Tidur Depan Stadium, Gelandangan Ini Dapat Kerja Dengan Real Sociedad

Tak semua orang dapat merasa kehidupan yang baik ataupun sempurna dalam hidup mereka.

Ada yang diuji dengan kesempitan hidup, ada juga yang diuji dengan sakit dan sebagainya.

Tidur depan stadium

Di Anoeta yang merupakan stadium bagi pasukan La Liga, Real Sociedad. Seorang pemuda gelandangan di dapati sering tidur di hadapan stadium tersebut.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Ruben (gambar bawah). Sudah menjadi gelandangan selama 3 tahun dan beliau hanya ditemani dengan anjing peliharaan beliau – Mundo.

anoeta

Ruben yang sudah 8 bulan tidur di hadapan pagar Pintu 20 stadium Anoeta, berjaya mengharungi hari-harinya sebagai gelandangan hasil daripada bantuan orang ramai.

Beliau mendapat bantuan dari orang ramai dari segi bantuan pakaian serta makanan dari kawasan kejiranan yang diberi nama Amara Berri.

“Sudah tiada harapan lagi”

Namun begitu, Real Sociedad yang perasan dengan kelibat Ruben itu mula mengambil langkah untuk membantu lelaki tersebut.

Real Sociedad membuat keputusan untuk mengambil Ruben sebagai pekerja mereka bagi menjaga stadium mereka, Anoeta.

maxresdefault-1

Ruben yang merupakan pemuda yang berusia 35 tahun telah memperoleh kontrak selama 2 bulan bersama Real Sociedad untuk berkerja dengan mereka sebagai penjaga stadium.

Tugas untuk Ruben dalam kerja tersebut adalah untuk menjadi sebahagian daripada pasukan penyelenggara stadium.

Dengan itu, Ruben akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan stadium Anoeta berada dalam keadaan yang terbaik.

Bagaimana pun, kontrak 2 bulan yang diperoleh Ruben dari Real Sociedad itu boleh dipanjangkan oleh pihak kelab jika beliau berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Bagi Ruben, beliau ternyata sangat gembira kerana berjaya memperoleh kerja selepas 3 tahun hidup sebagai gelandangan.

Baginya, tawaran kerja ini ibarat ‘penyambung nyawa’ kepada dirinya selepas mengharungi kesukaran dalam hidup sejak 3 tahun yang lalu.

“Selepas mengharungi kesukaran dalam hidup, saya mula sedikit demi sedikit tidak mempercayai manusia yang ada disekeliling saya.”

“Rasa tidak percaya itu akan mula datang bila sedikit demi sedikit dugaan yang datang kepada anda. Ia buatkan anda seperti sudah putus harapan.”

Dengan pekerjaan yang diperoleh Ruben, Ruben kini tidak perlu tidur di jalanan lagi. Kini beliau sudah mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa untuk sementara waktu.

Syabas kepada Real Sociedad dan semoga berjaya untuk Ruben!

Baca juga: Hasil Ketagihan Terhadap Football Manager, Lelaki Ini Peroleh Kerjaya Dengan Kelab Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN