The Hattrick Gang: 5 Pemain Yang Menjaringkan Hatrik Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Adalah satu perasaan yang hebat jika kita dapat jaringkan gol dalam perlawanan akhir bukan?

Tetapi apa pula rasanya jika kita dapat jaringkan hatrik pada perlawanan akhir? Mesti perkara itu adalah satu kenangan yang tak akan dilupakan bukan?

Piala Malaysia sejak zaman-berzaman memberikan pelbagai kisah dan nostalgia kepada kejohanan yang tertua di Asia ini.

Kali ini, kami bawakan 5 pemain yang pernah menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir Piala Malaysia!

N.Thanabalan – Selangor (1968)

f

Piala Malaysia 1968 memasuki edisi kedua selepas namanya diubah dari Piala HMS Malaya dan berevolusi menjadi Piala Malaysia pada tahun 1966.

Selangor kembali ke perlawanan akhir selepas memasuki peringkat tersebut pada edisi 1966. Lawan mereka di perlawanan akhir Piala Malaysia 1968 adalah pasukan Pulau Pinang.

Dilangsungkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang cukup berat sebelah.

Puncanya adalah kerana Selangor menang 8-1 pada perlawanan akhir tersebut!

Thanabalan ternyata wira pada perlawanan itu. 3 gol dari beliau membantu Selangor untuk menjadi juara pada tahun tersebut.

Kemenangan 8-1 itu adalah kemenganan kali kedua yang Selangor lakukan diperlawanan akhir. Pada tahun 1927, Selangor memenangi Piala Malaysia menewaskan Singapura 8-1 di perlawanan akhir.

Ervin Boban – Johor (1991)

Piala Malaysia memerlukan 23 tahun untuk menyaksikan jaringan hatrik dihasilkan di perlawanan akhir selepas dilakukan pada 1968.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1991, pasukan Johor bertemu dengan pasukan Selangor di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Johor yang terluka dengan kekalahan memalukan 6-1 di tangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1986, amat memerlukan kemenangan agar dendam mereka dapat dilunaskan.

Mujur pemain import mereka Ervin Boban (kanan) berjaya meledak hatrik pada perlawanan itu untuk memberikan gelaran Piala Malaysia ke-2 mereka.

ervin-boban

Johor menang 3-1 ke atas Selangor pada malam itu.

Abbas Saad – Singapura (1994)

Abbas Saad merupakan sebahagian antara trio berbisa Johor yang memenangi Piala Malaysia 1991 disamping Ervin Boban dan Alistair Edwards.

Namun pada tahun 1994, Abbas Saad bermain untuk pasukan Singapura dan berjaya membantu mereka memenangi Piala Malaysia pada tahun tersebut.

Menentang Pahang di perlawanan akhir yang pertama diadakan di Stadium Shah Alam. Singapura mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak Malaysia dengan penuh bergaya apabila menewaskan Pahang dengan jaringan 4-0 di perlawanan akhir.

3 gol dari Abbas Saad dan 1 gol dari Fandi Ahmad memberikan kejuaraan Piala Malaysia ke-24 dan yang terakhir untuk Singapura.

Juan Manuel Arostegui – MBPJ FC (2003)

photo_2016-10-28_18-02-27

Finalis perlawanan akhir Piala Malaysia 2003 iaitu MBPJ FC dan Sabah ini sebenarnya sudah bertemu dari peringkat kumpulan lagi. Ketika itu masing-masing berada di kumpulan C bersama 2 lagi pasukan iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Pada aksi kumpulan, Sabah memperoleh kelebihan apabila berjaya seri dan menang dalam 2 perlawanan menentang MBPJ FC sambil berjaya menjadi juara kumpulan C.

Namun begitu, MBPJ FC berjaya memperoleh ganjaran terbesar apabila bertemu di perlawanan akhir menentang Sabah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Juan Manuel Arostegui muncul wira apabila menjaringkan hatrik yang memberikan MBPJ FC kemenangan selesa 3-0 ke atas Sabah.

Kemenangan itu membolehkan MBPJ FC menjadi satu-satunya pasukan berstatus kelab yang memenangi Piala Malaysia sehinggalah sekarang.

Bambang Pamungkas – Selangor (2005)

Selangor kembali lagi ke pentas akhir Piala Malaysia selepas memasukinya pada 2002. Kali ini mereka menerima cabaran Perlis di perlawanan akhir untuk edisi 2005.

Perlis yang merupakan juara Liga Super ketika itu, bertemu dengan Selangor yang merupakan juara Liga Perdana dan Piala FA Malaysia.

Bintang utama Selangor ketika itu adalah Bambang Pamungkas. Dan pada perlawanan itu beliau ternyata beraksi seperti seorang bintang apabila menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut.

Pembelian Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy dari Indonesia menjadikan Selangor cukup sinonim dengan Indonesia. Maka tidak hairanlah apabila mereka berjaya melengkapkan Misi 33 mereka ketika Andik Vermansah beraksi untuk Merah Kuning.

Ruangan Khas

Sebenarnya, ada seorang pemain yang merupakan pemain pertama menjaringkan hatrik tetapi tidak memasuki senarai kami tadi.

Puncanya? Puncanya adalah kerana pemain tersebut mempunyai rekod lebih hebat! Beliau menjaringkan 4 gol dalam perlawanan akhir Piala Malaysia!

Beliau adalah Abdul Ghani Minhat (gambar bawah), pemain yang digelar sebagai ‘Raja Bola’ satu ketika dahulu.

ghani1

Pada aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 1961 menentang Perak. Ghani Minhat telah menunjukkan kepada peminat mengapa beliau digelar ‘Raja Bola’.

Dalam perlawanan tersebut, Ghani Minhat menjaringkan 4 gol dalam kemenganan 4-2 Selangor ke atas Perak.

Untuk rekod, masih lagi tiada pemain yang berjaya menjaringkan 4 gol selain beliau dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Baca juga: Selangor 3-0 Perlis: Di Mana Kesebelasan Utama Selangor Yang Menjuarai Piala Malaysia 2005?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN