Dunia masih bersedih dengan tragedi di Stadium Kanjuruhan, Malang yang telah mengorbankan 125 nyawa pada 1 Oktober lalu.
Bola sepak sebagai sukan paling popular di dunia pastinya mempunyai penyokong fanatik melibatkan setiap pasukan.
Maka untuk persediaan setiap perlawanan, aspek keselamatan akan menjadi keutamaan buat pihak berkuasa bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.
Bagaimanapun bak kata pepatah, malang tidak berbau. Tiada siapa yang mampu menjangka musibah yang bakal menimpa sehingga melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Berikut merupakan lima tragedi paling dahsyat dalam sejarah bola sepak.
1. Estadio Nacional, Lima, Peru (328 kematian)
Kejadian yang berlaku pada 24 Mei 1964 ini melibatkan perlawanan di antara pasukan tuan rumah Peru menentang Argentina dalam aksi kelayakan Olimpik Tokyo.
Ia berlangsung di Stadium Nasional, Lima yang mempunyai kapasiti 53,000 tempat duduk, iaitu jumlah yang boleh membuatkan kira-kira 5 peratus.
Rusuhan berpunca daripada keputusan pengadil bertugas, Angel Eduardo Pazos dari Uruguay yang membatalkan gol penyamaan pasukan tuan rumah pada minit-minit akhir.
Seorang penyokong yang identitinya telah dikenali sebagai Bomba, sorang ‘bouncer’ telah menceroboh masuk ke dalam padang dan bertindak memukul pengadil tersebut disusuli dengan penyokong kedua.
Lalu pihak polis telah bertindak memukul kedua-duanya penyokong tersebut dan menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong-penyokong Peru yang lain.
Para penyokong mula menceroboh masuk ke dalam padang dan menyerang anggota polis dan pegawai perlawanan, lantas memaksa pihak keselamatan menembak kelongsong gas pemedih mata ke arah perusuh.
2. Estadio Nacional Disaster, 24-5-1964.
Tepatnya di Lima, Peru dalam laga kualifikasi olimpiade Tokyo 1964 antara Peru melawan Argentina. Kekacauan pecah setelah adanya keputusan kontroversial wasit dan stadion yang kelebihan kapasitas. pic.twitter.com/9G5aCVchFa
— FOOTBALL IS DEAD (@nstrvoetbal) September 25, 2022
Akibatnya sebahagian penyokong mula melarikan diri dan mencari jalan keluar dari stadium, namun kebanyakan pagar berkunci dan keadaan sesak telah menyebabkan ada yang terkorban akibat sesak nafas dan dipijak.
Jumlah rasmi kematian adalah sebanyak 328 orang. Kejadian tersebut menimbulkan banyak spekulasi dan ada dakwaan yang mengatakan beberapa orang mati disebabkan oleh tembakan pihak polis.
3. Accra Sports Stadium, Accra, Ghana (126 kematian)
Tragedi di Ghana ini terjadi pada tarikh 9 Mei 2001 dan ia merupakan musibah pertama dalam sejarah bola sepak era milenium dan kekal sebagai peristiwa terburuk dalam sejarah sukan Afrika sehingga hari ini.
Aksi yang mempertemukan dua musuh tradisi – Accra Hearts dan Asento Kotoko ini sebenarnya telah pun mendapat kawalan ketat oleh pihak berkuasa termasuk anggota-anggota keselamatan tambahan.
Apabila perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah, penyokong Kotoko tidak berpuas hati dan mula bertindak ganas mencabut kerusi tempat duduk dan membalingnya ke arah padang.
Polis kemudian bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah sebahagian penyokong, tetapi ianya jelas bukan sahaja memberi kesan kepada puak ‘hooligan’, sebaliknya semua 40,000 penyokong telah panik dan meluru ke pintu keluar stadium.
2. TRAGEDI ACCRA (2001 — 126 korban jiwa)
Ini terjadi di partai 2 klub tersukses Ghana kala itu: Accra Hearts of Oak vs Asante Kotoko. Jelang menit akhir, Accra bisa comeback & menang dengan skor 2-1, bikin suporter Kotoko kecewa, melempar botol plastik + kursi ke lapangan. pic.twitter.com/aoKc30f63h
— Strootsy Football (@strutsie) October 2, 2022
Akibat kesesakan terlampau, 126 orang disahkan meninggal dunia dengan kebanyakannya akibat dipijak dan sesak nafas.
2. Stadion Kanjuruhan, Malang, Indonesia (125 kematian)
Peristiwa yang berlaku pada 1 Oktober 2022 di Stadium Kanjuruhan, Malang ini menyaksikan 125 nyawa hilang hanya disebabkan emosi segelintir penyokong Arema.
‘Lebih 120 Kematian’ – Ini Kronologi Penuh Tragedi Berdarah Derbi Jawa Timur
Ia berlaku dalam aksi Derbi Jawa Timur dan gara-gara pasukan tuan rumah tewas 3-2 kepada Persebaya Surabaya, penyokong yang tidak berpuas hati telah menyerbu masuk masuk ke dalam padang dan memulakan rusuhan.
Namun, tindakan pihak berkuasa keselamatan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong telah menjadi keputusan paling buruk.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’oon! My thoughts & prayers are with all my brothers and sisters in Indonesia affected by the tragic events at the Kanjuruhan Stadium in East Java 💔🤲🏻🇮🇩 #Indonesia #Kanjuruhan #KanjuruhanStadiumDisaster pic.twitter.com/NJ7Jn1GjW6
— Maher Zain (@MaherZain) October 2, 2022
Ia telah mencetuskan suasana panik apabila semua penyokong berpusu-pusu meninggalkan stadium untuk menyelamatkan diri menyebabkan kesesakan di pintu keluar.
4. Hillsborough, Sheffield, England (96 kematian)
Tanggal 15 April 1989 ini akan kekal diingati oleh peminat bola sepak Inggeris sebagai perlawanan paling tragik dalam sejarah bola sepak Eropah.
Perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan Liverpool dan Nottingham Forest itu diadadakan di venue neutral dipilih dan berlangsung di Stadium Hillborough, Sheffield.
Mengenang Tragedi Hillsborough, Kebenaran Dan Keadilan Untuk Si 96
Jumlah penyokong yang hadir terlalu ramai dan melebih kapasiti stadium yang hanya 40,000 orang. Penyokong Liverpool diberikan 14,000 tiket untuk perlawanan ini.
Korban paling muda ialah Jon-Paul Gilhooley yang masih berusia 10 tahun. Mendiang merupakan sepupu kepada Steven Gerrard.
Tragedi ini terlalu banyak kontroversi dan versi cerita. Laporan media The Sun telah menyebabkan hal ini berlaku. The Sun dalam laporan akhbar mereka ‘The Truth’ dengan lantang menuduh penyokong Liverpool sebagai punca tragedi ini.
https://twitter.com/piixietit2/status/1382621575065837568?s=20&t=yWD4l4Zgbjs2KG0FygJ53w
Polis dan beberapa pegawai perlawanan menuduh ramai penyokong Liverpool yang tiada tiket memasuki stadium. Ramai penyokong Liverpool yang mabuk dan hooliganisme telah menjadi punca kekacauan di seksyen penyokong.
Setelah 23 tahun akhirnya, keadilan untuk korban tragedi Hillsborough ditegakkan. Seluruh dunia meraikan kejayaan tersebut.
Pada 12 September 2012, Perdana Menteri England, David Cameron telah memohon maaf kepada keluarga mangsa korban Hillsborough bagi pihak kerajaan England. Beliau juga menyatakan kekesalan dengan kegagalan keluarga mangsa mendapatkan pembelaan seadilnya dalam tempoh 23 tahun.
5. Dasharath Stadium, Kathmandu, Nepal (93 kematian)
Bencana ini berlaku pada 12 Mac 1988 di Kathmandu ketika perlawanan bola sepak melibatkan Janakpur yang melayan kunjungan pasukan dari Bangladesh, Muktijoddha.
Ketika perlawanan sedang berlangsung, secara tiba-tiba cuaca berubah dengan mendadak dan berlaku ribut dan hujan batu membuatkan penyokong panik dan bertempiaran lari disebabkan sebahagian besar stadium berkapasiti 30,000 tempat duduk itu tidak berbumbung.
Malangnya kebanyakan pagar akses stadium dikunci bagi mengelak penyokong tanpa tiket untuk masuk dan ternyata beberapa pintu kecil tidak mampu untuk menampung rempuhan sehingga tiada lagi ruang.
Akibatnya banyak mangsa yang terhimpit, dipijak dan sesak nafas termasuklah golongan wanita, kanak-kanak dan warga tua sehingga mengorbankan 93 orang.
Selepas kejadian, kerajaan Nepal telah menolak sebarang tuntutan mengenai pemberian pampasan kepada keluarga mangsa kerana bertegas semua penyokong yang hadir ke stadium adalah di atas pilihan sendiri dan ia berpunca dari bencana alam.
Penutup
Hakikatnya tiada sebarang kemenangan yang lebih berharga dari nyawa manusia. Bola sepak sepatutnya menjadi sukan yang menghiburkan dan tiada siapa yang mahu anggota keluarga mereka pulang dari menonton perlawanan di stadium sebagai susuk tubuh yang tidak bernyawa.
Semoga setiap kejadian yang berlaku menjadi pengajaran buat semua pihak bahawa keganasan tiada tempat di dalam sukan ini.
Berikut adalah senarai 10 lagi kejadian ngeri yang berlaku di seluruh dunia.
6. Mateo Flores National Stadium, Guatemala City, Guatemala – 16 Oktober 1996 (80 kematian)
7. Port Said Stadium, Port Said, Mesir – 1 Februari 2012 (79 kematian)
8. Estadio Monumental, Buenos Aires, Argentina – 23 June 1968 (71 kematian)
9. Ibrox Stadium, Glasgow, Scotland – 2 Januari 1971 (66 kematian)
10. Lenin Stadium, Moscow, Rusia – 20 Oktober 1982 (66 kematian)
11. Bradford City Stadium, Bradford, England – 11 Mei 1985 (56 kematian)
12. Ellis Park Stadium, Johannesburg, Afrika Selatan – 11 April 2001 (43 kematian)
13. Oppenheimer Stadium, Orkney, Afrika Selatan – 13 Januari 1991 (42 kematian)
14. Kayseri Ataturk Stadium, Kayseri, Tukiye – 17 September 1967 (40 kematian)
15. Haysel Stadium, Brussels, Belgium – 29 Mei 1985 (39 kematian)