Quantcast

KAJIAN & FAKTA

5 Gol Tercantik Minggu Ke-5 MSL 2018, Gilmar & Cruz Pamer Magik Brazil

Enam perlawanan telah dilangsungkan pada minggu ke-5 unifi Liga Super Malaysia (MSL 2018). Untuk itu, kami senaraikan 5 jaringan tercantik pilihan Semuanya BOLA.

Pemilihan kami adalah gol yang bersih dan bukan ‘fluke’. Contohnya terbias di kaki pemain lain ataupun kerana kesilapan penjaga gol yang melepaskan bola.

Kriteria lain yang diambil kira ialah teknik jaringan, dan juga ‘build up’ untuk menghasilkan jaringan tersebut. Daripada 18 gol yang dijaringkan, ini lima gol pilihan kami.

5. Forkey Doe (Pahang FA lwn Negeri Sembilan FA)

Dua gol dijaringkan oleh Francis Forkey Doe pada hujung minggu lalu untuk membantu Pahang menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 4-0.

Namun, jaringan pertama pemain kelahiran Liberia ini lebih mencuri tumpuan kami.

Hantaran satu dua bersama Safuwan Baharudin di luar kotak penalti lawan, Forkey meletakkan posisi badannya dalam keadaan bersedia sebelum melepaskan rembatan kaki kanan menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan untuk gol pembukaan Pahang FA.

4. Liridon Krasniqi (Kuala Lumpur FA lwn Kedah FA)

Perlawanan ini dibayangi dengan banyak kesilapan di bahagian pertahanan.

Jika ada perkara positif yang boleh diambil selain daripada naluri pembunuh Pablo Pallares, ianya ialah jaringan Liridon Krasniqi.

Walaupun berada di dalam kawasan yang padat dan kelam kabut, pemain ini tenang menggunakan teknik ‘first timer’ menyambar peluang yang terhidang dengan kaki kanan, walaupun terdapat seorang pemain pertahanan di hadapan beliau.

Ia adalah jaringan hasil gabungan teknik dan keyakinan.

3. Gilmar José da Silva (Perak TBG vs Selangor FA)

Musim ini Gilmar Jose da Silva meneruskan rentak cemerlang bersama Perak TBG sebagaimana yang ditunjukkan pada musim lalu. Tidak hairanlah nama Gilmar tidak lekang menjadi sebutan di bibir peminat Perak pada musim ini.

Gol ketiga Perak TBG jaringan Gilmar dalam perlawanan ini memperagakan kualiti, teknik, dan juga keyakinan.

Tenang mengawal bola dengan sentuhan pertama kemas melepasi kawalan sehingga tiga pertahanan lawan, pemain ini kemudiannya melepaskan satu voli rendah dan deras menuju penjuru kiri gawang Selangor.

2. Yahor Zubovich (Melaka United lwn PKNP FC)

‘The Beralurisan Torpedo’. Itulah gelaran yang diberi oleh penyokong Melaka untuk sentuhan berbisa Yahor Zubovich.

Pemain ini pantas menjadi sebutan di segenap pelusuk bumi Melaka setelah menjaringkan 7 gol sejak permulaan kempen Liga Malaysia, termasuk dua jaringan di saingan Piala FA.

Menentang PKNP FC, Zubovich melakukan larian sambil membawa bola, mengelak seorang pemain pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri deras menewaskan penjaga gol dari luar kotak penalti.

1. Patrick Cruz (Pahang FA vs Negeri Sembilan FA)

‘Sang Penyelamat’ Tok Gajah? Anda boleh bergelar apa sahaja kepada pemain kelahiran Brazil ini. Setelah kempen yang agak perlahan oleh skuad kendalian Dollah Salleh, ketibaan Patrick Cruz seolah-olah menjadikan Pahang sebagai salah sebuah pasukan yang wajid diperhatikan sepanjang saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Dua gol dijaringkan oleh Cruz ketika membantu Pahang menewaskan Negeri Sembilan pada penghujung minggu yang lalu.

Jika gol pertama adalah petanda pemain ini langsung tidak boleh diberikan ruang walaupun seinci di dalam kotak penalti, gol kedua Cruz dalam perlawanan tersebut memperagakan kebijaksanaan, teknik, keyakinan dan ketajaman yang dimilikinya sebagai penyerang prolifik Liga Malaysia.

Penutup

Mana satu gol tercantik pilihan anda pada minggu ini? Atau adakah anda mempunyai pilihan gol lain daripada keseluruhan 18 gol yang dijaringkan di saingan MSL 2018 pada minggu lalu?

Nyatakan pendapat anda di ruangan komen dengan ilmiah. Kami mahu mengetahuinya daripada anda.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!