5 Calon Pengganti Tuchel, Favre Calon Utama, Nagelsmann Turut Dalam Radar

Borussia Dortmund sedang mempergiat usaha untuk mencari pengganti Tuchel dengan segera. Dortmund mahukan pengganti Tuchel seorang yang memiliki falsafah bola sepak moden.

Beberapa calaon sudah dalam pengkalan data mereka. Berikut adalah 5 senarai yang dikaitkan untuk menjadi pengganti Tuchel

1. Lucien Favre- Nice

Favre dikatakan calon yang paling realistik dan berpotensi untuk mereka dapatkan. Beliau pernah menguruskan kelab Switzerland, Echallens dan kemudia Yverdon Sport, Servette serta Zurich.

Favre kemudian terbang ke Jerman untuk menguruskan Hertha Berlin dalam saingan Bundesliga. Dengan budget terhad Favre membantu Berlin menamatkan saingan Bundesliga 2008/09 di tangga ke-4.

Namun musim berikutnya beliau dipecat kerana permulaan hambar kelab tersebut. Pada 2011, beliau kembali semula ke Bundesliga menguruskan Borussia Monchengladbach. Beliau membantu kelab tersebut daripada tersingkir.

Beliau kemudiannya membawa kelab tersebut ke saingan UCL. Beliau mengejutkan ramai pihak apabila meletak jawatan selepas tewas 5 perlawanan pembukaan.

Tidak lama kemudian beliau menyertai OGC Nice di Perancis. Beliau membantu Nice menamatkan saingan musim 2016/17 di tangga ke-3.

Satu lagi kejayaan dengan budget terhad berbanding dengan pasukan lain seperti Lyon dan Marseille. Kini beliau menjadi calon yang paling hangat dikaitkan dengan Dortmund.

2. Julian Nagelsmann – Hoffenheim

Kami tahu pembaca semuanyaBOLA sangat sukakan nama jurulatih muda ini. Setiap artikel tentang beliau akan dikongsi ramai kerana beliau memberikan inspirasi kepada ramai orang di luar sana.

Berusia 28 tahun ketika dilantik menjadi pengurus tetap Hoffenheim, beliau berjaya membantu kelab tersebut ke play-off UCL.

Ia langkah besar untuk Hoffenheim beraksi pertama kali di UCL. Hoffenheim menjadi pesaing kejuaraan liga lebih daripada separuh musim. Mereka menjadi pasukan Bundesliga paling lama bertahan mengelak kekalahan musim ini.

Protege Thomas Tuchel ini mengakui dia banyak terpengaruh dengan Tuchel dalam pengurusan dan perancangan taktikal walaupun dia lebih meminati Guardiola.

Tuchel menjadi pengaruh terbesar dalam karier beliau ketika di Augsburg. Faktor kecederaan berterusan membuatkan beliau dilantik menjadi penganalisis separuh masa oleh Tuchel ketika usia remaja.

Beliau membantu Hoffenheim daripada penyingkiran musim lalu. Dan kini beliau adalah jurulatih terbaik di Jerman untuk tahun 2016.

Dari segi falsafah, memang Nagelsmann orang yang sesuai. Tetapi dari segi realistik, Nagelsmann ada perasaan yang kuat untuk terus berbakti di Hoffenheim setelah magis yang beliau lakukan musim lalu.

3. Peter Stoger – FC Koln

Pengurus yang juga memiliki kejayaan meyakinkan. Berjaya membantu Cologne untuk memenangi Bundesliga 2 pada 2013/14 dan mengembalikan kelab tersebut ke Bundesliga.

Musim pertama di Bundesliga beliau menamatkan saingan di tangga ke-12. Pada tahun berikutnya Koln berjaya menamatkan saingan di tangga ke-12.

Namun musim lalu (2016/17) beliau telah melakukan perkara yang dianggap penyokong Koln sebagai unthinkable.

Beliau membantu Koln menamatkan saingan di tangga ke-5 dengan pasukan yang dianggap sederhana.

Pemilihan Stoeger adalah lebih kepada falsafah bola sepak yang beliau miliki. Beliau adalah tokoh yang mengubah kelab seperti Austria Wien bermain dengan bola sepak moden.

4. Niko Kovac – Eintracht Frankfurt

Pengendali Eintracht Frankfurt ini telah membantu kelab tersebut mengelakkan penyingkiran untuk musim 2015/16. Beliau hanya tiba di kelab pada Mac 2016.

Beliau memberikan inspirasi kepada Eintracht Frankfurt untuk menang ke atas Nurnberg dalam play-off penyingkiran.

Musim 2016/17, Eintracht Frankfurt mengejutkan ramai dengan kejayaan mereka berada di tangga ke-3 Bundesliga pada hari perlawanan ke-20.

Namun masalah kecederaan menghantui mereka dan berlaku penurunan prestasi mengejut. Mereka tetap mampu untuk mara ke final DFB Pokal. Tetapi tewas di tangan Dortmund.

Kovac baru menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2019.

5. Peter Bosz – Ajax Amsterdam

Dari segi DNA dan pembangunan pemain muda, Peter Bosz adalah orang yang paling mengagumkan ramai pihak musim ini.

Dan beliau adalah orang yang sangat sesuai dengan BvB kerana kelab tersebut juga ramai pemain muda yang istimewa untuk dibangunkan.

Beliau menjadikan Ajax sebagai pesaing kejuaraan liga dan juga mara ke final Europa League dengan purata pemain muda.

Peminat Ajax menggemari beliau kerana kemampuan beliau memberikan motivasi kepada pemain muda serta pengurusan taktikal moden yang mengembalikan semula Ajax kepada DNA Total Football.

Dari satu sudut, pengurus ini juga terkenal dengan taktikal kamikaze beliau. Namun taktikal beliau sangat cocok dengan Ajax yang dahulunya dibina dengan bola sepak berani.

Beliau mungkin calon yang sudah menerima panggilan daripada Borussia Dortmund.

Siapa akan mengisi kekosongan di Signal Iduna Park? Anda ada pandangan tersendiri? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN