Quantcast
Selangor 3-0 Perlis: Di Mana Kesebelasan Utama Selangor Yang Menjuarai Piala Malaysia 2005?


ADVERTORIAL

Selangor 3-0 Perlis: Di Mana Kesebelasan Utama Selangor Yang Menjuarai Piala Malaysia 2005?

Wednesday, 26 Oct 2016

Musim 2005 menyaksikan pasukan Selangor mendominasi bola sepak Malaysia dengan jayanya apabila merangkul gelaran Liga Perdana, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.

1 Oktober 2005 adalah tarikh yang cukup bermakna untuk Merah Kuning. Hal ini kerana mereka berjaya melengkapkan tahun gemilang mereka dengan mendakap Piala Malaysia pada tahun tersebut.

Selepas itu, mereka terpaksa menanti 10 tahun untuk mendakap semula kejuaraan tertua di Asia ini.

Persoalannya, di mana kesebelasan utama pasukan Selangor yang beraksi pada Piala Malaysia 2005 ini sekarang? Kami mencari semula dimana mereka sekarang!

Jamsari Sabian


436403_heroa

Jamsari merupakan antara penjaga gol yang terbaik di negara ketika era bermain beliau.

Mempunyai fizikal yang baik untuk seorang penjaga gol. Jamsari berjaya mendapatkan clean sheet untuk pasukannya pada malam perlawanan akhir Piala Malaysia 2005.

Kini selepas bersara, Jamsari menjadi sebahagian dari staf kejurulatihan untuk skuad Piala Presiden UiTM FC.

Ahmad Tharmini Saiban


14729097_1835462050033027_3367848510921504003_n

Sepanjang karier beliau sebagai pemain, Tharmini hanya mampu menjaringkan 6 gol dan 3 daripadanya adalah ketika bersama Merah Kuning pada tahun 2005-2007.

Selepas itu beliau bermain untuk pelbagai pasukan di Liga Malaysia antaranya Sabah, ATM dan PKNS FC.

Kini Tharmini sudah pun bersara dan pasukan terakhir beliau adalah JDT pada 2014.

Nazrulerwan Makmor


14639685_1835462076699691_4170886611749291904_n

Saat terindah yang dimilik Nazrulerwan sepanjang karier beliau adalah mendakap treble bersama pasukan Selangor pada 2005.

Beliau hampir mendakap satu lagi gelaran Piala Malaysia pada 2009 bersama Kelantan namun ketika itu pasukan Kelantan tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan.

Kini beliau menjadi pembantu jurulatih kepada Fauzi Pilus di PDRM.

P. Gunalan

raff4631

Merupakan tunjang di bahagian pertahanan kiri Selangor. P. Gunalan menyerahkan seluruh perjalanan karier beliau sejak 2001 bersama dengan pasukan Selangor.

Namun hasratnya itu terbantut apabila beliau dilepaskan oleh Selangor pada 2012 dan kini beliau menyertai pasukan PKNS FC.

D. Surendran

pix_gal0

Merupakan lagenda 1 kelab atau 1-club legend bagi pasukan Selangor. D. Surendran terkenal kerana menjadi wira pasukan Selangor apabila menjaringkan gol emas pada perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2001 menentang Sarawak.

Perjalanan D. Surendran bersama Selangor yang bermula pada 1999 berakhir pada 2011 apabila kontrak beliau tidak diperbaharui pihak pengurusan Selangor.

Brian Fuentes

Gambar oleh: selangorfc.com

Gambar oleh: selangorfc.com

Merupakan pemenang Anugerah Kasut Emas pada musim sulungnya bersama Selangor pada 2004. Fuentes menjadi pencipta kepada gol ketiga dan hatrik untuk Bambang Pamungkas pada malam tersebut.

Selepas 3 tahun bersama Merah Kuning, Fuentes berhijrah ke pelbagai kelab antaranya Deportivo Moron dan San Telmo di Argentina.

Beliau akhirnya bersara pada 2011 di kelab Deportiva Berazategui di Argentina.

K. Sanbagamaran

3_1

Seorang yang bertubuh sasa. Sanbagamaran pernah menjadi penyelamat Selangor pada 2005 ketika menentang Negeri Sembilan aksi akhir Liga Perdana 2005.

Sanbagamaran kini menjadi pembantu jurulatih di sebuah pasukan yang beraksi di Piala FAM iaitu DYS FC.

Elie Aiboy

elie-aiboy-121202b

Merupakan pengumpan kepada 2 gol pertama yang dijaringkan pada malam perlawanan akhir itu. Elie Aiboy mencipta gandingan mantap bersama rakan senegara yang bermain di bahagian serangan iaitu Bambang Pamungkas.

Tahun 2005 juga menyaksikan selain daripada memperoleh gelaran treble, Elie juga berjaya menjadi pemain terbaik untuk perlawanan akhir Piala FA Malaysia.

Kini Elie masih lagi beraksi walaupun sudah berusia 37 tahun, beliau bermain untuk pasukan Persib Pekalongan.

Shukor Adan

shukor-adan

Pemain yang menghabiskan majoriti kariernya bersama Merah Kuning. Shukor merupakan kapten pada malam perlawanan akhir itu.

Selepas mendakap Piala Malaysia pada 2005, Shukor berjaya memperolehnya sekali lagi pada 2009 dan 2011 bersama dengan Negeri Sembilan.

Shukor masih lagi beraksi. Beliau kini merupakan kapten di FELDA United.

Amri Yahyah

amri1

Digelar budak emas pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 apabila menjaringkan gol emas pada masa tambahan. Amri ternyata menjadi watak paling disukai dan disayangi penyokong Selangor sepanjang beliau bermain untuk Merah Kuning.

Kini Amri beraksi untuk pasukan JDT selepas meninggalkan Selangor pada 2013. Tetapi khabar angin bertiup kencang berkata Amri akan pulang ke Selangor musim hadapan.

Bambang Pamungkas

foto-foto-atlet-sepak-bola-bambang-pamungkas-2

Wira Selangor pada malam tersebut! Bambang ternyata pada kelasnya tersendiri apabila menjaringkan hatrik pada malam tersebut.

Aksi cemerlang Bambang juga membuatkan beliau dipilih menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2005.

Kini beliau masih lagi beraksi di negaranya Indonesia. Bambang beraksi bersama pasukan Persija Jakarta.

Penutup

photo_2016-10-26_21-51-36

Tahun 2005 adalah tahun terbaik bagi bola sepak Selangor. Dan legasi kecemerlangan itu kini disambung dengan skuad yang ada sekarang dan bakal diwarisi pula oleh bintang masa depan Selangor.

Jika anda ingin berjumpa dengan wira-wira masa depan Selangor, jom jumpa skuad Piala Belia Selangor!

Anda boleh beramah mesra dengan pemain-pemain masa depan Selangor, menyaksikan mereka bermain street soccer dan bermain bersama mereka sekali jika anda mahu!

Berikut merupakan tarikh, masa dan tempat untuk anda bertemu mereka:

Tarikh: 28 Oktober 2016 (Jumaat)
Masa: 3-5 petang
Tempat: Al-Ikhsan Batu Tiga, Shah Alam.

Jumpa anda di sana!

Baca juga: 5 Pemain Muda Selangor Yang Berpotensi Menjadi Bintang Di Masa Hadapan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Selangor 3-0 Perlis: Di Mana Kesebelasan Utama Selangor Yang Menjuarai Piala Malaysia 2005?



Berita Bola Yang Menarik