan mantap bersama Marquinhos atau Presnel Kimembe.
Cita-cita PSG di kejuaraan Champions League juga mungkin menjadi salah satu daya penarik untuk Ramos memilih Parc des Princess sebagai kediaman baharunya. PSG pula tiada masalah untuk membayar permintaan gaji Ramos yang tinggi.
Semua ini menjadikan perpindahan Ramos ke PSG paling logik untuk direalisasikan.
Juventus
Tidak mustahil juga sekiranya Sergio Ramos memilih untuk menjejak langkah bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo yang memilih berhijrah ke Juventus selepas meninggalkan Real Madrid.
Musim lalu kelab Turin itu melalui musim yang buruk apabila hanya menamatkan saingan Serie A di kedudukan keempat. Dan musim baharu akan datang, Juventus pasti tidak mahu berdiam diri dan ramai menjangkakan respon segera dari gergasi Itali itu.
Sergio Ramos hails #RealMadrid teammate Cristiano Ronaldo for his ‘scary’ run of form after his brace vs #Juventus https://t.co/JOkIrQxur5 #JuveReal #JUVRMA #UCL pic.twitter.com/qkEtUXb4bh
— Football España (@footballespana_) April 3, 2018
Buat masa ini pengurusan tertinggi Juventus sudah pun melantik kembali Massimiliano Allegri sebagai Ketua Jurulatih baharu. Beberapa pemain baharu juga dijangka akan dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan.
Juventus yang sebelum ini dikenali dengan kekuatan di bahagian pertahanan telah dibolosi lebih dari 30 gol semusim sejak dua musim lalu – sesuatu yang bukan kebiasaan bagi kelab tersebut sebelum ini.
Pemain dengan profil dan kualiti dimiliki Sergio Ramos berkemampuan memperbaiki benteng Juventus khususnya membantu pembangunan pemain muda seperti Matthijs de Ligt.
Manchester City
Pep Guardiola telah melalui banyak perseteruan menentang Sergio Ramos ketika pengendali itu masih di Barcelona.
Namun Guardiola pasti sanggup melupakan perseteruan itu demi memastikan perpindahan Ramos ke Etihad menjadi kenyataan.
🗓️ #OTD in 2014
Both Sergio Ramos and Cristiano Ronaldo scored twice as Carlo Ancelotti's Real Madrid hammered Pep Guardiola's Bayern 4-0 in Munich and booked their place in the Champions League final pic.twitter.com/7d7mh7odbS
— WhoScored.com (@WhoScored) April 29, 2020
Terdapat khabar angin yang semakin diperkatakan bahawa Aymeric Laporte bakal angkat kaki pada musim panas ini, yang bermakna akan berlaku kekosongan di bahagian benteng Man City.
Seperti PSG, Man City juga tidak mempunyai masalah membayar permintaan gaji Ramos yang tinggi.
Sevilla
Idea kembali menyertai kelab asal di mana kariernya bermula mungkin sesuatu yang boleh menarik perhatian Sergio Ramos.
Ramos merupaka produk akademi Sevilla sebelum disambar oleh Real Madrid pada 2005.
Kini tatkala karier sudah menghampiri ke penghujung, perpindahan ke Sevilla membenarkan Ramos kembali ke tempat asas usulnya.
There’s a competitive team, Champions League football, quality around him, emotional value. Sergio Ramos at Sevilla again would be good. pic.twitter.com/Ljqvd3ipeT
— Karan Tejwani (@karan_tejwani26) June 16, 2021
Namun demikian sentimen di kalangan penyokong Sevilla mungkin tidak sama kerana masih berdendam dengan tindakan Ramos meninggalkan mereka 16 tahun yang lalu.
Ramos pula sudah menjelaskan perasaannya terhadap kelab tersebut. Bercakap kepada ABC pada 2015, beliau berkata: “Saya adalah seorang Sevillista, dan ianya akan menjadi sedemikian sehingga saya mati.
“Apabila saya mati, akan ada dua bendera di perkuburan saya, satu adalah Sevilla dan satu lagi adalah Madrid.”
Penutup
Ke manakah Sergio Ramos harus pergi selepas ini? Perpindahan Ramos pada jendela perpindahan kali ini pasti menjadi antara yang menjadi ikutan.
Haruskah beliau ke England? Atau pilih sahaja untuk kekal di Sepanyol bersama Sevilla?
Baca artikel menarik lain mengenai Sergio Ramos melalui pautan:
Pau Torres Atau David Carmo, Siapa Lebih Layak Ganti Sergio Ramos Di Real Madrid?
Ramos Kini Pertahanan Dengan Gol Terbanyak Dalam Sejarah La Liga