Erling Haaland Cipta Sejarah Baru Selepas Kejayaan Beliau Bantu City Benam Man United

Erling Haaland terus menerus memukau peminat bola sepak selepas beliau sekali lagi mencatatkan hat-trick bersama Manchester City dalam saingan Premier League.

Bintang kebangsaan Norway itu cemerlang mencatatkan hat-trick ketiga beliau dari hanya lapan perlawanan sahaja dalam saingan Premier League musim ini.

Lebih manis lagi untuk Haaland, hat-trick ketiga beliau itu berjaya dicatatkan ketika beliau membantu Manchester City membelasah musuh sebandar mereka, Manchester United 6-3 malam semalam.

Rakan sepasukannya, Phil Foden turut cemerlang mencatatkan hat-trick dalam perlawanan yang dilangsungkan di Etihad Stadium itu.

Selain menjarakkan lagi jurang beliau dengan pemain lain dalam senarai perebutan kasut emas, hat-trick tersebut juga sebenarnya membantu Haaland mencipta sejarah baru sebagai pemain pertama yang mencatatkan tiga kali hat-trick secara berturut-turut di halaman sendiri.

Beliau sebelum ini cemerlang meledak hat-trick ketika aksi bertemu Nottingham Forest dan Crystal Palace sebelum Man United menjadi mangsa terbarunya malam semalam.

Bekas bintang Borussia Dortmund itu juga turut mencipta sejarah baru sebagai pemain Man City pertama yang menjaringkan tiga gol ketika bertemu Manchester United.

Rakan sepasukannya, Phil Foden kemudiannya turut melakar sejarah baru untuk Manchester City selepas beliau menjadi pemain kedua yang mencatatkan hat-trick bertemu Manchester United.

Walau musim ini belum sampai ke separuh perjalanan, Haaland sebenarnya sudah berjaya untuk menjadi pemain ketujuh dalam sejarah saingan Premier League yang mampu untuk mencatatkan 3 hat-trick pada musim yang sama.

Beliau jelas sekali mempunyai masa yang sangat panjang untuk melakukan sesuatu dan mungkin pelbagai lagi rekod baru akan mampu dicipta oleh bekas bintang Red Bull Salzburg itu.

Satu hal yang pasti, Erling Haaland kini sudah berjaya menutup mulut semua pihak yang sebelum ini meragui kemampuan beliau untuk beraksi dalam saingan Premier League.

Tidak akan mengejutkan sama sekali andai beliau akan mampu membantu Manchester City untuk memenangi pelbagai kejuaraan di masa hadapan termasuk kejuaraan yang sangat-sangat mereka impikan, gelaran Champions League.

Erling Haaland juga berpotensi untuk menjadi antara pemain terhebat dalam sejarah saingan Premier League, andai beliau mampu untuk mengekalkan tahap persembahan yang sama seperti sekarang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN