5 Fakta Tentang Gerard Pique Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kami bawakan 5 fakta menarik tentang Gerard Pique yang mungkin anda tidak tahu. Kali ini kami tidak bercerita pasal Pique-Ramos sebab sebelum ini kami dah ceritakannya dalam 1 artikel.

1. Koma 2 hari pada usia 17 bulan

Pemain istimewa biasanya ada kisah unik dengan bola sepak. Pique sangat minat dengan bola pada usia muda.

Ketika berusia 17 bulan, Pique bermain bola di kawasan bertingkat di rumah datuk beliau. Bola melantun tekena Pique dan menyebabkan dia jatuh dari kawasan bertingkat tersebut.

Pique dikejarkan ke hospital dan hanya sedarkan diri selepas 2 hari. Keluarga beliau sangat gembira ketika itu.

2. Bernabeu adalah nama keluarga Pique

Jika anda tekan butang carian google: Gerard Pique full name (nama penuh Gerard Pique), ini yang akan anda dapat:

Nama itu datang daripada datuknya, Armado Bernabeu yang juga merupakan bekas Presiden kelab Barcelona.

Ironinya, ia adalah nama yang sangat dekat dengan peminat Real Madrid. Stadium Real Madrid bernama Santiago Bernabeu.

Pique pula pro-Catalan yang anti dengan Real Mardrid.

3. Fernando Hierro pemain idola Pique

Apa agaknya dikatakan Hierro kepada Pique?

Siapa sangka, dalam banyak-banyak lagenda pertahanan dari Barcelona, dan kelab lain, pemain ini tetap menjadikan Fernando Hierro sebagai idola beliau.

Ya! Fernando Hierro adalah bekas kapten Real Madrid yang sangat berpengaruh. Dianggap antara pertahanan terbaik yang pernah bermain untuk Sepanyol.

Pique mengakui dia banyak cuba meniru aksi Hierro ketika masih remaja. Dan tidak hairanlah Pique juga antara goal-scoring center back yang digeruni.

Hierro mencatatkan 127 gol sepanjang 14 tahun karier beliau.

4. Piquenbauer

Piquenbauer adalah gelaran yang diberikan peminat kepada beliau selepas peningkatan mendadak Pique ketika menyarung jersi Barcelona di bawah Guardiola.

Franz Beckenbauer sendiri bersetuju dan bangga dengan gelaran itu kerana lagenda Jerman itu meminati aksi Pique. Beckenbauer menganggap Pique ‘bukan sekadar pertahanan’.

Pique bukan sahaja boleh bertahan malah ada kemampuan untuk melakukan hantaran bahaya serta sangat bagus dengan bola di kaki.

Beckenbauer pernah mencadangkan agar Bayern Munich mendapatkan khidmat Pique.

5. Peminat setia Lady Gaga, Rihanna dan U2

Maaf Shakira, kerana senarai trek muzik Pique dipenuhi lagu Rihanna, Lady Gaga dan U2. Ia juga menjadi peneman beliau sebelum perlawanan.

Pique juga menjadikan lagu-lagu U2 sebagai penenang beliau ketika di rumah ataupun di dalam perjalanan bersama pasukan.

Beliau lebih meminati Shakira sebagai wanita biasa bukannya sebagai seorang penyanyi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN